Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari : Jumaat

Tarikh : 7 Januari 2011

Tingkatan : 4 Permata

Masa : 30 minit

Bidang pembelajaran : 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

Nilai : 6.2 Kebebasan Bersuara

Tajuk : Kebebasan Bersuara Di Tempat Awam Berasakan Adab


Dan Peraturan

Pengetahuan sedia ada :

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan


dapat:

Kognitif:
i. Menyenaraikan faedah kebebasan berucap di tempat
awam
ii. Menyenaraikan adab dan peraturan ketika berucap

Afektif:
i. Menimbangkan perasaan dan hak individu lain ketika
berucap di tempat awam.
Perlakuan:
i. Memberikan cadangan cara untuk berucap mengikut
adab dan peraturan.
ii. Mengarang satu teks ucapan yang menggambarkan
dirinya sebagai calon Ketua Pengawas Sekolah.

Pendekatan : Pembelajaran Koperatif

Teknik :
i. Lakonan
ii. Perbincangan dalam kumpulan
iii. Sumbang saran

Bahan bantu mengajar : klip video, slaid Power Point (nota), teks ucapan dan kad
tugasan
Jadual rancangan aktiviti

Kemahiran/
Langkah/ Masa Aktiviti Strategi/ sumber
penyerapan

i. Set induksi  Tayangan video - Pelajar ditontonkan klip video mengenai - Klip video
(5 minit) adab ketika bercakap. (“Budi bahasa
- Selepas tayangan, guru meminta pelajar budaya kita”)
memberikan pendapat atau maklum balas
mengenai situasi yang ditontonkan

ii. Langkah 1  Slaid power point - Guru memperkenalkan topik pengajaran. - Slaid Power
(5 minit) - Guru memberikan penerangan secara Point (nota)
ringkas mengenai topik pengajaran.
- Guru mengajukan beberapa persoalan untuk
menggalakan pelajar berfikir dan
memberikan pendapat. Antara persoalan
yang dikemukakan ialah:
- Apakah peraturan berucap?
- Mengapa perlu mengelakkan daripada
menimbulkan keadaan huru hara
ketika berucap?
- Contoh isu-isu sensitif dan sebagainya.
iii. Langkah 2  Aktiviti 1 - Seorang pelajar diminta tampil kehadapan - Lakonan
(5 minit)  Lakonan untuk melakokan satu babak ketika berucap (sila rujuk
di majlis rasmi Lampiran A –
- Guru meminta pelajar tersebut membaca Teks ucapan)
teks ucapan yang diberikan
- Selepas itu, pelajar diminta untuk
memberikan maklum balas mengenai gaya
pengucapan yang dilakonkan oleh pelajar
tersebut
- Guru menimbulkan beberapa persoalan
untuk menggalakkan pelajar untuk
memberikan pandangan mereka

iv. Langkah 3  Aktiviti 2 - Guru mengedarkan 3 keping kad tugasan - Kad tugasan
(10 minit)  Kad tugasan yang menggandungi gambar sesuatu situasi. (sila rujuk
 Perbincangan 3 situasi tersebut adalah berbeza. Lampiran B)
dalam - Pelajar diagaikan kepada 3 kumpulan.
kumpulan Setiap kumpulan dikehendaki membuat
perbincangan dan memahami situasi yang
diberikan berdasarkan kad tugasan yang
telah diberikan
- Guru bertindak sebagai pemudah cara.
- Pelajar diminta untuk membuat
perbentangan hasil perbincangan yang telah
dibuat.
- Pelajar lain digalakkan untuk mengajukan
sebarang persoalan atau komen berkaitan
pembentangan yang telah dijalankan oleh
kumpulan lain.

v. Penilaian/  Membuat - Sebelum mengakhiri sesi pengajaran dan


Pengukuhan kesimpulan pembelajaran, guru meminta beberapa
(5 minit)  Kerja rumah orang pelajar membuat rumusan mengenai
topik pembelajaran yang telah dipelajari
- Guru juga mengajukan beberapa persoalan
untuk menggalakkan pelajar berfikir dan
memberikan pendapat mereka berkaitan:
- Cara untuk berucap mengikut saluran
yang betul
- Hukuman terhadap individu yang
melanggar peraturan dan adab ketika
berucap
- Guru memberi kerja rumah - Sila rujuk
- Pelajar di minta untuk membuat satu Lampiran C
teks ucapan mengikut format yang (soalan esei)
betul
Penilaian/pengukuhan : Lakonan (Lampiran A), Kad Tugasan (Lampiran B) dan
Soalan esei (Lampiran C).

Refleksi:
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
LAMPIRAN A

Teks ucapan 1 (Olahan isi kandungan dan gaya bahasa mengikut adab dan peraturan)

Sempena menyambut Hari Kitar Semula Kebangsaan tahun 2011, anda di minta memberikan
satu ucapan mengenai kepentingan kitar semula.

Berdasarkan teks ucapan di bawah, sila baca teks tersebut mengikut protokol majlis rasmi.

Selamat petang dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan
terima kasih saya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri yang kita kasihi, kerana telah sudi melapangkan masa beliau untuk bersama-
sama dengan kita pada petang ini bagi merasmikan Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan
Tahun 2011.

Kami amat menghargai kehadiran Yang Amat Berhormat di majlis ini, yang dengan
sendirinya menunjukkan bahawa YAB Perdana Menteri kita mengambil berat terhadap isu-isu
alam sekitar khususnya pelaksanaan program kitar semula di negara kita.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada masa ini, setiap individu di negara kita menghasilkan sampah-sarap kira-kira 0.8kg
sehari dan kadar ini dijangka akan meningkat lagi sekiranya kita tidak mula mengawal cara
pengeluaran dan pembuangan sampah kita. Dengan melaksanakan Program Kitar Semula,
masalah kekurangan kawasan tanah untuk menyediakan tapak-tapak pelupusan dapat
diminimakan.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima
kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak kerana sudi hadir ke
majlis perasmian sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan tahun 2011, tidak lupa kepada
saudara dan saudari kerana kerana sudi hadir bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini.
Saya berharap apa yang saya katakana sebentar tadi tidak menyinggung perasaan mana-mana
pihak. Jika ada, saya memohon maaf. Sekian, terima kasih.

Teks ucapan 2 (Olahan isi kandungan dan gaya bahasa tidak mengikut adab dan
peraturan)
Sempena menyambut Hari Kitar Semula Kebangsaan tahun 2011, anda di minta memberikan
satu ucapan mengenai kepentingan kitar semula.
Berdasarkan teks ucapan di bawah, sila baca teks tersebut tanpa mematuhi protokol majlis
rasmi.

Selamat petang dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Najib Bin Abdul
Razak, Perdana Menteri yang kita kasihi, kerana telah sudi melapangkan masa beliau untuk
bersama-sama dengan kita pada petang ini bagi merasmikan Sambutan Hari Kitar Semula
Kebangsaan Tahun 2011.

Pada masa ini, setiap individu di negara kita menghasilkan sampah-sarap kira-kira 0.8kg
sehari dan kadar ini dijangka akan meningkat lagi sekiranya kita tidak mula mengawal cara
pengeluaran dan pembuangan sampah kita. Dengan melaksanakan Program Kitar Semula,
masalah kekurangan kawasan tanah untuk menyediakan tapak-tapak pelupusan dapat
diminimakan sekaligus mengurangkan pencemaran udara, tanah dan air.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN B
Teliti gambar rajah di bawah ini

Jawab soalan-soalan yang berikut.


i. Apakah batasan berucap yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?
- Kedua-dua orang tersebut berucap secara sopan yang mana individu pertama
berucap manakala individu kedua mendengar apa yang cuba disampaikan.

ii. Mengapakah perlu ada batasan berucap?


- Agar pemimpin dan rakyat tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara
- Supaya maklumat atau info yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan dan
diterima oleh semua.
- Untuk menjamin ketenteraman bersama

iii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kebebasan bersuara tidak berasaskan
sebarang batasan? Berikan satu contoh yang spesifik.
- Negara akan menjadi huru-hara, keamanan dan keselamatan rakyat tidak
terjamin. Misalnya, dengan meluahkan apa sahaja yang terfikir tanpa batasan
akan membawa padah kepada diri sendiri dan masyarakat.
Teliti gambar rajah di bawah.
Jawab soalan-soalan yang berikut.
i. Apakah batasan berucap yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?
- Sekumpulan individu yang cuba bersuara atau mempertahankan hak mereka
yang mana situasi begini kadangkala boleh menyebabkan berlaku kekecohan
dan mengundang huru-hara serta boleh melibatkan kecederaan dan
kemusnahan harta benda sekiranya tidak terkawal.

ii. Mengapakah perlu ada batasan berucap?


- Agar pemimpin dan rakyat tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara
- Supaya maklumat atau info yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan dan
diterima oleh semua.
- Untuk menjamin ketenteraman bersama.

iii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kebebasan bersuara tidak berasaskan
sebarang batasan? Berikan satu contoh yang spesifik.
- Negara akan menjadi huru-hara, keamanan dan keselamatan rakyat tidak
terjamin. Misalnya dengan meluahkan apa sahaja yang terfikir tanpa batasan
akan membawa padah kepada diri sendiri dan masyarakat.
Teliti gambar rajah di bawah.
Isk…!*#@*##
*#@#*

@#*!!....*#@#*

Jawab soalan-soalan yang berikut.


i. Apakah batasan berucap yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas?
- Ketiga-tiga orang itu tidak berucap secara sopan

ii. Mengapakah perlu ada batasan berucap?


- Agar pemimpin dan rakyat tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara.
- Supaya maklumat atau info yang ingin disampaikan dengan lebih berkesan dan
diterima oleh semua.
- Untuk menjamin ketenteraman bersama.

iii. Apakah yang akan berlaku sekiranya kebebasan bersuara tidak berasaskan
sebarang batasan? Berikan satu contoh yang spesifik.
- Negara akan menjadi huru-hara, keamanan dan keselamatan rakyat tidak
terjamin. Misalnya dengan meluahkan apa sahaja yang terfikir tanpa batasan
akan membawa padah kepada diri sendiri dan masyarakat.

LAMPIRAN C
Soalan esei.

Perhatian: sila baca arahan di bawah dengan teliti dan hasilkan satu teks ucapan yang mana
panjangan karangan tidak lebih daripada 350 patah perkataan. . Tugasan ini perlu diserahkan
pada 12 Januari 2011 (Rabu).

Andaikan anda terpilih sebagai calon Ketua Pengawas bagi sesi persekolahan 2011. Anda telah
diberikan peluang untuk berucap semasa perhimpunan mingguan di sekolah.

Berdasarkan pernyataan tersebut sediakan satu teks ucapan yang mengambil kira kebebasan
bersuara berasaskan adab dan peraturan. (15 Markah)

Anda mungkin juga menyukai