Langkah 1:
Murid diminta melakar
muka kucing yang
diingini mengikut saiz
muka murid.
Langkah 2:
Melukis rupa bentuk kucing
pada kad manila seperti
lakaran mata, hidung, mulut,
telinga dan misai kucing.
Mewarna bentuk muka
kucing yang telah dilukis
dengan padanan warna
yang sesuai.
Menggunting topeng muka
kucing yang telah
diwarnakan.
Langkah 3:
Guru menunjuk cara menebuk
lubang bahagian mata untuk
membentuk sepasang mata
kucing.
Murid diminta menebuk pada
bahagian telinga topeng kucing.
Murid dibimbing memasukkan
getah gelang pada lubang telinga
topeng untuk dilekatkan pada
bahagian telinga murid.
Langkah 4:
Membuat kemasan secara
kreatif pada topeng kucing
dengan melekatkan
benang hitam seperti
misai kucing.
Guru menyemaikan rasa
kasih sayang terhadap
haiwan, terutama haiwan
pemeliharaan, seperti
kucing.
Apresiasi Seni:
Murid menyatakan apresiasi mereka
terhadap karya yang telah dihasilkan.
Murid mempamerkan dan memakai
beberapa topeng yag dibuat.Murid
menerangkan fungsi karya yang dihasilkan.
Guru membuat rumusan tentang hasil yang
telah dibuat.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang
elemen keusahawanan.
HASIL SEBENAR:
Hasilan Bersama:
PN. NADZIRAH ISMAIL (SKPM)
PN. MAIMUNAH HJ DAUD (SK MAHMUD)
PN HAMIDAH ISMAIL (SK U DONG)
PN SURIATI BT LOT (SK TEMAU)
PUNITHA A/P NADARAJAH (SJKT RAUB)
SUGANAAH A/P NADASAN (SJKT L GALI)