Anda di halaman 1dari 16

BAB 6

PETA

Simbol bergambar merupakan lukisan yang menunjukkan sesuatu tempat. Merujuk kepada peta di bawah, simbol di bawah menunjukkan Lapangan Terbang.

Simbol huruf Simbol huruf diwakili oleh huruf A, B,C dan seterusnya. Contohnya Simbol 'A' dalam Peta di atas digunakan untuk menunjukkan "Marine Park" di Pulau Payar.

Simbol angka Simbol angka ditunjukkan dengan angka 1, 2, 3 dan seterusnya. Pada Peta tersebut simbol "1" digunakan untuk menunjukkan Kelab Golf Bukit Kayu HItam.

Peta bergambar mengenai tempat-tempat pelancongan di negeri Kedah Darul Aman

Ciri Fizikal dan Ciri Budaya Pada Peta Bergambar

Ciri fizikal adalah sesuatu yang bersifat semula jadi seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Ciri budaya merupakan ciri buatan manusia khususnya jenis penggunaan tanah seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan dan pengangkutan.

Peta pelancongan yang menggunakan simbol bergambar.

Peta pelancongan negeri Terengganu yang menggunakan simbol huruf

Peta pelancongan bandar raya Alor Setar yang menggunakan simbol angka

Rumusan / Taksiran
Peta di atas menunjukkan peta pelancongan Pulau Pangkor yang menggunakan simbol bergambar, simbol bergambar, simbol angka dan simbol huruf. Pulau Pangkor yang pernah dinobatkan antara 10 pulau tercantik di dunia menjadi destinasi pelancongan yang terkenal. Ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di Pulau Pangkor menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk melancong ke pulau tersebut.

- Salah satu ciri budaya yang terdapat di Pulau Pangkor adalah Kota Belanda. Kota Belanda terletak di selatan bandar Pangkor. Kota yang dibina sekitar kurun ke-17 ini menjadi satu tinggalan sejarah dan tumpuan pelancongan di Pulau Pangkor untuk memudahkan kehadiran pelancong. Jeti-jeti tersebut ialah seperti Jeti Pangkor dan Jeti Sungai Pinang Kecil yang terletak di timur barat Pangkor serta Jeti Pan Pacific yang terletak di barat laut bandar Pangkor.

- Pulau Pangkor Laut merupakan salah satu ciri fizikal yang menarik untuk para pelancong. Pulau Pangkor Laut yang terletak di barat daya bandar pangkor menyediakan aktiviti menyelam kepada pelancong. Keindahan batu karang yang terdapat disekitar pulau tersebut akan menarik perhatian pelancong. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati keindahan pasir pantai yang bersih dan melakukan aktiviti berenang di sekitar Pantai Teluk Bagak yang terletak di barat daya bandar Pangkor.

Kemudahan penginapan kepada para pelancong turut disediakan di Pulau Pangkor. Tempat penginapan seperti Sri Bayu Beach Resort, Beach Huts Hotel dan Khoo Holiday Resort di barat bandar Pangkor menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan menarik pada harga yang berpatutan kepada pelancong.

Anda mungkin juga menyukai