Anda di halaman 1dari 1

Mazlan B.

Mat Wali,
53,Jalan Desa 1/11,
Bandar Country Homes,
48000, Rawang, Selangor,
Darul Ehsan.

28 April 2011

Kepada,
Pn. Cik Zainun Bt. Majid,
Guru Kelas 3 Bougainvillea,

Puan,

PERKARA:Tidak Hadir Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya seperti nama di atas, bapa kepada Mifzal B. Mazlan ingin menyatakan anak saya tidak
dapat hadir ke sekolah pada hari ini, 28 April 2011.

3. Hal ini adalah kerana anak saya berasa kurang sihat dan saya telah menasihatinya agar tidak
hadir ke sekolah.

4. Oleh kerana di rumah terdapat sedikit stok ubat-ubatan, saya tidak membawanya ke klinik dan
tidak menyediakan surat doktor.

5. Adalah diharapkan pihak puan dapat menyimpan segala nota dan lebaran kerja bagi pihak anak
saya.

6. Pertimbangan dan kerjasama pihak puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih,

Yang Benar,

…....................

(Mazlan B. Mat Wali)

Anda mungkin juga menyukai