Anda di halaman 1dari 4

Syiah: Imam Mahdi Bila Dibangkitkan Akan Memenggal Ahl AsSunnah

Dipetik daripada www.darulkautsar.net

Terjemahan Syiah: Imam Mahdi Bila Dibangkitkan Akan Memenggal Ahl As-Sunnah
Daripada Salam bin al-Mustanir katanya, saya mendengar Abu Jafar (Muhammad al-Baqir) a.s. meriwayatkan apabila al-Qaim (al-Mahdi) bangkit, dia akan mengemukakan keimanani[1] kepada setiap Nasibi. Jikalau dia (Nasibiii[2]) benar-benar menerimanya (maka ia akan selamat) dan jika tidak al-Qaim akan memenggal lehernya atau dia memberikan jizyahiii[3] sebagaimana ahli zimmi memberikan jizyah (kepada kerajaan Islam) pada hari ini. Dia (al-Mahdi) akan mengikat di tengahnya (pinggang) talipinggangiv[4] dan akan mengeluarkan mereka dari bandar-bandar ke perkampungan-perkampungan. (Rujukan: Muhammad bin Yakob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 227)

Kesimpulan: Syiah mempercayai bahawa imam Mahdi mereka bila dibangkitkan akan membunuh Ahl as-Sunnah jika enggan menerima ajaran Syiah. Syiah beritiqad bahawa Ahl as-Sunnah adalah kafir dan bukan dari kalangan penganut agama Islam. Kerana itu Ahl as-Sunnah mesti membayar jizyah kepada pemerintah Syiah sebagai tanda mereka adalah kafir yang bersedia untuk menerima sistem pemerintahan Syiah. Syiah mengatakan bila al-Mahdi muncul atau kekuasaan berada di tangan Syiah maka Ahl as-Sunnah akan dipinggirkan ke hujung-hujung negeri dan akan disisihkan mereka dari sebarang kemajuan.

i[1] Mengikut fahaman Syiah. ii[2] Nasibi adalah gelaran yang diberikan oleh Syiah kepada Ahl as-Sunnah kerana nasibi bermaksud orang yang tidak
menerima imamah Ahl al-Bait sebagaimana pegangan golongan Syiah.

iii[3]

Ali Akbar al-Ghifari di dalam taliqnya kepada al-Kafi mengatakan boleh jadi penerimaan jizyah ini berlaku pada permulaan kebangkitan al-Mahdi kerana berdasarkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan tidak diterima daripada Nasibi atau Ahl as-Sunnah kecuali diberi pilihan sama ada beriman sebagaimana Syiah atau dibunuh.

iv[4] Sebagai tanda ahli zimmah dan bukan seorang Syiah.


Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3494

Anda mungkin juga menyukai