Anda di halaman 1dari 17

SMART ATTENDENCE DEVICE

NAMA PELAJAR: NO.PENDAFTARAN:


1. MUHD EKWAN AZAM BIN MOHD HAMZY 04DET16F2026
2. AIDIL MUAZZAM AIMIN B. MARZUKKY 04DET16F2020
3. AHMAD MUSTAQEIM BIN ROSDI 04DET16F2045

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK


POLITEKNIK KOTA BHARU
SESI JUN 2018
SMART ATTENDENCE DEVICE

NAMA PELAJAR: NO.PENDAFTARAN:


1. MUHD EKWAN AZAM BIN MOHD HAMZY 04DET16F2026
2. AIDIL MUAZZAM AIMIN B.MARZUKKY 04DET16F2020
3. AHMAD MUSTAQEIM B.ROSDI 04DET16F2045

NAMA PENYELIA:
 ENCIK KHAN SHIT A/L EH KOM

Disemak oleh:

(ENCIK KHAN SHIT A/L EH KOM)


Penyelia Projek
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
POLITEKNIK KOTA BHARU
16450 KETEREH, KELANTAN

Proposal ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektrik
PENGHARGAAN

Kami ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan jutaan terima


kasih kepada penyelia projek kami iaitu Encik Khan Shit di atas
bimbingan dan perbincangan yang diberikan sepanjang tempoh
projek ini dilaksanakan.
Penghargaan juga ditujukan kepada keluarga, rakan – rakan serta
pensyarah-pensyarah yang telah banyak membantu dan menolong
kami secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan projek
ini.
Tidak lupa juga buat kedua ibubapa kami diatas segala sokongan
dan galakan mereka sepanjang tempoh kami belajar di Politeknik
Kota Bharu ini dan khususnya sepanjang kami menjalankan aktiviti
projek SMART ATTENDENCE DEVICE kami ini.
Di atas segala jasa dan budi baik Puan dan saudara/sauadari
sekalian amat kami hargai.
Sekian terima kasih.
ISI KANDUNGAN

BAB
1 PENGENALAN
1.1 Pernyataan masalah
1.2 Objektif
1.3 Skop projek

2 KAJIAN LITERATURE
2.1 Pengenalan
2.2 Kajian tentang komponen

3 METODOLGI
3.1 Metodologi pelaksanaan projek
3.2 Jadual perancangan kerja
3.3 Gambarajah blok
3.4 Alatan dan bahan
BAB 1

PENGENALAN

Subjek bagi DEE 5081 adalah merupakan subjek wajib yang


perlu diambil bagi semua pelajar politeknik. Pelajar disyaratkan lulus
subjek ini sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil
atau Diploma. Subjek ini mensyaratkan pelajar supaya merekabentuk
suatu alat elektronik yang telah sedia ada bagi memudahkan
pengguna.
Selain itu, subjek ini juga melatih pelajar supaya
bertanggungjawab ke atas setiap kerja yang dijalankan. Ianya kerana
setiap proses bermula dari cadangan projek sehingga membina
projek, pelajar akan melakukan sendiri atas bimbingan penyelia.
Dalam subjek ini, pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi
menghasilkan suatu projek yang kemas dan berkualiti. Selain itu,
subjek ini mendidik pelajar supaya mempunyai jati diri.
Hal ini kerana setelah projek siap dibina, pelajar dikehendaki
membuat pembentangan projek kepada penyelaras projek.
Pembentangan tersebut bertujuan bagi memastikan setiap pelajar
memahami jenis litar yang digunakan,kendalian litar, komponen yang
digunakan dan fungsinya. Ianya bagi menghasilkan graduan yang
berguna pada industri.
1.1 PERNYATAAN MASALAH

Pada zaman sekarang perkembangan teknologi adalah sangat


cepat. Perkembangan teknologi ini banyak tertumpu di kawasan
kilang dan juga pejabat kerajaan. Dengan ini kami mengambil langkah
untuk mereka cipta sebuah teknologi yang boleh digunakan di
tempat pengajian tinggi atau di sekolah.
Bagi menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pihak
pengajian tinggi atau disekolah kami telah mereka Smart Attendence
Device.
Antara masalah yang sering dihadapi adalah terdapat masalah
penipuan semasa mengambil kehadiran pelajar. Hal ini sering berlaku
di pusat pengajian tinggi berbanding di sekolah.
Seterusnya ialah terdapat sesetengah pensyarah yang sukar
mengambil kehadiran para pelajar. Masalah ini berlaku pada
kebanyakkan kelas yang menpunyai bilangan pelajar yang sangat
ramai.
Berikutnya ialah pengambilan kehadiran yang boleh menganggu
pelajar atau pensyarah. Untuk mengambil kehadiran pelajar
kebanyakan kelas perlu menunggu untuk pelajar semua hadir. Hal ini
akan merugikan masa pembelajaran.
1.2 OBJEKTIF

Bagi melaksanakan dan menyiapkan projek ini kami telah


menetapkan beberapa objektif yang perlu bagi mengatasi masalah
yang dihdapai.
Antara objektifnya ialah memudahkan pensyarah untuk
mengambil kehadiran pelajar dengan tepat dan betul. Peralatan ini
dapat membantu mengambil kehadiran pelajar dengan cepat dan
betul tanpa perlu pensyarah memanggil nama pelajar satu-satu.
Seterusnya ialah objektifnya untuk mengelakkan dari berlaku
kes penipuaan semasa mengambil kehadiran pelajar. Dengan adanya
peralatan ini pelajar lebih sukar untuk menolong rakan mereka yang
tidak hadir mengambil kehadiran tanpa disedari oleh pensyarah.
Berikutnya ialah dapat menjimatakn masa dan tidak menganggu
pelajar atau pensyarah. Dengan adanya peralatan ini dapat
mempercepatkan proses mengambil kehadiran pelajar dan tidak
menganggu pembelajaran.
1.3 SKOP PROJEK

Skop atau had perlaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan


bagi memastikan setiap perlaksanaan projek tidak terkeluar dari
objektif yang ingin dicapai. Skop perlaksanaan projek ditetapkan
berdasarkan objektif atau matlamat projek. Oleh itu projek Smart
Attendence Device ini perlulah tidak melampaui matlamat atau
funginya. Projek ini menggunakan Rfid sebagai pengesan untuk
merekod nama pelajar. Seterusnya ia akan merekod nama pelajar
yang dikesan pada ke database arduino. Lampu akan menyala dan
buzzer akan berbunyi apabila kad dikesan. Projek ini direka bagi
menumpukan tempat pusat pengajian atau sekolah sahaja.
BAB 2
KAJIAN LITERATURE

2.1 PENGENALAN
Bagi melaksanakan kerja projek ini kami telah membuat
beberapa kajian tentang komponen dan peralatan yang akan kami
gunakan.Kami memperoleh kajian tersebut daripada sumber iaitu
internet. Pelbagai sumber yang kami perolehi daripada kajian
tersebut.

2.2 KAJIAN TENTANG KOMPONEN


1. Pengawal mikro( Arduino Uno)
a. Penggunaan arduino tidak asing lagi dalam membuat
sesuatu projek elektronik. Arduino merupakan sebuah
pengawal mikro untuk membina peralatan digital dan
pelbagai lagi barangan elektronik yang boleh mengesan
atau mengawal sebuah objek atau peralatan.
b. Antara kelebihan penggunaan arduino ialah ianya mudah
untuk digunakan kerana sudah mempunyai port bagi usb
untuk menghubungkan ke komputer bagi tujuan
memprogramkan peralatan. Selain itu arduino juga mudah
diprogram kerana software arduino dilengkapi dengan
kumpulan library yang cukup lengkap.
c. Antara kelemahan penggunaan arduino ialah storage flash
berkurang kerana dipakai untuk bootloader.
d. Arduino mempunyai banyak jenis antaranya ialah arduino
uno, arduino nano dan banyak lagi
2. RTC Module( real time clock)
a. RTC module merupakan sebuah alatan yang digunakan
bagi mengesan waktu atau masa dengan tepat. Rtc
module turut digunakan pada komputer untuk merekod
masa. Kebanyakkan peralatan elektronik yang berfungsi
mengikut masa mempunyai RTC module. RTC module juga
dilengkapi dengan bateri kecil 5volt membolehkan ia
berfungsi untuk jangka masa yang lama.
3. RFID reader( Radio-frequency identification)
a. RFID merupakan peralatan elektronik yang menggunakan
medan elektromagnet bagi mengenalpasti atau mengesan
sesuatu objek dengan automatik.
b. RFID kebanyakkan digunakan dalam proses industri dan
juga seperti penggunaan tol kenderaan.
4. LCD DISPLAY
a. Lcd display merupakan skrin yang boleh memaparkan
output yang dikeluarkan oleh arduino. Lcd display banyak
digunakan pada peralatan elektronik bagi memaparkan
keluaran.
b. Selain itu, lcd display mempunyai banyak saiz yang
berbeza sama ada besar atau kecil bersesuaian dengan
saiz projek atau alatan yang dibuat
c. Antara kelebihan lcd ialah ianya murah dan sesuai untuk
projek yang biasa.
BAB 3
METODOLOGI

Dalam sesebuah projek, metodologi adalah sesuatu atau


perkara yang penting bagi memastikan projek berjalan dengan
sistematik dan lancar selain dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh masa
yang ditetapkan,langkah yang efektif perlu diambil kerana projek ini
memerlukan tumpuan dan ketelitian individu.
CARTA ALIR PROJEK:

PERANCANGAN

MENGUMPUL DATA

MENGKAJI LITAR DAN MEMBUAT


PROGRAM

MEMASANG PERKAKASAN

MENGUJI

MEREKOD DATA
3.1 METODOLOGI PERLAKSANAAN PROJEK

1.PERANCANGAN
Peringkat pertama dalam metodologi ini adalah perancangan.
Pada peringkat pemulaan ini, kami dikehendaki mengemukan satu
masalah dan kami diberi peluang untuk memilih sendiri tajuk yang
sesuai. Tajuk dan projek yang menjadi pilihan kami ialah SMART
ATTENDENCE DEVICE. Apabila tajuk telah dipilih, perbincangan
dengan penyelia diadakan untuk merancang segala perlaksanaan
projek supaya semua berjalan lancar.Setelah mendapat kelulusan
dari pihak penyelia dan panel kami dikehendaki membuat satu jadual
perancangan projek(carta gantt). Semua kerja-kerja dibuat mestilah
berpandukan jadual tersebut. Pada langkah ini juga, segala keperluan
dan kepentingan projek seperti objektif, skop dan pernyataan
masalah dikenalpasti melalui perbincangan dengan penyelia dan
penyelidikan melalui internet dan buku-buku.

2. MENGUMPUL DATA
Peringkat kedua untuk metodologi ini ialah pengumpulan data.
Pada peringkat ini, analisis dibuat berdasarkan maklumat yang
berkaitan dengan tajuk. Kami telah mengenal pasti bagaimana
Arduino berfungsi dan cara untuk menghubungkan peralatan lain ke
Arduino
3.MENGKAJI LITAR DAN MEMBUAT PROGRAM
Peringkat ketiga dalam metodologi ini ialah peringkat membuat
kajian secara terperinci terhadap litar. Litar yang diperoleh telah
dibincangkan dengan penyelia dan telah dipersetujui. Kemudian litar
ini akan dikaji untuk memasang komponen elektronik yang lain pada.
Program juga perlu dirancang untuk proses memasukkan kod pada
Arduino Flow Chart perlu dibuat bagi memudahkan proses membuat
program ini.

4.MEMASANG PERKAKASAN
Pada peringkat ini setiap komponen dikumpul untuk dipasang
menjadi projek yang telah dirancang. Pemasangan perlu dilakukan
dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakkan pada Arduino atau
komponen elektronik yang lain. Semasa peringkat ini juga kod yang
telah dibuat perlu dimuat naik ke arduino bagi melengkapkan proses
pemasangan.
5.MENGUJI
Pada peringkat ini,ujikaji atau ‘troubleshoot’ akan dijalankan
terhadap projek yang telah dibangunkan.Pada peringkat ini,segala
kesilapan atau ralat yang terdapat dalam perkakasan akan
dikenalpasti dan diperbaiki untuk mencapai tahap yang lebih baik.

6.MEREKOD DATA
Akhir sekali pada peringkat ini kami merekod segala data tentang
projek yang telah dibuat bagi memdahkan orang lain untuk
mengenali projek kami ini. Ia juga boleh digunakan untuk membuat
laporan pada akhir projek ini.
3.2 JADUAL PERANCANGAN KERJA (GANTT CHART)
3.3 GAMBARAJAH BLOK

Penjelasan
Rajah diatas menunjukkan sedikit sebanyak tentang gambarajah
blok bagi projek kami. Di sini arduino bertindak sebagai
pemprosesan bagi mengawal semua komponen samada masukkan
atau keluaran. Kami menggunakan bekalan kuasa 5volt bagi
mengagihkan kuasu keseluruh komponen dalam projek ini. RFID
module akan disambungkan ke Arduino bagi membaca data dari
RFID kad atau tag. RTC module digunakan bagi memaparkan masa
dan tarikh pada LCD. LCD memaparkan semua keluaran seperti
masa, tarikh, dan nama pelajar.Kedua-dua LED akan menyala
sebagai tanda pelajar sampai atau keluar. Buzzer akan berbunyi
sekiranya ada keluaran atau masukkan. EEPROM bertindak sebagai
penyimpan data.
3.4 ALATAN DAN BAHAN

1. Arduino nano

2. RFID READER

3.RTC MODULE
4.LCD DISPLAY UNIT

5.TWO LED

6. BUZZER

7. SUIS TEKAN

Anda mungkin juga menyukai