Anda di halaman 1dari 2

Pemilihan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Fasa 2) Menggunakan

keputusan Peperiksaan SPM Sebenar

Sekiranya calon-calon yang ingin menjadi Pegawai Kadet tetapi telah terlepas tarikh tutup
permohonan Fasa 1, calon-calon masih mempunyai peluang untuk menjadi Pegawai Kadet
UPNM bagi tahun 2011. Calon-calon perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian
melalui http://upu.mohe.gov.my mulai 10 Januari 2011. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4
April 2011.

Hanya calon-calon yang melepasi syarat akademik dan memperolehi keputusan cemerlang dalam
SPM akan dikenal pasti untuk menghadiri temu duga yang dijadualkan pada 15 April 2011
hingga 23 April 2011.Tempat temu duga dijangka seperti berikut:
a. Kem Pennrissen Kuching (Pemilihan).
b. Kem Lok Kawi Kota Kinabalu (Pemilihan).
c. Kem Terendak Melaka (Pemilihan & Lembaga).
d. Pangkalan Udara Subang (Pemilihan).
e. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Pemilihan).

Calon-calon boleh menyemak status penggilan temu duga melalui laman web
www.upnm.edu.my mulai 13 April 2011.

Perhatian : Sebagai persediaan untuk menghadiri temu duga, calon-calon dinasihatkan untuk
membuat pemeriksaan X-Ray (bahagian dada) dan mendapatkan laporan X-Ray tersebut
sebelum hadir ke tempat temu duga.Pemeriksaan ini perlu dibuat awal bagi mengelakkan
masalah mendapatkan laporan X-Ray di saat-saat akhir. Sila muat turun surat pemeriksaan X-
Ray daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian seperti berikut:


Puan Sarina binti Abdul Rani
Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik
03-90513400 Samb: 3423
sarina@upnm.edu.my

Encik Mohd Amirul Zzaki bin Razmi


Penolong Pendaftar, Unit Kemasukan dan Promosi
03-90513400 Samb: 3407
amirul@upnm.edu.my

Encik Mohd Lateffi bin Mohd Tazri


Pembantu Tadbir, Unit Kemasukan dan Promosi
03-90513400 Samb: 3453
lateffi@upnm.edu.my

Cik Noor Zaidatul Zila binti Abdul Rahman


03-90513400 Samb: 3453
zila@upnm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai