Anda di halaman 1dari 2

7 Jenis Wajah Mayat Di Dalam Kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.

Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik


kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling
besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.

Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak
menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat
mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan
mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak,
berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari
baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah
dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu
bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah
cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan
tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.

Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.


Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang
haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak...
harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.

Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan
mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk
dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum

Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Anda mungkin juga menyukai