Model 1 : Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3
melebihi 30 orang.
Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS Tahun 1, hendaklah diajar oleh
Guru Pemulihan Khas (tambahan sekiranya ada ) atau Guru LINUS ( Bahasa Melayu &
Matematik). Guru Pemulihan Khas tambahan dikehendaki membantu guru Pemulihan
Khas mengajar tahun 2 dan 3 ( 14 waktu)
Model 2 : Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3
antara 16 hingga 30 orang
Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS tahun 1, hendaklah diajar oleh
Guru Pemulihan Khas , 10 waktu seminggu. Baki waktu pengajaran hendaklah diajar
oleh guru LINUS (BM / Matematik). Kaedah ‘gabung kelas’ antara murid Pemulihan
Khas / murid LINUS Tegar boleh dijalankan (maksimum 15 orang murid)
Model 3 : Program Pemulihan Khas yang mempunyai jumlah murid Tahun 2 dan Tahun 3
kurang 15 orang
Murid LINUS tegar yang berada dalam Program LINUS tahun 1, hendaklah diajar oleh
Guru Pemulihan Khas. Kaedah ‘gabung kelas’ antara murid pemulihan / murid LINUS
boleh dijalankan (maksimum 15 orang murid)
Model 4 : Program Pemulihan Khas di SJKC dan SJKT (Guru Melayu sebagai Guru
Pemulihan Khas)
Mata pelajaran Bahasa Melayu untuk LINUS Tegar hendaklah diajar oleh Guru Pemulihan
Khas dan mata pelajaran Matematik akan diajar oleh Guru LINUS (Matematik). Kaedah
gabung kelas juga boleh dilaksanakan.