Anda di halaman 1dari 2

Asas membina Laman Web

Oleh webmaster
Dikirim pada Sunday 17 September 2006

Membangunkan laman web sendiri adalah cara yang paling mudah dan murah bagi
menjalankan perniagaan anda secara online. Terdapat tiga langkah-langkah untuk
membina laman web:

1. Membeli perisian penyunting HTML WYSIWYG seperti Adobe GoLive, Macromedia


Dreamweaver atau Microsoft FrontPage. Atau anda juga boleh menggunakan perisian
percuma seperti NVU.

2. Mencipta laman web menggunakan salah satu perisian suntingan di atas.

3. Memindahkan fail-fail ke web server melalui FTP.

Penyunting HTML
Antara penyunting HTML yang popular bagi orang baru adalah:

- Adobe GoLive
- Macromedia Dreamweaver
- Microsoft FrontPage
- NVU

Kesemua program-program ini membolehkan anda menghasilkan laman web


menggunakan templates dan ciri-ciri WYSIWYG yang mudah seolah-olah anda
menggunakan program-program seperti Microsoft Word atau PowerPoint. Anda hanya
perlu mencipta atau memilih bentuk template yang tersedia, taipkan isi kandungan, dan
klik butang save untuk menyimpan.

Jika anda memilih perisian Microsoft FrontPage, anda perlu memastikan syarikat web
hosting anda juga menyokong sambungan FrontPage (FrontPage extensions).

Mencipta Laman Web


Bagaimana anda mencipta laman web bergantung kepada penyunting yang digunakan,
walau bagaimanapun kebanyakan penyunting adalah sama.

1. Cipta atau pilih bentuk template bagi web anda. Jika anda mahir merekabentuk grafik,
anda boleh mencipta template anda sendiri dari mula menggunakan perisian grafik seperti
Adobe Photoshop. Kebanyakan beginner boleh memilih template tersedia yang
didatangkan sekali dalam program penyunting HTML atau anda boleh membeli template
yang dijual oleh pihak ketiga.

2. Cipta halaman muka surat dan masukkan beberapa teks ke dalam halaman tersebut
sebagai kandungan.

3. Masukkan apa-apa grafik ke dalam web anda. Umumnya, grafik yang dimasukkan itu
perlulah bersaiz kecil bagi mengurangkan masa download. Juga elakkan dari
memasukkan terlalu banyak grafik-grafik animasi atau flashy yang boleh menyebabkan
laman web anda kelihatan tidak professional.

4. Setiap kali selesai menyunting, anda boleh cuba melihat gambaran sebenar laman web
anda pada bahagian preview. Apa yang dapat anda lihat itulah yang akan dilihat oleh
pengunjung-pengunjung anda melalui pelayar web.

Apa yang penting dalam proses pembikinan laman web ini ialah proses cuba dan terus
mencuba. Periksa laman web anda beberapa kali sebelum disiarkan secara online.

Menggunakan FTP
Selepas berpuas hati dengan laman web yang anda hasilkan, gunakan program FTP untuk
memindahkan fail-fail web ke dalam pelayan web.

Jika anda menyewa tapak web hosting, penyedia web host akan memberikan kepercayaan
kepada anda untuk menggunakan FTP dengan memberikan alamat FTP, username dan
kata laluan bagi akaun anda. Maklumat-maklumat ini akan digunakan sebelum
pemindahan dapat dilakukan ketika online.

Perisian seperti GoLive, Dreamweaver dan Frontpage didatangkan sekali dengan


program FTP terbina dalam, jadi anda hanya perlu memasukkan maklumat akaun FTP
anda ke dalamnya.

Terdapat beberapa program FTP percuma yang boleh digunakan:

Leech FTP - Download


WS_FTP - Download

Pasangkan salah satu program FTP tersebut dan masukkan maklumat FTP yang diberikan
oleh pihak penyedia web hosting anda. Selepas anda bersambung ke pelayan FTP,
dengan mudah anda boleh menyalin kesemua fail-fail laman web anda dari komputer
anda di rumah ke tapak web hosting.

Anda mungkin juga menyukai