Anda di halaman 1dari 7

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 1

SET INDUKSI

1 2 3 4 5 6 7 8

1. 1

R A S I O N A L

ARAHAN:

1. Guru mengedarkan 8 kepingan kertas berwarna yang mengandungi huruf-huruf yang


menjadi topik pengajaran.
2. 8 orang pelajar yang mendapat kepingan kertas yang mengandungi huruf-huruf diminta
ke hadapan untuk melekatkannya di “white board” yang berada di hadapan.
LAMPIRAN 4

AKTIVITI 2: RAKAMAN VIDEO PENDEK

ARAHAN:

1. Pelajar diminta menghayati rakaman video pendek yang ditayangkan.


2. Pelajar diminta menjawab soalan berdasarkan rakaman video yang ditayangkan.
LAMPIRAN 5

AKTIVITI 3

Arun merupakan seorang pelajar tingkatan 5. Dia telah menduduki peperiksaan


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah mendapat keputusan yang cemerlang.
Dia juga telah mendapat anugerah pelajar terbaik dan pelajar contoh di
sekolahnya. Oleh itu, dia telah mendapat tawaran untuk belajar di salah sebuah
institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Walau bagaimanapun, keluarga Arun
merupakan kelurga yang kurang berkemampuan. Ayahnya hanya bekerja
sebagai kerani dan akan bersara tidak lama lagi manakala ibunya hanyalah
seorang suri rumah. Kedua ibu bapanya perlu menyara 3 orang adiknya yang
masih bersekolah di sekolah menengah dan memerlukan perbelanjaan keluarga
yang agak besar. Arun memahami masalah ini dan tidak tahu untuk membuat
keputusan yang tepat sama ada mahu melanjutkan pelajaran di IPTA atau
bekerja untuk membantu keluarganya. Dalam kumpulan kecil, bincangkan
bagaimana Arun dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Gunakan
langkah-langkah penyelesaian masalah yang telah kamu pelajari sebelum
ini secara rasional.

En. Sufian merupakan ayah kepada Arun manakala Pn. Sofia adalah ibu kepada
Arun. Mereka bangga mendapat anak seperti Arun yang baik dan cemerlang
dalam pendidikan walaupun hidup dalam serba kekurangan. Mereka sangat
berharap agar Arun dapat meneruskan pelajarannya namun mereka sedar
bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai pengajian
Harun. Masalah ini merunsingkan pemikiran En. Sufian dan Pn. Sofia sehingga
menyebabkan mereka menjadi murung. Dalam kumpulan kecil, bincangkan
bagaimana ibu bapa Arun dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Gunakan langkah-langkah penyelesaian masalah yang telah kamu
pelajari sebelum ini secara rasional.
Sejak kebelakangan ini, Raju sering ponteng sekolah dan tidak menyiapkan kerja
sekolah. Masalah ini telah disedari oleh ibunya, Pn. Dewi lalu bertanyakan perkara
itu kepada Raju. Dia memberikan alasan bahawa kerja yang diberikan guru terlalu
sukar dan membosankan kerana membuat perkara yang sama setiap hari seperti
menyalin nota dan menjawab soalan kefahaman. Andaikan anda adalah Pn. Dewi,
cari satu jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Raju dengan
menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang telah anda pelajari.

Pn. Halimah merupakan guru kelas Raju yang sangat bertanggungjawab. Beliau
akan sentiasa memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa hadir ke sekolah. Namun,
sejak kebelakangan ini, beliau mendapati bahawa Raju sering ponteng kelas dan
menerima aduan daripada beberapa orang guru bahawa dia sering tidak
menyiapkan kerja sekolah. Pn Halimah buntu dengan masalah ini dan meminta
pendapat daripada guru-guru lain. Guru-guru tersebut mencadangkan agar Raju
dibawa kepada guru disiplin untuk diberikan tindakan yang sewajarnya. Pada
mulanya, dia bersetuju untuk menerima cadangan daripada guru-guru tersebut
namun setelah berfikir, dia merasakan bahawa tindakan tersebut kurang wajar.
Andaikan anda adalah Pn. Halimah, cari satu jalan untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh Raju dengan menggunakan kaedah penyelesaian masalah
yang telah anda pelajari.
ARAHAN:

1. Guru meminta wakil kumpulan mengambil sampul surat, marker dan manila kad.
2. Secara berkumpulan, pelajar akan membincangkan situasi yang telah diberikan, masa
yang diberikan bagi setiap kumpulan adalah selama 3 minit.
3. Seterusnya, wakil bagi setiap kumpulan perlu membentangnya di dalam kelas.
4. Pelajar lain boleh memberi penambahan idea.
LAMPIRAN 6

PENGUKUHAN:

Teliti situasi di bawah ini.

Syarikat X, sebuah syarikat pelancongan mengalami kerugian yang teruk pada tahun ini akibat
beberapa wabak penyakit yang berjangkit. Pelancong berasa kurang selesa untuk melancong.
Pengurus Syarikat X terpaksa mengadakan pelbagai promosi untuk mengekalkan kedudukan
kewangan syarikat tersebut. Beberapa orang pekerja Syarikat X turut meletak jawatan kerana
tidak berpuas hati dengan pengurusan Syarikat X yang hanya memberikan keutamaan kepada
masalah kewangan yang dihadapi manakala kebajikan mereka abaikan. Pengurus syarikat X
sudah tidak tahu bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikatnya.

Berdasarkan situasi di atas, bantu pengurus tersebut untuk mencari jalan penyelesaian yang paling
rasional. Kemudian, isikannya dalam jadual di bawah.

Masalah:

Meramal

Mencari bukti

Menganalis bukti

Membuat
keputusan
LAMPIRAN 3

PENILAIAN: PROSES PENYELESAIAN MASALAH

1. Sesuaikan langkah penyelesaian masalah dengan pernyataan yang diberikan.

Meramal Mencari bukti Menganalis Membuat


bukti keputusan

Pernyataan Langkah
(a) Guru menyoal semua murid Tingkatan Lima Dahlia
berhubung kes kecurian di kelas itu.

(b) Fairuz membuat jangkaan bahawa murid dari Tingkatan


Dua F yang menceroboh masuk ke kelasnya di waktu
rehat kerana kelas mereka bersebelahan.

(c) Berdasarkan kepada pencapaian dan rekod baik, Swee


Lin yang layak menerima anugerah Pelajar Contoh pada
tahun ini.

(d) Saya akan melihat dan memahami maklumat yang ada ini
sebelum memilih siapa layak menjadi ketua pengawas.

Pilih jawapan yang paling tepat.

2. Langkah penyelesaian yang paling tepat ialah:


I meramal
II menilai
III mencari bukti
IV menganalisis bukti
V membuat keputusan
A) I, II, III dan IV C) II, III, IV dan V
B) I, III, IV dan V D) I, II, III, IV dan V

Anda mungkin juga menyukai