Anda di halaman 1dari 19

LAWATAN MUHIBBAH KE ‘SEKOLAH PELANCONGAN’

SEMPORNA, 27 Jun 2009 – Keindahan semulajadi yang selama ini dikecapi oleh warga SK. Pulau
Mabul turut dinikmati bersama oleh 50 0rang ahli Kelab Staf SK. Kg. Titingan Tawau termasuk
Guru Besar dan ahli keluarga yang menyertai lawatan sambil berekreasi di Pulau Mabul. Turut
sama dalam rombongan ini ialah beberapa orang staf SK. Balung termasuk Guru Besar.
Lawatan yang diketuai oleh Pn. Jennifer Peru selaku Pengerusi Kelab Staf SK. Kg. Titingan ini
berlangsung pada 27 – 28 Jun 2009. Antara aktiviti yang sempat dijalankan adalah aktiviti bola
tampar pantai, futsal dan malam ramah mesra yang sudah tentu tujuannya untuk mengeratkan
silaturrahim antara rombongan pelawat dengan pihak tuan rumah.

Keindahan pantai dan kejernihan laut di Pulau Mabul, menggamit hati peserta lawatan
yang mengambil peluang berharga ini untuk melakukan aktiviti ‘snorkling’ sambil menikmati
suasana keindahan matahari terbenam. Fikiran dapat ditenangkan dan tekanan oleh bebanan
kerja dikurangkan seketika apabila berpeluang berjalan menyusuri pantai dan mengelilingi
kawasan pulau sambil menghirup udara segar. SK. Pulau Mabul yang terletak di dalam
kawasan pelancongan ini, memang bertuah dan kunjungan ke sana pasti menjanjikan banyak
pengalaman menarik dan kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.

“Bersedialah Pulau Mabul, kami akan ke sana lagi, insya Allah”.

Penulis :

Samsiah Sundu

Anda mungkin juga menyukai