Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

PENGENALAN

1.1.1 PENGENALAN

Automotif merupakan suatu perkara terpenting dalam menjalankan kehidupan


seharian masyarakat masa kini. Walau bagaimanapun kepentingan automotif
bukanlah hanya kepada kehidupan seharian masyarakat, malah dapat memberi
ilmu kemahiran generasi muda untuk mempelajari tentang automotive. Di bidang
automotive banyak kerjaya yang boleh dipelajari untuk menjadi pakar di dalam
sesuatu bidang seperti kerjaya dalam pakar transmission gearbox, pakar system
elektronik, pakar system penyejukan

Di bidang automotif memiliki bengkel pembaikan automotif, pasti akan


mempunyai banyak alat dan peralatan. Keperluan penjagaan peralatan tangan
dalam keadaan baik dan selamat sangat diperlukan untuk mengelak kerosakan dan
mengelakan terjadian tak terduga. Seterusnya bidang automotif memiliki banyak
tajuk untuk dipelajari seperti enjin petro, teknologi diesel, sistem pembakaran
dalaman, sistem penyejuk, pakar tayar, sistem hidraulik dan sebagainya. Bidang
automotif juga kerjaya yang boleh diceburi untuk menjadi pakar di dalam sesuatu
bidang.

Selain itu, teknologi yang berkait dengan aspek peralatan, teknologi


peralatan dapat membantu memudahkan sesuatu kerja itu dilakukan. Oleh itu, kami
memilih untuk menginovasikan satu alat safety Smart Child Lock car. Sekaligus
mampu menjimatkan masa berbanding perlu membuka pintu daripada luar. Seperti
yang diketahui umum, kaedah untuk mengunci pintu secara normal pada kenderaan
adalah tidak bersesuaian untuk masa kini. Hal ini kerana, terdapat beberapa

1
masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengguna kenderaan seperti pintu
kenderaan yang dibiarkan terbuka secara tidak sengaja. Hal sebegini
demikian,dengan terciptanya projek ini,maka masalah-masalah di atas mungkin
dapat diatasi sepenuhnya.Di samping itu ,saya juga memahami kehendak
pengguna di luar sana yang mahukan sebuah alat yang mudah digunakan tampa
ada sebarang prosedur khas yang mesti diikuti dan mampu meringankan beban
mereka terutamnya apabila terjadi kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan
jalan raya yang menyebabkan pintu hanya dapat di bukan dari luar .Setelah
melakukan pemerhatian dengan lebih mendalam ,saya mengambil keputusan untuk
menamkan alat inovasi ini sebagai Smark Child Lock

Smart Child Lock ini dapat sebahagian daripada elemen automotif yang
terletak di pintu kenderaan. Tujuan Smart Child Lock ini adalah untuk mengunci
pintu dengan menekan butang untuk menggantikan kendalian mengunci child lock
pintu secara normal. Kaedah yang baru ini akan lebih memudahkan pemandu
mengawal child lock yang normal dengan hanya menekan butang Smart Child Lock
sahaja. Hal ini akan lebih menjamin keselamatan penumpang kanak-kanak di
belakang.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam usaha untuk meningkatkan daya kreatif dan inovasi, pelbagai idea dan
cadangan telah dikemukakan. Hal bertujuan untuk memastikan projek yang
dijalankan dapat memberi kemudahan dan kepuasan kepada pengguna di luar
sana. Merekacipta Smart Child Lock di bengkel teknologi automotive merupakan
projek yang dicipta untuk memenuhi keperluan kepada pengguna di luar sana.

Pelaksanaan mereka cipta Smart Child Lock di bengkel teknologi automotive


Kuantan Pahang merupakan projek yang dicipta bagi memenuhi keperluan di
bengkel automotive. Projek ini belakangkan untuk memudahkan pemandu untuk
mengunci Smart Child Lock dengan hanya menekan button child lock. Di samping
itu pemandu tidak perlu untuk bersusah payah untuk mengunci child lock secara
normal seperti biasa. Selain itu hasil dapatan daripada data-data maklumat tersebut
akan membantu mengurangkan masalah yang dihadapi di kenderaan.

2
Visi kolej vokasional Kuantan ialah peneraju Pendidikan teknikal dan
vokasional yang unggul. Misi kolej vokasional Kuantan pula ialah memperkasa
Pendidikan teknikal dan vokasional melalui perlaksanaan program yang berkualiti

1.3 PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian 1.3 penyelidik telah mengenalpasti masalah berkaitan


penggunaan child lock kenderaan model lama yang terdapat di luar sana. Masalah
yang sering dihadapi oleh pengguna adalah perlu membuka pintu kenderaan dari
luar kerana tiada Smart Child Lock kenderaan.
Selain itu, child lock itu Ketika memulakan perjalanan. Apabila pengguna
terlupa mengunci child lock normal itu ketika meletakkan kenderaan di Kawasan
tertentu yang menpunyai kadar jenayah yang tinggi maka mungkin kanak-kanak
dalam kenderaan tersebut akan membuka pintu kereta. Ini akan mengakibatkan
kanak kanak tersebut dalam keadaan yang bahaya.
Selain itu, child lock kenderaan model lama memerlukan pengguna
membuka pintu sendiri untuk melaras tombol child lock sama ada lock atau unlock.
Akhirnya, apabila berlaku kejadian tidak terduga seperti kemalangan jalan rasa
menyebabkan pintu kereta tidak dapat di buka dari dalam disebabkan child lock
dikunci akan membahayakan pengguna.

Rajah 1.1: Child Lock Manual

3
1.2 TUJUAN KAJIAN

Berdasarkan kajian 1.4 ini butang Smart Child Lock bertujuan untuk memudahkan
pengguna untuk kunci atau tidak kunci pada pintu safety child lock. Selain itu
pengguna hanya perlu menekan tombol lock atau unlock child lock bagi membuka
pintu dari dalam kenderaan

Di samping itu, Smart Child Lock ini dapat menjimatkan masa kepada
pengguna dan mempermudahkan kerja pengguna untuk membuka pintu belakang
kenderaan apabila berlaku kerjadian tidak terduga. Ini juga dapat memudahkan
pengguna tidak terlalu panik Ketika kunci kereta tidak berfungsi semasa membawa
kenderaan. Akhirnya, teknologi automotif akan terus berkembang dalam
merekacipta alat untuk

memudahkan pengguna di masa hadapan

4
Rajah 1.2: Butang Untuk Smart Child Lock

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti permasalah yang terdapat
pada child lock di bengkel Teknologi Automotif Kuantan Pahang.
Objektif bagi kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti masalah pada child lock kenderaan model lama
ii. Merekacipta Smart Child Lock
iii. Menguji keberkesanan merekacipta Smart Child Lock

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Di akhir kajian, dapat memberi manfaat kepada pelajar bahawa betapa pentingnya
dalam mereka cipta Smart Child Lock. Peralatan ini dapat meningkatkan prestasi
pelaksanaan yang lebih produktif. Kepentingan projek ini juga dapat membantu para
pemandu kereta untuk membuka dan mengunci pintu dengan lebih cepat dan
berkesan dalam memudahkan pengguna dalam perkara berikut.
Smart child lock juga memudahkan dalam bentuk:
i. Dapat menjimatkan masa dalam membuka kunci safety child lock
ii. Membantu dari segi memudahkan kunci safety child lock dibuka apabila
berlaku kejadian tidak terduga

5
iii. Mengikuti peredaran zaman dengan teknologi masa kini

1.5 SKOP KAJIAN

Skop kajian merupakan limitasi atau Batasan projek yang hendak dijalankan. Ini
menjelaskan skop kajian yang dibangunkan sangat penting bagi memastikan dapat
mengikuti aliran industri atau teknologi yang terkini. Bagi memastikan pelaksanaan
merekacipta Smart Child Lock bagi memastikan Smart Child Lock ini boleh
dipasang untuk semua kereta dan litar yang dihasilkan akan diletakkan didalam
pintu kereta ini. Smart Child Lock ini hanya boleh dikawal oleh pemandu sahaja.
Penkaji telah memilih skop kajian di bengkel teknologi automotif. Ini meliputi semua
pelajar dan pensyarah yang berada di bengkel Teknologi Automotif Kolej Vokasional
Kuantan.

1.6 KESIMPULAN

Kesimpulanya, dalam bab satu menerangkan keseluruhan projek dan mengetahui


permasalah yang dihadapi oleh pengguna. Justeru untuk mengatahui tentang
kepentingan projek ini dilaksanakan oleh objektif kajian tersebut kepada pengguna,
maka penyelidik dilakukan dalam bab seterusnya untuk merungkai serta menkaji
lebih mendalam berkaitan dengan projek Smart Child Lock.

Anda mungkin juga menyukai