Anda di halaman 1dari 12

BUAT DUIT DENGAN PLR

Abooain www.rahsiaprodukplr.com

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

Pelancaran buku Rahsia Buat Duit Dengan PLR dan Teknik Pemasaran Perniagaan Internet di Pesta Buku Antarabangsa 2011

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

PRAKATA
Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama yang terdiri daripada Bahagian 1 buku yang menfokuskan tentang Rahsia Kehebatan Produk Resell Right, Master Resell Right & Private Label Right. Bahagian 2 pula iaitu Enam Modul Membina Perniagaan Internet Dengan Produk PLR pula difokuskan kepada teknik kemahiran untuk mengubahsuai produk Private Label Right dan untuk Bahagian 3, ia merupakan Bonus untuk para pembaca iaitu PLR Blueprint. PLR Blueprint adalah senarai cadangan bagaimana hendak memanfaatkan produk-produk PLR anda. Buku ini sesuai dibaca semua golongan dan lapisan masyarakat yang berminat menceburi dunia

perniagaan online khususnya bagi sesiapa yang ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang produkproduk Hak Jualan Semula (Resell Right) seperti Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR) & Private Label Right (PLR) secara lebih terperinci. Dunia perniagaan Internet sebenarnya amat luas dan merangkumi pelbagai topik, produk, teknik, tip dan modul bisnes. Anda boleh membina perniagaan Internet menggunakan produk Resell Right atau bagi mereka yang telah mempunyai perniagaan Internet, bolehlah menambahkan lagi sumber pendapatan
Buku ini pernah dikeluarkan dalam bentuk e-book pada 2008. Buku ini telah dikemaskini mengikut

mereka melalui produk Resell Right pula.

perkembangan semasa.

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri yang mendirikan perniagaan Internet menggunakan produk-produk Resell Right dari 2007 sehingga sekarang ini. Ramai yang masih kabur tentang perniagaan Internet terutama sekali tentang produk-produk Resell Right ini sedangkan ia sebenarnya mampu memberikan pulangan lumayan dalam dua bentuk : Sama ada anda mendapatkan Hak Jualan Semula / Resell Right bagi sesuatu produk dan menjualnya semula kepada orang ramai. Menjual Resell Right bagi produk anda sendiri.

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

Kesimpulannya - jika sekiranya seorang yang terlalu sibuk atau tidak mempunyai banyak masa, tidak memiliki sebarang kemahiran untuk mencipta sendiri produk, tidak ada pengalaman, malas, tidak ada modal yang besar atau ingin memiliki perniagaan Internet dengan cepat maka jalan terbaik ialah dapatkan produk-produk Resell Right dan jual semula! Okey, dalam buku ini nanti saya akan ceritakan apakah kehebatan produk RR, MRR dan PLR ini sehinggakan ramai usahawan Internet antarabangsa mencipta nama dengan pendapatan enam angka hanya dengan menjual produk-produk Resell Right sahaja. Saya akan tumpukan lebih perhatian kepada produk Private Label Right kerana ia merupakan Produk Emas dan lebih fleksibel serta unik berbanding produk lain.

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

Rahsia Kehebatan Produk Resell Right, Master Resell Right & Private Label Right

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

1.0 Pendahuluan
Perniagaan Internet akhir-akhir ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia malah sudah ramai menjadikannya satu kerjaya walaupun peratusannya amat rendah jika dibandingkan dengan negara Barat. Banyak faktor jika hendak dikupas tentang kenapa perniagaan online masih lagi dikira berada di tahap rendah di hati penduduk Malaysia. Saya tidak mahu menyentuh tentang perkara ini, mungkin di e-book saya yang lain atau mungkin di blog saya www.abooain.com. Ramai yang ingin menjadi usahawan Internet yang berjaya namun mereka tidak tahu bagaimana ingin memulakanya apatah lagi jika anda zero tentang Perniagaan online atau zero tentang teknikal seperti membina website / minisite, menggunakan perisian grafik editor seperti Adobe, GIMP dan sebagainya. Tidak ada jalan pintas untuk anda berjaya melainkan bermula dari bawah serta berusaha bersungguhsungguh! Tetapi tahukah anda sebenarnya ada shortcut' untuk anda memulakan perniagaan online anda walaupun anda tidak memiliki produk sendiri??? Saya cuba untuk mendedahkan kepada anda salah satu daripada cabang perniagaan online yang saya ceburi dan saya sememangnya amat berminat dengan niche yang saya pilih ini. Saya sedaya-upaya cuba 'straigh to the point' di dalam laporan ini agar ia tidak menjadi panjang meleret-leret. Saya telah memilih niche berbentuk produk MRR dan PLR, dua jenis produk yang memang memberikan keuntungan berganda kepada anda jika dilakukan dengan betul. Baiklah, Master Resell Right dan Private Label Right merupakan dua jenis lesen yang secara umumnya bermaksud lesen atau kebenaran untuk menjual semula. Oleh itu produk MRR / PLR merupakan produk yang diberikan lesen oleh pengeluar atau penulis asal kepada para pembelinya untuk menjualnya semula. Maka produk MRR / PLR dikira sebagai shortcut atau jalan pintas dan cepat untuk anda menjana pendapatan melalui perniagaan online ini.

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

Saya telah menceburi bidang perniagaan online ini selama tiga tahun (2007-2010) dengan menjadikan produk MRR /PLR sebagai niche utama saya, sehingga saya digelar beberapa rakan IM sebagai "Raja MRR". Jika anda ingin memiliki produk sendiri sudah tentu ia memakan masa dan kos yang bukan sedikit serta kemungkinan ia akan menyebabkan anda tension dan jemu kerana perjalanannya agak panjang. Sedangkan anda mempunyai 'jalan pintas' untuk memiliki produk sendiri tanpa mengeluarkan belanja besar dan tanpa melakukan kerja kuat. Dalam laporan ringkas ini saya akan mendedahkan cerita bagaimana saya menjana pendapatan menggunakan produk MRR/PLR. 1.1 Penggunaan Ringkasan Di Dalam Buku ini Saya akan menggunakan beberapa ringkasan untuk istilah-istilah berkaitan topik yang diulas. RR Resell Right MRR Master Resell Right PLR Private Label Right PU Personal Use IM Internet Marketing Saya akan menggunakan ringkasan di atas untuk menunjukkan istilah-istilah di atas di dalam buku saya ini.

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

2.0 Usahawan Internet Tanpa Produk Sendiri


2.1 Bagaimana saya berniaga tanpa memiliki produk sendiri? Ya, itulah hakikatnya. Saya tidak mempunyai produk sendiri dan hanya menjual produk orang lain yang memberikan kebenaran untuk saya menjualnya semula. Ini salah satu keistimewaan berniaga di Internet atau bisnes online! Memang tidak dinafikan, menjadi satu kelebihan jika anda mempunyai produk sendiri, contohnya seperti otai-otai kita SmartZul dengan produk Pakej Kit Blogger (www.pakejkitblogger.com), Mohd Amirul dengan Pakej Web Jualan

(www.websitejualan.com) dan begitulah juga dengan orang lain. Itu merupakan kelebihan mereka yang mempunyai bakat dan kemahiran tertentu, tetapi bagaimana pula bagi individu-individu yang tidak mempunyai sebarang kemahiran atau bakat tersendiri contohnya seperti saya ini? (senyum) Jangan bimbang, kerana ada jalan penyelesaiannya! Tanggapan pertama mereka yang ingin menceburi dunia perniagaan online ialah perlunya memiliki produk sendiri! Namun persepsi sebegini kurang tepat kerana anda sebenarnya masih mampu untuk membina perniagaan online sendiri menggunakan produk orang lain yang diberikan hak untuk dijual semula malah anda boleh pula untuk menjadikannya sebagai hak milik anda sendiri! Ya, mungkin ia kedengaran agak ganjil dan pelik terutama bagi mereka yang pertama kali
Pakej Kit Blogger, produk hak milik Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul

mendengarnya. Namun inilah realitinya dan sememangnya ia menguntungkan anda jika mampu dimanfaatkan sepenuhnya. Saya telah menjana pendapatan melalui online selama dua tahun dengan hanya menggunakan produk orang. Secara jujur saya katakan, produk jenis ini memang memberikan pulangan memuaskan, dan ini merupakan salah satu faktor mempengaruhi keputusan saya untuk menjadi usahawan Internet sepenuh masa.

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

Proses untuk mendapatkan gelaran internet marketer (IM) atau usahawan Internet tidak bergantung sepenuhnya kepada bajet yang besar, nama yang gah atau memiliki produk sendiri. Anda boleh memulakan perniagaan online hanya dengan menggunakan produk orang yang diberikan Hak Jualan Semula seperti Master Resell Right, Resell Right atau Private Label Right! Saya hanya perlu berada di pejabat SOHO saya di rumah, mengadap komputer dan mencari produk MRR/PLR terkini serta mencari idea untuk menjadikan produk MRR/PLR tersebut dapat dijual. 2.2 Bagaimana produk Resell Right mampu membantu saya? Pada mulanya saya telah menceburi dunia

perniagaan offline selama setahun lebih sebelum saya mengambil keputusan untuk menceburi bisnes online pula dengan menjual perisian Jawi Translater (www.jawitranslater.com). Pasaran agak terhad sewaktu saya menjual perisian Jawi Translater tersebut secara offline kerana saya terpaksa mencari pelanggan di merata-rata tempat agar CD saya tersebut laris. Keuntungannya pula adalah lebih kurang 35 peratus sahaja bagi setiap CD yang terjual belum tolak minyak kereta, komisen orang dan sebagainya. Tambahan pula saya seorang yang memang tidak suka ke sana sini mencari pelanggan macam salesman. Apabila saya menjejakkan kaki ke dunia perniagaan Internet maka saya telah menjadikan produk MRR/PLR sebagai niche utama. Keuntungan yang saya perolehi daripada penjualan produk MRR/PLR ini ialah lebih dari 100 peratus malah lebih lagi! Macam mana tu? Sabar, sabar... Nanti saya ceritakan!

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

BAHAGIAN 3
Bonus PLR Blueprint
Bab 21 ___________________________________________________

Private Label Right Blueprint


Pengenalan

Private Label Rights Content atau PLR Content mampu membantu anda mendirikan perniagaan Internet malah boleh menjadi penyelamat di saat-saat kritikal. PLR Content biasa terdiri daripada e-book, artikel, laporan, resepi, how-to atau review dan pelbagai jenis lagi. PLR Content ini sememangnya berlambak di pasaran antarabangsa pada hari ini dan memang ia mudah dibeli. Produk-produk PLR akhirakhir ini kita lihat semakin mendapat tempat di kalangan usahawan Internet di Malaysia. Semakin ramai yang memulakan bisnes online mereka dengan produkproduk PLR. Namun peratusannya masih dikira kecil jika hendak dibandingkan dengan pasaran antarabangsa apatah lagi dalam bahasa Melayu.

Saya sendiri secara peribadi melihat potensi produk PLR sememangnya tinggi dan mampu menarik perhatian orang ramai. Maka dari sini saya tergerak untuk membina platform PLRSeries.com yang bertindak sebagai pembekal atau pengeluar produkproduk PLR dalam bahasa Melayu pertama di Malaysia. Semoga hasrat saya ini tercapai, Insya-Allah.

Objektif

Objektif utama saya menulis PLR Blueprint ini bagi membantu rakan-rakan yang ingin membina perniagaan online melalui produk-produk PLR. Mungkin idea-idea atau tip-tip yang saya senaraikan di dalam PLR Blueprint ini akan mencetuskan satu idea baru dan lebih segar buat para peminat produk PLR.

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

Di dalam PLR Blueprint ini saya akan cuba menjelaskan: 1. Apakah yang boleh anda lakukan pada content PLR anda? 2. Bagaimana cara untuk menukarkannya menjadi hak anda? 3. Di mana hendak mencari sumber PLR yang berkualiti?

Tip PLR

Jika anda ingin memaksimumkan penggunaan content anda, kadang-kadang anda perlu berfikir di luar kotak atau sering disebut think out of the box. Saya telah senaraikan beberapa idea untuk memanfaatkan content PLR seperti e-book, artikel atau laporan di blog www.abooain.com. Di sini saya akan senaraikan beberapa idea atau tip:

Bagaimana memanfaatkan artikel PLR? 1. Blog post: Cara paling popular dan sering saya sebut di blog atau e-book. Gunakan artikel itu untuk tujuan post di blog anda. Anda telah menjimatkan masa untuk mencari idea, cuma artikel PLR perlulah diubah suai terlebih dahulu dan jika artikel dalam bahasa Inggeris maka perlu diterjemahkan terlebih dahulu. Masukkan idea anda, fakta tambahan atau sebagainya bagi menjadikannya lebih unik daripada asal.

2. Promosi produk: Jika anda memiliki artikel PLR yang menceritakan tentang kelebihan minisite, maka anda boleh menggunakannya untuk mempromosi produk minisite atau template (jika ada). Artikel PLR berguna untuk mempromosi sebarang produk sendiri atau produk affiliate dengan memasukkan link order atau link affiliate di dalam artikel.

3. Artikel program affiliate: Salah satu kegunaan terbaik artikel atau e-book PLR. Jadikannya sebagai artikel promosi program affiliate produk anda. Letakkan artikel PLR sebagai salah satu bahan promosi untuk agen-agen affiliate anda.

DAN BERPULUH-PULUH LAGI TIP YANG SAYA KONGSIKAN DALAM BUKU BUAT DUIT DENGAN PLR (Private Label Right)

Preview Buku Buat Duit Dengan PLR - Abooain

DAPATKAN DI TOKO-TOKO BUKU BERHAMPIRAN ANDA ATAU SECARA ONLINE DI WWW.RAHSIAPRODUKPLR.COM

www.rahsiaprodukplr.com

Anda mungkin juga menyukai