Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN 3

AKTIVITI 2: MAIN PERANAN

Lakonkan watak-watak tersebut berdasarkan situasi yang telah diberikan.

Situasi 1

Maisarah, Ah Heng dan Dewi merupakan sahabat baik. Mereka bertiga telah bersetuju untuk
membeli barangan keperluan persekolahan mereka di pusat membeli-belah. Anda
dikehehendaki melakonkan ketiga-tiga watak-watak tersebut yang dapat menunjukkan
sikap kesederhanaan dalam berbelanja.

ARAHAN:

1. Tiga orang pejar dikehendaki berlakon berdasarkan situasi yang diberikan yang mana
seorang pelajar memegang watak Maisarah, seorang pelajar lagi memegang watak Ah
Heng dan seorang pelajar yang lain memegang watak Dewi.
2. Pelajar-pelajar lain diminta untuk menghayati lakonan yang telah dipersembahkan.
3. Kemudian, guru bertanyakan soalan kepada pelajar-pelajar lain berdasarkan lakonan
yang telah dilihat.

LAMPIRAN 4
Baca dan fahami dialog di bawah dan jawab soalan yang diberikan

Amelia, Ah Yee dan Siva merupakan sahabat baik. Pada suatu petang, mereka keluar ke pekan
untuk menikmati makanan malam di sebuah restoran. Berikut merupakan perbualan mereka
setelah duduk di kerusi masing-masing.

Amelia: Wah, banyaknya lauk pauk yang sedap di sini! (sambil memegang menu makanan).
Saya sangat lapar la. Saya nak tempah ayam goreng, sayur goreng, daging panggang, tomyam,
air sirap dan air suam.

Siva: Banyaknya makanan yang awak tempah Amelia (dengan nada terkejut). Mampu ke awak
nak habiskan? Saya risau awak akan membazirkan makanan tu.

Ah Yee: Betul kata Siva tu. Banyak sangat lauk- pauk yang awak minta. Saya rasa awak tidak
akan mampu menghabiskan semua makanan tu. Apa yang kita pernah belajar kat sekolah,
amalan suka membazir adalah satu amalan yang tidak baik.

Amelia: Ala, bagi aku, semua makanan tu aku mampu habiskan. Aku dah biasa tempah makanan
banyak-banyak. Lagipun, kau jangan risau, aku ada banyak duit. Emak aku memberikan aku
RM100 seminggu sebagai wang saku.

Ah Yee: Betul, awak memang banyak duit. Tapi saya selalu perhatikan bahawa awak selalu jer
membazir makanan sebelum ni. Sikap awak tu boleh merugikan diri awak sendiri.

Siva: Saya setuju dengan apa yang awak katakan tu, Ah Yee. Duit yang awak dapat tu, awak
boleh simpan dan beli perkara yang lebih penting seperti buku-buku rujukan. Kita perlu
berbelanja dengan berhemah.

Amelia berfikir sejenak.

Amelia: Yer la, betul apa yang kamu berdua cakap. Saya baru sedar bahawa saya memang boros
berbelanja dan suka makan mengikut nafsu. Lagi, saya suka membuang makanan yang saya
tidak habis makan. Saya fikir tindakan saya tu memang salah. Mulai hari ini, saya akan
memperuntukkan sebahagian wang saku yang diberikan oleh mak saya untuk simpanan saya dan
akan berbelanja dengan bijak.

Siva: Wah, saya gembira sebab awak dah sedar. Ha, tu baru tindakan yang bijak

Ah Yee: Saya pun gembira juga. Lepas ni, saya harap awak akan betul-betul berubah dan jangan
berubah sekejap sahaja macam pepatah “tahi-tahi ayam”. (dengan nada bergurau)
Amelia: (tersenyum). Saya bersungguh-sungguh nak berubah ni. Kamu berdua nanti bagilah
sokongan kepada saya.

Siva dan Ah Yee: Yer, jangan risau. Kami berdua akan sokong awak. Kita kan dah berkawan
lama. (Berkata dengan nada yang gembira).

1) Berdasarkan dialog di atas, nyatakan dua nilai yang ditunjukkan oleh Siva?
i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________

2) Terangkan maksud satu nilai di atas.


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3) Nyatakan empat kebaikan merancang kegunaan wang saku.


i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
iii. __________________________________________________________________
iv. __________________________________________________________________

LAMPIRAN 5
AKTIVITI PENGUKUHAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Jawab soalan-soalan yang telah diberikan dalam bentuk
esei.

Mengikut Professor Dr. Hamka, kesederhanaan dalam cara makan mengikut ajaran Islam ialah
dengan membahagikan perut kepada tiga bahagian iaitu sepertiga untuk makanan, sepertiga
untuk minuman dan sepertiga lagi dikosongkan untuk fikiran. Sebahagia-bahagia orang ketika
makan ialah berasa cukup dengan makanan yang ada. Justeru, ia makan kerana untuk hidup
dan bukannya hidup untuk makan.

(a) Apakah konsep kesederhanaan dalam pemakanan mengikut ajaran agama atau
kepercayaan yang kamu anuti.

(b) Selain aspek pemakanan, apakah yang dianjurkan oleh ajaran agama atau kepercayaan
yang kamu anuti.

LAMPIRAN 1
AKTIVITI 1: VIDEO PENDEK

ARAHAN:

1. Pelajar diminta menonton video pendek yang ditayangkan.


2. Pelajar diminta menjawab soalan berdasarkan video yang ditayangkan.

Anda mungkin juga menyukai