Anda di halaman 1dari 1

TUNJANG KETRAMPILAN DIRI

IMEJ DIRI imej diri adalah aspek yang paling panting bagi pendidik. Kegagalan kita memprojeksi
imej diri yang positif menyebabkan pelajar dan anak-anak merakam imej diri yang negatif dalam
kotak fikiran mereka. Imam al-Ghazali menyatakan bahawa kanak-kanak itu ibarat kain putih, kitalah
yang mencorakkannya.
Ciri-ciri imej diri positif
Antara aspek-aspek yang mesti ada pada diri kita dalam ciri-ciri imej diri yang positif adalah:
1. Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat
Bagi yang beragama Islam, sudag tentu perlu manjalankan kehidupan dengan cara yang
bertepatan dengan syariat. Akhlak buruk dan sikap yang negatif mesti dijauhkan. Pamerkan
sikap yang baik dan positif seperti tidak merokok, mematuhi masa, tidak ponteng, dan suka
dengan sikap-sikap yang baik.

2. Mempunyai harga diri yang tinggi
Mempunyai set minda yang positif dan menghasilkan set kelakuakn yang positif juga. Tidak
mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dapat merosakkan set minda yang
positif. Contohnya berkawan dengan orang yang tidak berakhlak. Kita juga perlu sentiasa
yakin bahawa perkara yang baik dan buruk itu adalah ketentuan Tuhan.

3. Mempunyai kemahiran sosial
Tahu cara yang sesuai dan bila masanya hendak marah, memberi arahan, melarang,
menegur, bergurau dan membelai pelajar. Keprihatinan kita pada perkembangan pelajar
menjadikan emosi dan mental mereka lebih stabil dan seterusnya memberi kesan pada
minat belajar mereka.

4. Mampu mengawal emosi diri serta perbuatan
Kemampuan mengawal emosi dan perbuatan menyebabkab kita tidak menyesal dengan
perbuatan kita di kemudian hari. Emosi dan perbuatan yang tidak terkawal, memberi kesan
negatif kepada minat belajar mereka.

5. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian
Kita perlu sentiasa nampak kemas dan bergaya. Tidak perlu memakai pakaian dan aksesori
yang mahal serta berjenama, cukuplah dengan hanya bersih, kemas dan wangi.

6. Sentiasa adil terhadap pelajar-pelajar kita
Jangan ada pilih kasih antara mereka. Berikan didikan, teguran, dan bimbingan sama rata
kepada mereka semua. Sentiasa beri dan tunjuk kasih sayang kepada mereka semua.
Sentiasalah berdoa kepada Tuhan supaya diberi kejayaan dan kita akan dapat melihat
hasilnya.

Anda mungkin juga menyukai