Anda di halaman 1dari 7

A) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

Hari : Rabu

Tarikh : 29 Disember 2010

Matapelajaran : Pendidikan Moral

Tingkatan : 5 A1

Masa : 9.30-10.00 pagi (30 minit)

Bidang Pembelajaran : Nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri.

Nilai : 1.5 Hemah Tinggi

Tajuk : Harimau Mati Meninggalkan Belang Manusia Mati Meninggalkan Nama.

Pengetahuan sedia ada: Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai:

i- Beberapa orang tokoh di Malaysia.


ii- Apakah sumbangan atau jasa tokoh-tokoh tersebut terhadap negara.

Hasil pembelajaran:

1. Kognitif:
i- Pelajar dapat menyatakan 2 orang tokoh yang mereka ketahui
ii- Pelajar dapat menyatakan 1 sumbangan atau jasa tokoh tersebut.

2. Afektif:
i- Pelajar dapat mencadangkan 1 cara untuk memperingati jasa atau sumbangan
tokoh-tokoh tersebut.

3. Psikomotor:
i- Pelajar dikehendaki menulis sebuah sajak ‘Tokoh Idola Saya’.
ii- Pelajar dikehendaki membuat latihan 1.
Pendekatan:

i- Pemupukan nilai
ii- Penjelasan nilai

Bahan Bantu Mengajar:

i- Penggunaan ICT
ii- Penggunaan komputer
iii- Lembaran kerja – Latihan 1
Latihan 2

Penilaian:

i- Penyoalan secara lisan- guru menyoal kembali tentang definasi, kelebihan, kesan
yang diperolehi daripada amalan sikap berhemah tinggi.

Pengukuhan:

i- Pelajar diminta mengumpulkan kata-kata hikmah dari kalangan tokoh ahli falsafah
dan pemimpin negara untuk dibuat buku skrap mengikut kumpulan yang telah
diberikan.

Refleksi/ rumusan:

i- Pelajar dapat mengenali beberapa orang tokoh.


ii- Pelajar dapat mengetahui jasa atau sumbangan dari tokoh-tokoh tersebut.
Bidang : Nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri.

Nilai : 1.5 Hemah Tinggi

Tajuk : Harimau Mati Meninggalkan Belang Manusia Mati Meninggalkan Nama.

Langkah/ Kemahiran/ Aktiviti Pengajaran dan Strategi/ sumber


Masa Penyerapan Pembelajaran
Induksi Pengenalan 1. Guru memperkenalkan Movie maker
(5 minit) beberapa orang tokoh di
Malaysia

2.. Guru memberikan Lampiran soalan


lembaran Latihan 1 kepada
pelajar dan menyuruh
pelajar menjawabnya

3. Guru menyoal pelajar Penyoalan


tentang sikap/ nilai-nilai yang
diamalkan oleh tokoh-tokoh
tersebut.
Langkah I Pendekatan: Penjelasan Guru menayangkan slaid Slaid power point
(10 minit) nilai dan menerangkan tajuk Penerangan
(definasi nilai hemah tinggi) Penjelasan

Pendekatan: Guru memberi dua modul Penyelesaian


Pendekatan domain berbentuk masalah dan masalah
meminta pelajar
menyelesaikannya

Pendekatan: Guru memberikan lembaran Lampiran soalan


Pendekatan domain Latihan 2; ‘Cipta sebuah Main peranan
keadaan’.
Langkah II Pendekatan: Guru mengarahkan pelajar Main peranan
(10 minit) Pemupukan nilai untuk menulis sebuah sajak
yang bertajuk ‘Tokoh Idola
Saya’
Penutup Rumusan Guru memberi rumusan Penerangan
(5 minit) mengenai topik yang diajar
LAMPIRAN

Nota: Hemah Tinggi.

Definasi hemah tinggi:

Hemah tinggi ialah tingkah laku dan perbuatan beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian. Amalan hemah tinggi ini seharusnya diamalkan tidak mengira tempat dan
tanpa melihat peringkat dan lapisan masyarakat. Ini termasuklah dari peringkat kanak-kanak
hinggalah orang yang lebih tua dari kita. Tidak mengira pegangan agama atau mazhab
seseorang itu kita haruskan bersopan lebih-lebih lagi ketika berinteraksi. Malah tanpa mengira
kedudukan seseorang itu kita hendaklah beradab sopan demi mencapai kesejahteraan hidup
bermasyarakat.

Contoh amalan berhemah tinggi:

1. Menjaga tingkahlaku dan tutur kata


2. Bersifat ramah mesra
3. Tidak angkuh/ sombong

Kepentingan sikap berhemah tinggi:

1. Manusia mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat.


2. Manusia tidak berasa sombong.
3. Menimbulkan sikap hormat-menghormati terhadap orang lain.
4. Mewujudkan sikap mesra dengan orang lain.
5. Hidup lebih aman dan damai.

Contoh tokoh-tokoh yang mengamalkan sikap berhemah tinggi:

1. Imam al Ghazali
2. Confucius
3. Tunku Abdul Rahman
4. Mahatma Ghandi
5. Swami Vivekananda
6. Ibu Teresa

Kesan sikap berhemah tinggi terhadap individu:

1. Akan dihormati oleh masyarakat


2. Dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab, amanah, jujur dalam melakukan apa
sahaja kerja, tugasan atau tanggungjawab.
3. Akan menjadi pendorong kepada seseorang untuk maju dan berjaya di dalam bidang
tertentu dan juga di dalam hidup.
4. Sebagai aset kejayaan kerana mereka yakin dengan kebolehan diri serta tindakan yang
dilakukan.

Kelebihan sikap berhemah tinggi:

1. Akan menjadi tauladan atau pun idola kepada orang lain untuk mencapai matlamat.

2. Ilmu dan kemahiran mereka dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat dan
negara yang lebih harmonis.

3. Dapat mengajar erti kesabaran yang perlu ada dalam jiwa ketika melakukan sesuatu
kerja, tugasan atau pun tanggungjawab.

4. Sebagai azam iaitu tidak takut dengan cabaran dan rintangan dalam mencapat cita-cita
dan matlamat.

5. Dapat melakukan segala kerja dengan berjaya dan dapat memberikan kepuasan yang
maksimum.

6. Dapat memperkukuhkan iman demi memperolehi keredhaanNya. Kerana sikap


berhemah tinggi ini dapat membentuk kesabaran seseorang dalam mengawal segala
tingkah laku dan pertuturan yang kurang baik atau pun negatif.

Kesan jika tidak mengamalkan sikap berhemah tinggi kepada masyarakat:

 Masyarakat tidak mempedulikan perasaan orang lain.

 Semangat kejiranan akan pupus.

 Masyarakat tidak mempunyai perasaan bertimbang rasa terhadap orang lain.

 Masyarakat tidak akan bersatu padu dan matlamat negara sukar dicapai.
SET INDUKSI:

i- Guru menayangkan movie maker sambil memperkenalkan beberapa orang tokoh di


Malaysia mengikut kategori-kategori yang tertentu.
ii- Guru mengedarkan lembaran Latihan 1 untuk dijawab oleh pelajar-pelajar
berdasarkan tayangan sebentar tadi.
iii- Dengan secara lisan juga guru menyoal pelajar-pelajar tentang sikap-sikap atau pun
nilai-nilai yang diamalkan oleh tokoh-tokoh tersebut.

LANGKAH/ AKTIVITI I:

Satu
i- Guru menayangkan slaid power point mengenai tajuk ‘Hemah Tinggi’ di layar
slaid.
ii- Guru menerangkan tajuk ‘Hemah Tinggi’ kepada pelajar.
iii- Guru memberi dua modul berbentuk permasalahan dan meminta pelajar
mencari jalan penyelesaiannya secara lisan.
iv- Beberapa orang pelajar dipilih untuk menyelesaikan masalah tersebut
berpandukan nilai amalan hemah tinggi.
v- Guru membuat kesimpulan dan menerangkan melalui hasil cara penyelesaikan
pelajar tadi.

MODUL 1
Rakan sekelas anda sedang bertengkar untuk memilih antara koir atau pun coral
speaking sebagai persembahan kelas sempena sambutan Hari Guru sekolah.
Anda sebagai ketua kelas, bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah
tersebut?

MODUL 2
Rakan sekelas anda sedang bertengkar untuk memilih antara koir atau pun coral
speaking sebagai persembahan kelas sempena sambutan Hari Guru sekolah.
Anda sebagai ketua kelas, bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah
tersebut?

Dua

i- Guru mengedarkan lembaran Latihan 2 kepada setiap pelajar.


ii- Guru menerangkan arahan latihan tersebut.
iii- Guru mengarahkan pelajar mencipta sebuah keadaan tentang sikap berhemah
tinggi dari tiga orang tokoh iaitu Tunku Abdul Rahman, Aminuddin Baki dan
Mokhtar Dahari.
iv- Guru memberi sedikit masa untuk pelajar membuat latihan tersebut.
v- Guru meminta semua pelajar menghantar latihan tersebut.

LANGKAH/ AKTIVITI II:

i- Guru member arahan kepada semua pelajar membuat sebuah sajak yang
bertajuk ‘Tokoh Idola Saya’ di dalam buku latihan.
ii- Guru member sedikit masa kepada pelajar untuk menyiapkan sajak tersebut.
iii- Guru meminta semua pelajar menghantar latihan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai