Anda di halaman 1dari 61

All Rights Reserved®http://panduanplr.

com 1

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 2

Dari mana anda dapat ebook ini?


Adakah anda mendapatkan ebook ini selain dari laman web
http://panduanplr.com?

Betapa RUGI nya anda kerana anda terlepas peluang untuk


mendapatkan tips-tips dan banyak lagi panduan dalam membina
perniagaan dan pemasaran internet secara PERCUMA.

Dengan mendaftarkan keahlian anda secara PERCUMA sahaja sebagai


subscriber saya di laman panduanplr.com, anda akan menerima:

 Tips-tips, panduan dan motivasi berkaitan perniagaan dan


pemasaran internet
 Produk-produk percuma yang lain pada masa akan datang
 Segala perkembangan terkini berkaitan PLR dalam pasaran
Bahasa Malaysia

Semua perkara di atas akan dihantar terus ke Inbox email anda secara
PERCUMA.

Masukkan Nama Panggilan dan Email anda di halaman berikut:

http://panduanplr.com

*Kepada anda yang telah mengisi Nama Panggilan dan Email anda di laman
panduanplr.com, secara automatiknya anda telah menjadi subscriber saya.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 3

Penafian Penjanaan Pendapatan

Kami berusaha sebaik mungkin bagi memastikan penjelasan kami terhadap produk ini berserta
potensinya menjana pendapatan. Tidak terdapat sebarang jaminan pun yang anda mampu menjana
pendapatan pada mana-mana tahap yang spesifik dan anda bakal menerima risiko pulangan yang
berbeza bagi setiap individu.

Seperti juga perniagaan yang lain, hasil perolehan anda mungkin akan berbeza, dan ia bergantung
kepada keupayaan anda secara individu, pengalaman berniaga, kepakaran, dan tahap keinginan.
Tiada sebarang jaminan yang boleh dikaitkan dengan tahap kejayaan anda yang pernah ataupun
belum pernah anda lalui. Segala contoh yang digunakan tidak bertujuan untuk mewakili atau
menjamin semua orang akan mencapai hasil yang sama melalui contoh tersebut. Kejayaan setiap
individu bergantung kepada latar belakangnya, dedikasinya, kemahuannya dan motivasinya.

Tiada sebarang jaminan bahawa contoh-contoh pendapatan yang lepas boleh diduplikasikan pada
masa hadapan. Kami tidak boleh menjamin hasil dan/atau kejayaan anda di masa hadapan. Terdapat
beberapa risiko yang tidak diketahui dalam perniagaan dan di internet di mana kami tidak boleh
menjangka mana satu yang boleh mengurangkan tahap kepuasan hasil anda. Kami tidak
bertanggungjawab terhadap segala tindakan anda.

Penggunaan maklumat, produk dan perkhidmatan kami ini seharusnya berdasarkan ketekunan anda
usaha anda sendiri dan anda juga bersetuju di mana pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas apa
jua kegagalan perniagaan anda yang mana ia juga secara langsung atau tidak langsung berkaitan
dengan pembelian dan penggunaan maklumat, produk dan perkhidmatan kami.

Jika anda berpendapat produk ini merupakan pil ajaib yang boleh menjana wang untuk anda tanpa
apa-apa usaha sila jangan beli produk ini. Anda dikehendaki berusaha dalam mempelajari sistem ini
dan dengan apa program sekali pun terdapat kemungkinan besar yang anda akan kehilangan wang.

Anda tidak dibenarkan menyalin, mencetak semula atau menjual ebook


ini samada melalui apa jua kaedah media bercetak atau elektronik sekali
pun. Ini ialah produk PERCUMA.

Ebook ini hanya boleh didapati secara SAH dan PERCUMA di laman web
http://panduanplr.com

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 4

ISI KANDUNGAN

INTRO 5

Apa Itu PLR 8

PLR (Private Label Rights) di Dunia Nyata Offline 12

PLR (Private Label Rights) di Dunia Internet Marketing 17

Persamaan Industri Kimia dan Internet Marketing 23

Jenis-jenis Produk PLR & Kategori Lesen PLR 25

PLR : Penyelesaian Masalah Penciptaan Produk Sendiri 28

Kelebihan Produk-produk PLR 32

Kelemahan Produk-produk PLR 35

Panduan Membeli Produk-produk PLR 39

15 Strategi PLR 40

PENUTUP DAN SANTAPAN MOTIVASI 55

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 5

INTRO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda yang
telah memuat-turun ebook percuma saya ini. Saya akan memberi
jaminan kepada anda, masa yang bakal anda laburkan untuk membaca
ebook ini akan memberikan pulangan yang tidak ternilai kepada anda
melalui ilmu yang bakal anda perolehi. Saya berharap dengan panduan
yang akan saya kongsikan bersama anda ini, dapat anda aplikasikan ke
dalam usaha anda untuk menjadi usahawan internet yang berjaya.

Anda boleh samada secara terus menghabiskan membaca ebook ini


ataupun jika anda berasa ingin rehat, boleh sambung pembacaan anda
di waktu yang lain. Apa yang penting habiskan baca ebook ini ya.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 6

Sebelum saya meneruskan perkongsian dalam ebook ini, saya ingin anda
tetapkan terlebih dahulu mindsetting pada landasan yang betul.
Mindsetting yang paling penting untuk anda tetapkan dalam diri anda
ialah tiada jalan mudah untuk buat duit atau membina perniagaan di
internet. Di dalam ebook ini anda tidak akan menjumpai satu patah
perkataan pun atau ayat yang ada menyatakan bahawa untuk buat duit
atau membina perniagaan anda di internet adalah sesuatu yang amat
mudah dilakukan.

Terus-terang saya katakan agak mustahil untuk anda melihat hasil yang
sebenar melalui internet ini dalam masa yang singkat, jika anda betul-
betul mengikuti apa yang akan saya sampaikan dalam ebook ini. Anda
tidak akan menjumpai “formula rahsia” yang boleh meledakkan akaun
bank anda dalam masa 24 jam dari sekarang.

Maaf, mungkin juga saya telah mengecewakan hati sesiapa di sini.


Mmm…mungkin juga ini adalah salah-satu kelainan yang cuba ingin saya
ketengahkan dalam ebook ini berbanding panduan-panduan
berunsurkan buat duit di internet yang lain. Apa yang akan anda dapat
melalui ebook ini adalah idea-idea berkesan untuk anda menjana
pendapatan dengan produk-produk PLR.

Apa yang harus anda tetapkan dalam diri dan minda anda ialah, anda
mesti berusaha keras dengan bersungguh-sungguh dalam membina
perniagaan internet anda walau apapun cabaran yang harus anda
hadapi. Banyak kerja yang harus anda lakukan menggunakan ‘tangan’
dan usaha ‘titik peluh’ anda sendiri.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 7

Anda mesti mempunyai sifat-sifat seperti mudah menerima ilmu-ilmu


baru, berdikari dan tidak mudah putus asa. Anda harus mampu berusaha
dan membuat keputusan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada
orang lain. Anda mesti sematkan kata-kata ini ke dalam diri anda, “Aku
adalah seorang IM (Internet Marketer), seorang IM ialah seorang
pemimpin, walaupun aku tidak memimpin orang lain, tapi aku adalah
pemimpin diri sendiri ke arah matlamat dan cita-cita yang positif demi
kebaikan orang-orang disekeliling aku”

Baiklah, sekarang mari kita pergi balik ke topik sebenar yang ingin saya
kongsikan. PLR.

“Jom bina perniagaan internet dengan PLR!”

Sahabat Digital Anda,


Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 8

Apa Itu PLR

PLR atau nama penuhnya Private Label Rights adalah salah-satu daripada
jenis-jenis lesen hak jualan semula yang ada bukan sahaja di dunia online
malah di dunia offline juga. Tapi, buat masa sekarang saya akan
terangkan dahulu perkaitannya di dunia online. Untuk offline punya,
kemudian.

Saya percaya tentu ada dikalangan anda yang pernah mendengar lesen-
lesen seperti RR (Resell Rights) dan MRR (Master Resell Rights). Secara
amnya jika mana-mana produk informasi digital yang disertakan sekali
dengan mana-mana lesen ini, anda mempunyai hak untuk menjual
semula produk-produk berkenaan dan mengaut keuntungan 100%. Ianya
berlainan jika anda merupakan seorang affiliate, di mana jika anda
mempromosikan sesuatu produk informasi digital itu, lalu mendapat

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 9

jualan, anda terpaksa berkongsi komisyen dengan tuan punya produk


berkenaan. Tapi kelebihan affiliate pula ialah anda tidak perlu
memikirkan hal-hal after sales service atau khidmat selepas jualan. Tuan
punya produk itu yang bertanggungjawab sepenuhnya.

Tetapi, untuk produk yang anda jual disertakan lesen RR atau MRR tadi,
anda lah yang harus bertanggungjawab ke atas khidmat selepas jualan.
Senang cerita anda lah tuan punya produk. Menjadi affiliate dan penjual
produk hak jualan semula dua-dua ada kelebihan dan kekurangan yang
tersendiri.

Untuk lebih jelas, saya akan berikan contoh dan perkaitan pemilik lesen
RR atau MRR di dunia online dan di dunia offline seperti berikut.

Di dunia nyata offline terdapat kedai-kedai runcit. Sebagai contoh, di


kedai runcit ‘Pak Man Telo’ (bukan yang skim cepat kaya tu ye..hoh) ada
menjual pelbagai jenis barangan dapur dan makanan seperti Milo, susu
pekat, serbuk pencuci baju, ubat gigi dan pelbagai lagi barangan
keperluan harian yang lain. Pak Man Telo mendapat barangan tersebut
daripada pembekal atau pemborong yang disertakan dengan hak jualan
semula. Kemudian Pak Man Telo menjual barangan keperluan harian
tersebut kepada penduduk di sekitar kedai runcit beliau.

Jadi di sini, bolehlah kita samakan Pak Man Telo ialah IM (Internet
Marketer) atau usahawan internet seperti anda yang menjual produk
digital informasi yang disertakan sekali dengan lesen hak jualan semula

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 10

seperti RR atau MRR. Pak Man Telo tak perlu kongsi keuntungan
komisyen dengan pembekal atau pemborong secara terus.

Semoga anda faham dengan contoh yang telah saya berikan. Saya
ingatkan sekali lagi, Pak Man Telo dalam contoh ni tiada kaitan dengan
skim cepat kaya tu ye..heh 

Ok, sekarang mari saya terangkan pula PLR. Produk-produk digital


informasi yang disertakan dengan lesen PLR mempunyai keunikan dan
ianya mempunyai jauh lebih banyak kebaikan berbanding produk-
produk RR atau MRR. Mana-mana produk PLR anda dibenarkan untuk
mengubahnya (modify) secara keseluruhannya, menambahbaik dan
sehinggakan anda boleh claim hakcipta anda sendiri utk produk
berkenaan. Anda boleh letak nama anda sebagai pencipta. Ini berbeza
untuk produk RR atau MRR, anda tidak boleh mengubah isi kandungan
produk berkenaan dan kalau boleh pun mungkin anda boleh ubah sedikit
pada salesletter atau minisites dengan menambah nama anda disamping
nama pencipta produk berkenaan yang harus dikekalkan.

Anda boleh lihat contoh laman web yang menjual produk digital yang
diberi hak RR seperti di sini.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 11

Pada kebiasaannya untuk produk MRR atau RR, anda akan diberi dalam
format PDF. Tetapi untuk PLR, anda akan diberi sekali dalam format
dokumen .txt atau .doc (Words). Dari situ anda boleh ubah sesuka hati
anda.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 12

PLR (Private Label Rights) Di dunia Nyata


Offline

Sekarang saya pasti anda mesti sudah pun memahami tentang konsep
PLR ini.

Secara ringkasnya, apa sahaja produk digital yang disertakan dengan


lesen PLR anda dibenarkan untuk mengubah isi kandungan produk
berkenaan samada terhad ataupun tanpa sebarang had dan batasan.

Dengan lesen PLR ini, anda boleh:

 Tukar dan ubah tajuk produk berkenaan


 Letakkan nama anda sebagai penulis atau pencipta produk
 Ubah dan gunakan e-cover anda sendiri
 Masukkan link-link affiliate anda ke dalam produk
 Tambah, singkirkan atau edit isi kandungan produk
 Ubah saleslatter dan minisite yang disertakan sekali dengan
pakej produk PLR berkenaan

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 13

Baiklah, sekarang, mari saya bawa anda ke dunia offline/nyata kita.


Lupakan dulu buat seketika dunia internet.

Sebenarnya konsep PLR di dunia offline telah wujud berpuluh-puluh


tahun yg dahulu. Malah sekarang juga masih digunapakai konsep PLR ni.
Bahan-bahan PLR kalau dalam bahasa mudah ialah raw materials (bahan
mentah atau bahan separuh siap) yang digunakan untuk membuat
produk-produk yang siap untuk dipasarkan dan digunapakai oleh jutaan
pengguna.

Mari saya bawa anda ke dalam industri pembuatan bahan-bahan kimia


dan shampoo.

Saya pasti tiap-tiap pagi sudah


tentu anda mandi menggunakan
shampoo. Betul tak? Terdapat
pelbagai jenis shampoo yang ada
dipasaran dan sudah pastinya
anda menggunakan jenama
shampoo yang berlainan dengan orang lain di luar sana. Ada yang
gunakan Pentene, ada yang menggunakan shampoo Rejoice, ada yang
gunakan Lux dan mungkin pelbagai jenama shampoo yang lain.

Tahukah anda di dalam setiap jenama shampoo yang berlainan tersebut


terdapat puluhan jenis bahan kimia yang berlainan? Adakah anda
pernah terfikir yang bahan-bahan kimia tersebut berasal dari mana dan

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 14

siapa yang membuatnya? Ataupun anda sebenarnya tidak mengambil


kisah tentang hal tersebut?

Jangan risau, yang sebenarnya saya pun tak ambil kisah sangat pasal tu,
yang penting rambut saya wangi sebab guna shampoo 

Ok, apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah sebenarnya bahan-bahan
kimia tersebut ada kemungkinan besar ia berasal dan dihasilkan oleh
pembuat (manufacturer) atau kilang yang sama.

Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis jenama shampoo di pasaran,


tidak mustahil jenama-jenama shampoo tersebut menggunakan bahan-
bahan kimia daripada manufacturer yang sama.

Pengilang bahan-bahan kimia ini kemudiannya akan menjual bahan-


bahan kimia ini yang disertakan dengan lesen Private Label kepada para
pemborong bahan-bahan kimia tersebut. Ya, memang betul. Di sini
memang terdapatnya konsep Private Label yang digunapakai. Selain
daripada contoh shampoo ini, di dalam industri kosmetik juga, mereka
banyak menggunakan bahan-bahan Private Label. Owh ya, untuk
kepastian anda boleh ‘Google’ saje.

Siapakah pula para pemborong bahan-bahan kimia tersebut itu?


Pemborong yang dimaksudkan ialah, tidak lain dan tidak bukan syarikat-
syarikat yang menghasilkan shampoo berlainan jenama. Para
pemborong tersebut telah menggunakan bahan-bahan kimia yang
disertakan dengan Private Label untuk menghasilkan shampoo pelbagai

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 15

jenama. Mereka sememangnya mempunyai hak untuk mengubahsuai


dan menambah bahan-bahan lain untuk menghasilkan shampoo iaitu
produk siap yang boleh diguna terus oleh para pengguna.

Apa yang membezakan bagi setiap jenama shampoo tersebut ialah dari
segi kualiti, kuantiti, warna, wangi-wangian yang ditambah, harga, cara
ia dipakejkan dan tidak ketinggalan juga cara ia dipromosikan dan
dipasarkan.

Kemudian, setelah shampoo tersebut telah dihasilkan, shampoo-


shampoo ini akan dibeli oleh peruncit. Tak kira lah peruncit yang
sebesar-besar seperti Giant & Tesco sehinggalah peruncit kecil-kecilan
macam Pak Man Telo (contoh tadi kalau anda ingat )

Seterusnya, siapakah yang akan membeli shampoo-shampoo berkenaan


daripada para peruncit ini? Sudah tentulah orang-orang macam saya
sendiri dan anda. Pengguna yang menggunakan produk telah siap dan
terus boleh digunapakai.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 16

Mari kita lihat rajah di bawah untuk meningkatkan pemahaman dari apa
yang telah saya terangkan di atas.

Pengilang Pemborong Peruncit


bahan kimia
(Manufacturer)

Pengguna

Persoalan sekarang, saya tanya anda sekali lagi, adakah anda ambil kisah
tentang shampoo-shampoo yang anda beli itu dihasilkan daripada
bahan-bahan kimia Private Label? Sudah tentu tidak kan. Saya pun
begitu juga. Yang penting rambut saya wangi dan cantik..huh

Zaaasss..sekarang, jom kita pergi balik ke dunia Internet Marketing


kita….

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 17

PLR (Private Label Rights) Di Dunia


Internet Marketing

Kita mulakan dengan penjual atau pengeluar produk-produk PLR.

Hakikat yang mungkin anda tidak sedar selama ini ialah wujudnya satu
kumpulan usahawan di dunia IM ini. Mereka ini lah yang dikatakan
sebagai usahawan atau pengeluar produk-produk PLR. Tugas mereka
adalah mengeluarkan produk-produk digital informasi yang disertakan
dengan lesen PLR.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 18

Di negara barat atau pasaran luar negara, konsep PLR ini sebenarnya
sudah beberapa tahun yang lalu mula diperkenalkan. Mengikut
pemerhatian saya, di pasaran berbahasa Malaysia kita ini ianya seakan-
akan tidak kelihatan (produk-produk PLR berbahasa Malaysia). Cuma
baru akhir-akhir ini terdapat beberapa usahawan internet pasaran BM
yang telah memulakan langkah positif untuk menyumbang dalam
pengeluaran bahan-bahan PLR ini. Contoh yang jelas sekali ialah Saudara
Abooain dan Saudara Julius yang baru sahaja melancarkan Pakej Produk
PLR mereka.

Saya juga ada membuat sedikit kajian (terutama untuk PLR pasaran luar
negara) bagaimana cara-cara mereka mencipta produk-produk digital
yang disertakan dengan lesen PLR. Ada dikalangan mereka yang
menciptanya sendiri dari hasil ‘air tangan’ mereka dan ada juga yang
telah mengupah freelancer seperti ghostwriter untuk menghasilkan
produk digital informasi. Ghostwriter di sini bukannya ‘penulis hantu’ ya.
Ghostwriter ialah penulis yang mengambil upah untuk menulis apa
sahaja artikel yang merangkumi pelbagai niche daripada sesiapa yang
memerlukan khidmat mereka ini. Hasil penulisan ghostwriter ini adalah
menjadi hak milik orang yang mengupah mereka. Pembayar ghostwriter
ini boleh buat apa sahaja dengan artikel berkenaan sehinggakan dia
boleh memiliki hakcipta hasil penulisan berkenaan.

Usahawan PLR ini akan menjual produk-produk informasi digital tersebut


yang disertakan sekali dengan lesen PLR kepada para Internet Marketer
yang lain. Para usahawan PLR ini tidak akan mengambil sedikit pun

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 19

kredit atau mendapat nama dan hakcipta produk-produk PLR yang telah
mereka jual itu.

Seterusnya para Internet Marketer atau usahawan internet yang


menjadi pelanggan kepada usahawan PLR tadi akan menggunakan
bahan-bahan PLR tadi untuk mencipta produk mereka sendiri samada
meletakkan nama mereka, menukar e-cover yang baru, menambahbaik
dengan memasukkan isi-isi lain berdasarkan pengalaman IM tersebut
sendiri untuk meningkatkan lagi kualiti produk PLR tersebut. Produk-
produk PLR ini adalah seperti bahan-bahan mentah separuh siap atau
raw materials untuk para usahawan internet (IM). Bahan-bahan PLR ini
mampu membantu usahawan internet yang lain dalam mencipta produk
mereka sendiri.

Selain menjual produk yang dicipta sendiri oleh internet marketer (yang
menggunakan bahan-bahan PLR) secara terus kepada pengguna, mereka
juga boleh menganjurkan program affiliate. Ajen-ajen affiliate ini akan
membantu mereka untuk menghasilkan jualan yang berlipat kali ganda.

Terdapat juga internet marketer ini yang inginkan kesan viral bagi
mengembangkan jenama perniagaan mereka. Mereka ini akan
menawarkan lesen hak jualan semula samada RR ataupun MRR
bersama-sama produk mereka kepada para pengguna atau usahawan
internet yang lain. Pembeli produk mereka boleh menjual dan turut
menjana pendapatan dari internet.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 20

Kini tiba pula giliran para pembeli produk-produk digital informasi.


Sekarang satu persoalan yang mungkin boleh kita timbulkan. Adakah
para pembeli seperti anda dan saya sendiri ambil kisah atau peduli
tentang produk-produk informasi digital yang dijual oleh usahawan
internet itu yang telah menggunakan bahan-bahan PLR?

Sudah tentulah tidak, kerana sudah pasti produk-produk yang terhasil


lebih berkualiti tinggi berbanding produk-produk asal PLR kerana ia telah
di-modify oleh para usahawan internet tadi. IM tersebut mungkin telah
menyusun maklumat-maklumat di dalam produk informasi berkenaan
supaya ia lebih teratur dan mudah untuk kita fahami, mungkin juga
mereka telah menambah pengalaman-pengalaman mereka sendiri dan
juga pendapat-pendapat mereka yang bernas.

Dan akhirnya terhasil lah sebuah produk digital informasi yang lebih
berkualiti tinggi dan memenuhi kepuasan kita sebagai pengguna. Win-
win situation untuk semua pihak di sini. Kita sebagai pengguna tidak
perlu kisah sebenarnya adakah produk tersebut berasal dari bahan-
bahan PLR kerana yang penting kita berpuas hati dengan kualiti produk
berkenaan dan juga memahami apa yang ingin disampaikan.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 21

Mari kita lihat gambaran bagaimana dunia internet marketing ini


berfungsi:

Usahawan/Pengeluar Internet Marketer Reseller


Produk PLR (Pencipta produk) (Penjual produk
RR, MRR)

Pengguna
Affiliate

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 22

Sekarang saya pasti anda sudah jelas. Sebenarnya di dalam dunia


internet marketing ini terdapat pelbagai pihak yang terlibat. Mereka ini
hidup saling bergantung diantara satu sama yang lain. Tanpa satu pihak
mana mungkin kita boleh hidup dalam keadaan yang harmoni dan
seimbang. Setiap pihak mempunyai peranan masing-masing bagi
memastikan industri Internet Marketing ini berfungsi dan berkembang
dengan sihat.

Jadi persoalan yang ingin saya tanya anda, pihak yang mana satu kah
yang anda ingin mainkan peranan?

Kunci utama di sini ialah FOKUS. Terpulang kepada kesesuaian diri anda
dari segi resources yang anda ada buat masa ini. Tiada satu pun jawapan
tetap mengenai mana satu kah yang lebih baik atau menguntungkan.
Setiap kumpulan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang
tersendiri. Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab yang
tersendiri.

“Tepuk dada, tanya selera”

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 23

Persamaan Industri Kimia dan Internet


Marketing

Jika anda lihat semula kedua-dua gambarajah yang telah saya tunjukkan
tadi, terdapat suatu perkaitan. Jika anda lihat dengan penuh teliti,
memang sebenarnya terdapat persamaan diantara kedua-dua industri
tersebut yang pada mata kasarnya ia nampak berbeza.

Mari kita lihat semula gambarajah tersebut:

Industri Kimia

Pengilang Pemborong Peruncit


bahan kimia
(Manufacturer)

Pengguna

Internet Marketing
Reseller
Usahawan/ Internet Marketer (Penjual
Pengeluar (Pencipta produk) produk RR,
Produk PLR MRR)

Affiliate Pengguna

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 24

Persamaan yang saya maksudkan ialah seperti berikut:

Industri Kimia Internet Marketing


Pengilang bahan kimia
Usahawan/Pengeluar produk PLR
(Manufacturer)
Pemborong Internet Marketer (IM)
Peruncit Reseller

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 25

Jenis-jenis Produk PLR & Kategori Lesen


PLR

Terdapat beberapa jenis produk-produk PLR yang terdapat di pasaran


buat masa ini. Secara umumnya jenis produk PLR adalah sama dengan
jenis-jenis produk digital informasi yang terdapat di luar sana.

Diantara jenis-jenis tersebut adalah:

i. Ebook
ii. Artikel
iii. Video
iv. Audio

Walaubagaimanapun, pada kebiasaannya, produk PLR yang paling


mendapat permintaan yang lebih tinggi ialah dalam bentuk ebook atau
artikel. Produk PLR jenis ini juga kita boleh dapatkannya dengan lebih
mudah berbanding jenis-jenis yang lain.

Produk PLR dalam bentuk tulisan lebih mudah untuk kita ubahsuainnya
dan jadikan ia ke dalam bentuk atau format yang lain.

Begitu juga dengan lesen-lesen PLR. Terdapat beberapa kategori lesen


PLR yang boleh anda jumpa dipasaran dan setiap daripadanya
mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Anda WAJIB faham betul-betul dan
patuhi terma-termanya.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 26

Kategori lesen PLR yang biasa boleh kita jumpa adalah seperti berikut:

i. Non-transferable/Personal Use PLR License


ii. Transferable PLR License
iii. Unrestricted PLR (UPLR) License

Bagi jenis pertama iaitu Non-transferable atau juga dikenali sebagai


Personal Use PLR ialah lesen PLR yang hanya anda seorang sahaja lah
sebagai pembeli yang mendapat hak-hak PLR tersebut. Anda dilarang
untuk berkongsi atau juga menjual semula lesen PLR itu malah memberi
lesen PLR tersebut juga DILARANG. Anda tidak boleh menjual produk
PLR tersebut dalam bentuk dokumen Words asal yang diberi oleh
pencipta produk PLR tersebut. Begitu juga dengan video-video PLR, jika
lesen PLR nya ialah kategori ini, anda tidak boleh memberi atau menjual
lesen PLR yang disertakan kepada pembeli anda.

Bagi kategori lesen PLR kedua iaitu Transferable PLR pula, anda boleh
menjual atau memberi lesen PLR yang anda miliki kepada pembeli anda.
Walaubagaimanapun ada kemungkinan anda tidak dibenarkan untuk
memberi secara pecuma lesen PLR tersebut. Anda boleh menjual dalam
bentuk asal Words dan sertakan sekali lesen PLR.

Unrestricted PLR (UPLR) ialah lesen PLR yang paling diminati dan
menjadi pilihan utama para internet marketer di luar sana. Dengan lesen
UPLR ini, ada boleh lakukan APA SAHAJA dengan produk PLR berkenaan.
Memang langsung tiada batasan. Buatlah apa yang anda nak dengan
produk berkenaan. Bak kata mat saleh, ‘the sky is the limit’.
Walaubagaimanapun pada kebiasaannya, lesen PLR bagi kategori ini

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 27

adalah lesen yang agak mahal dari segi harganya dan ia ada
kemungkinan amat sukar untuk dicari terutamanya bagi produk-produk
PLR berbahasa Malaysia.

Contoh lesen Unrestricted PLR (UPLR)

No Restrictions Private
Label Rights

[YES] Can be edited.


[YES] Can put your name as the author.
[YES] Can be broken down into articles.
[YES] Can be used as web or e-zine content.

[YES] Can be added into membership sites.


[YES] Can be sold in any format.
[YES] Can be packaged.
[YES] Can be offered as a bonus.
[YES] Can be given away for free (any format).
[YES] Can be sold on auction sites.

[YES] Can convey (Master) Resell Rights.


[YES] Can sell Private Label Rights.
[YES] Can be published offline.

In short, you can do literally anything you


want with this product.

Sekali lagi saya amat-amat menegaskan kepada anda, baca dan fahami
terma-terma dalam lesen PLR yang diberi. Patuhi ia dengan penuh
amanah demi menjaga nama baik industri PLR ini. Jangan ‘membunuh’
industri PLR. Kalau anda tak pasti, hantar sahaja email kepada tuan
punya produk PLR berkenaan untuk bertanya. Don’t ever assume
anything!

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 28

PLR : Penyelesaian Masalah Penciptaan


Produk Sendiri

Cuba anda lihat di sekeliling anda (industri Internet Marketing) buat


seketika. Anda perasan tak apakah persamaan yang ada pada IM-IM
yang mempunyai nama dan terkenal (otai). Ianya tidak lain dan tidak
bukan mereka semua mempunyai produk sendiri. Sebenarnya inilah
salah satu dariapada ‘rahsia besar’ mereka iaitu mereka mempunyai
produk sendiri yang tertulis nama mereka sendiri. Mereka sedar jika
mereka ingin betul-betul berjaya untuk jangka masa yang panjang di
dalam perniagaan internet mereka mesti mempunyai produk sendiri.
Mereka semua akan keluarkan produk-produk mereka yang terbaru
setiap masa. Usaha mereka adalah secara berterusan dan tidak akan
berhenti setelah menghasilkan satu produk demi satu produk yang lain.

Kita ambil contoh dalam kehidupan seharian kita.


Kita lihat KFC dan Pizza Hut. Jika anda perhatikan
memang tidak dinafikan kedua-dua mempunyai
produk tetap yang mereka jual sepanjang tahun
setiap masa. Seperti KFC dengan set Snack Plate
dan Dinner Plate nya manakala Pizza Hut dengan hidangan Hawaiian
Chicken atau Super Supreme nya.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 29

Tetapi adakah anda perasan baru-baru ini, KFC ada mengeluarkan


produk terbaru mereka iaitu Cheezy Chickaroni dan Chicken Pepper
Burger manakala Pizza Hut pula telah mengeluarkan produk terbaru
mereka Hot Wings : Honey BBQ Wings.

Ini bermakna walaupun kedua-dua syarikat besar yang sudah sedia


kukuh ini, mereka masih lagi sentiasa mengeluarkan produk-produk
terbaru mereka. Ini tidak lagi termasuk jika di musim-musim perayaan di
Malaysia ini, sudah pasti mereka akan memperkenalkan produk-produk
atau tawaran yang berkaitan dengan sesuatu musim perayaan tersebut.

Jadi kita lihat semula situasi kita sekarang sebagai seorang IM. Situasi
nya sama sahaja, untuk kita terus mendapatkan pendapatan yang
berterusan dan stabil untuk jangka masa yang lama, kita perlulah
sentiasa mengeluarkan produk-produk terbaru dan sekali-sekala lakukan
product launching.

Ya, memang saya tidak nafikan mungkin ada diantara anda merupakan
nama besar IM dan sudah pun mempunyai produk sendiri, tetapi jika
anda tidak mahu mengeluarkan produk yang baru, sekurang-kurangnya
anda boleh update produk anda sedia ada untuk meningkatkan lagi

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 30

kualiti dan ciri-ciri produk anda seterusnya memuaskan hati para


pelanggan anda.

Kita harus melihat produk ciptaan kita sendiri sebagai aset yang kita bina
di dunia online. Dengan adanya produk digital informasi sendiri anda
mempunyai potensi untuk menjana pendapatan stabil setiap bulan
melalui penjualan produk anda.

Di dunia online, produk sendiri yang saya maksudkan boleh dalam


pelbagai bentuk atau format. Yang penting ianya sesuatu yang boleh kita
kategorikan sebagai aset yang boleh menjana pendapatan.

Ia boleh dalam bentuk ebook, video ataupun rakaman audio. Malah


anda juga boleh katakan aset anda sendiri adalah sebuah blog yang
mampu menjana pendapatan melalui pengiklanan . Tidak dilupakan juga
mailing list anda juga adalah aset anda. Apa yang penting aset tersebut
mampu menjana wang untuk anda.

Tetapi masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan IM ialah


kekurangan idea dan masa untuk menghasilkan produk mereka sendiri.
Di sini lah hadirnya produk-produk PLR yang mampu membantu mereka
dalam menjimatkan bukan sahaja masa, tetapi juga kos dan tenaga
dalam mencipta produk sendiri.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan PLR ini adalah salah-satu jalan
pintas bagi penciptaan produk digital informasi anda sendiri.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 31

Walaubagaimanapun ada kerja jugak yang kena anda buat ya..there’s no


short cut to success. Apa yang ada cuma jalan yang boleh memudahkan
anda menuju kejayaan.

Sekarang, jom saya kongsi bersama anda apakah kelebihan-kelebihan


produk PLR ni….

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 32

Kelebihan Produk-produk PLR

Diantara kelebihan-kelebihan yang boleh kita dapat dengan memilikki


produk-produk PLR adalah:

1. Permintaan tinggi dipasaran

Tahukah anda produk yang


mendapat permintaan tinggi di
internet ialah produk-produk
informasi. Sebabnya mudah, di
internet, apakah yang orang
biasa cari? Sudah tentulah informasi dan maklumat. Di internet,
informasi merupakan suatu komoditi yang amat tinggi nilainya jika
anda bijak menyusun dan mengaturnya dalam bentuk yang lebih
terurus. Orang ramai akan sanggup membeli sesuatu informasi itu
jika maklumat tersebut dapat menyelesaikan masalah yang
mereka sedang hadapi ataupun maklumat yang mereka sangat
memerlukan dalam masa yang cepat. Walaupun maklumat
berkenaan boleh didapati secara percuma, tetapi mereka tetap
sanggup untuk keluarkan wang mereka kepada para usahawan
informasi. Dengan produk-produk PLR, anda boleh mencipta
produk informasi anda sendiri kerana kebanyakkan produk-produk
PLR adalah dalam bentuk produk digital informasi itu sendiri.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 33

2. Boleh diubahsuai

Anda boleh menambahbaik atau modify dan meletakkan nama


anda sebagai pencipta produk tersebut setelah anda siap. Dari sini
anda boleh membina jenama dan kredibiliti diri anda sebagai
usahawan internet yang disegani kelak. Dengan produk PLR, anda
dibenarkan untuk mendapatkan hakcipta bagi produk berkenaan.

3. Menjimatkan masa berharga anda

Memang tidak dapat dinafikan lagi, masa ialah salah satu sumber
komoditi yang amat terhad dalam kehidupan seharian kita. Kita
semua tahu yang setiap orang hanya mempunyai 24 jam dalam
masa sehari. 24 jam itu pula tidak termasuk waktu rehat kita dan
aktiviti-aktiviti harian lain selain kerja. Mereka yang terlibat dalam
perniagaan internet sememangnya mengalami masalah tidak

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 34

cukup masa. Kebanyakkan daripada mereka sudah tentu


mengalami kesuntukkan masa untuk menulis ebook, artikel,
report ringkas dan lain-lain produk informasi digital. Keadaan akan
menjadi lebih rumit jika mereka ingin mencipta produk dari
'kosong'. Melalui produk PLR, anda mampu mendapatkan bahan-
bahan yang anda perlukan untuk mencipta produk sendiri anda
dalam satu pakej yang lengkap dan memudahkan kerja pencarian
maklumat anda. Selain itu, topik-topik yang diketengahkan oleh
produk-produk PLR tersebut juga lebih tertumpu dan spesifik
mengikut niche-niche yang tertentu. Jadi anda dapat menjimatkan
masa berharga anda untuk melakukan carian maklumat di internet
yang memakan masa yang lebih lama untuk mengumpul dan
menyusun atur maklumat-maklumat tersebut.

4. Penjimatan kos berganda

Sebab keempat mengapa anda harus mendapatkan produk-


produk PLR ini ialah kerana ia boleh menjimatkan wang dan kos
anda. Kos untuk mengupah ghostwriter bagi menulis sebuah
artikel yang berjumlah 300-500 patah perkataan pun boleh
menjangkau RM10-RM20. Ini juga sama jika anda lihat di pasaran
luar negara harganya USD5-USD10 paling murah. Kalau anda
tukarkan matawang ke dalam Ringgit Malaysia sudah tentu ia
lebih mahal. Berbanding jika produk-produk PLR, pada
kebiasaannya bahan-bahan PLR ini dijual dalam kuantiti pukal dan
harganya juga jauh lebih berpatutan.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 35

Kelemahan Produk-produk PLR

Untuk bab ini, saya akan 'membongkarkan' kepada anda apakah


beberapa kelemahan produk-produk PLR pula. Walaupun saya telah
berkongsi dengan anda kebaikan dan konsep PLR yang boleh membantu
dalam pembinaan perniagaan internet anda yang sebenar, saya masih
berasa ini adalah tanggungjawab saya untuk menyampaikan juga
kekurangan yang ada bagi model bisnes ini.

Setiap perkara di dunia ini ada kebaikan dan juga keburukkannya yang
tersendiri. Anda carilah di luar sana mana-mana panduan buat duit di
internet, adakah mereka ada menerangkan kelemahan-kelemahan
teknik mereka? 

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 36

Terus-terang saya cakap kat anda, di internet, tiada satu pun kaedah
atau teknik buat duit yang betul-betul sempurna dan tiada
keburukkannya.

Saya berharap anda fahami keburukan-keburukan di bawah ini


seterusnya elakkan diri anda daripada terjebak dengan perkara-perkara
tersebut dalam membina perniagaan internet anda untuk jangka masa
yang panjang.

Tujuan saya mendedahkan kelemahan-kelemahan ini adalah tidak lain


dan tidak bukan supaya anda boleh elakkannya pada masa akan datang.

Berikut adalah keburukan-keburukan tersebut:

1. Salah satu kelemahan produk PLR yang paling ketara ialah, bukan
anda seorang sahaja yang memiliki sesuatu produk PLR
berkenaan. Anda harus sentiasa ingat, terdapat lagi pembeli yang
lain yang membeli daripada pengeluar produk PLR yang sama.
Risiko duplicated content di sini boleh berlaku sekiranya anda
menggunakan secara terus bahan PLR berkenaan tanpa ada apa-
apa ubahsuai. Untuk memastikan perkara ini tidak terjadi, anda
olah ayat anda sendiri ataupun jika bahan PLR yang anda beli itu
dalam bentuk ebook, anda pecah-pecahkan ia ke bentuk yang lain
seperti artikel atau jadikan ia sebagai siri autoresponder anda.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 37

2. Kebanyakkan produk-produk PLR yang ada dipasaran pada


kebiasaannya adalah dalam bentuk separuh-siap atau raw
materials. Bahan-bahan PLR ini perlu di teliti semula dan
pengubahsuaian wajib dilakukan ke atasnya. Dalam kata lain,
bahan PLR adalah ‘bahan mentah’ untuk anda gunakan bagi
menghasilkan produk informasi digital dalam bentuk yang lebih
sempurna. Anda perlu tambah mana-mana lagi maklumat yang
dirasa sesuai bagi meningkatkan nilai dan kualiti produk anda itu
setelah siap. Jika grafik minisite yang disertakan dalam pakej PLR
tersebut tidak memuaskan hati anda, anda ubah grafik tersebut
100% kepada yang lebih cantik. Upah designer kalau anda mampu.

3. Lesen PLR merupakan lesen hak jualan semula yang termahal di


internet. Anda boleh dapatkannya bermula dari hanya beberapa
dollar sehingga ada juga yang menjangkau ribuan dollar. Ini semua
bergantung pada tahap kualiti bahan-bahan PLR tersebut. Lagi
mahal, lagi tinggi lah kualitinya. Walaubagaimana pun, anda harus
ingat, walaupun ianya mahal, tetapi harganya jauh lebih rendah
berbanding anda mengupah ghostwriter untuk mendapatkan
content yang berkualiti.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 38

4. Bahan-bahan PLR digital berbeza sama sekali dengan bahan-


bahan PLR bagi produk fizikal seperti bahan kimia shampoo atau
kosmetik. Dua produk kosmetik yang berlainan jenama amat jelas
perbezaannya walaupun mungkin mereka menggunakan bahan-
bahan kimia Private Label yang sama. Tetapi bagi bahan-bahan
PLR digital informasi ia disebaliknya kerana ia dalam bentuk
perkataan. Jika produk kosmetik yang berlainan jenama, mereka
boleh membezakan diantara mereka melalui penambahan bahan-
bahan yang lain, warna, dan cara ia dipakejkan. Tetapi bagi bahan-
bahan PLR digital informasi jika anda tidak sekurang-kurangnya
mengolah ayat-ayat asal PLR tersebut, risiko untuk duplicated
content boleh berlaku.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 39

Panduan Membeli Produk-produk PLR


Walaupun terdapat ribuan produk PLR
terutama yang berbahasa Inggeris di luar sana,
anda harus berhati-hati dalam membuat
pilihan yang tepat untuk membeli produk-
produk ini. Terdapat produk-produk PLR yang baik dan ada juga yang
sederhana dari segi kualitinya. Malah ada juga yang tahap kualitinya
terlampau rendah sehinggakan tidak boleh diterima pakai.

Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan ialah adakah bahan-


bahan PLR tersebut berkaitan dengan apa jenis bidang atau niche yang
ingin anda libatkan diri. Tidak berguna jika anda ada beratus-ratus
megabyte bahan PLR tetapi anda tidak berminat atau anda tidak akan
gunakannya. Ia hanya akan memakan ruangan penyimpanan komputer
anda. Jadi perkara pertama yang anda perlu pertimbangkan ialah
relevan. Jangan biarkan hard disk anda dipenuhi dengan ‘digital dust’.

Ketepatan dari segi fakta dan isi di dalam sesuatu produk PLR itu juga
amat penting. Anda harus pastikan sebelum anda menulis semula
bahan-bahan PLR tersebut, maklumat di dalamnya adalah benar dan ia
telah melalui proses kajian yang menyeluruh oleh penulis asal produk
PLR berkenaan.

Maklumat yang terkandung di dalam produk PLR tersebut haruslah


sesuai dengan peredaran masa kini. Anda tidak mahu informasi yang
sudah lapuk dan tidak boleh diterima pakai lagi.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 40

15 Strategi PLR

Saya pasti, inilah bab yang dinanti-nantikan oleh anda. Dalam bab ini
saya akan mendedahkan kepada anda bukan sahaja 2 atau 3 tetapi 15
strategi dan kaedah yang boleh anda aplikasikan dalam membina
perniagaan internet anda yang kukuh untuk jangka masa yang panjang
menggunakan bahan-bahan PLR.

Saranan saya adalah, buat permulaan anda boleh fokus dahulu satu atau
dua strategi, kemudian untuk mendapatkan kesan yang berganda, anda
gabungkan strategi-strategi berkenaan. Lakukan ‘mix-and-match
approach’.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 41

Berikut adalah penerangan 15 strategi-strategi tersebut dengan lebih


mendalam:

1. Hasilkan ebook anda sendiri

Ebook adalah produk digital informasi yang paling terkenal sekali


dan ini adalah jenis produk digital yang biasa kita boleh jumpai.
Ebook menjadi pilihan utama para usahawan internet kerana ia
adalah mudah dihasilkan dan lebih efektif dari segi penjimatan
kos. Anda tidak perlu menanggung kos penyimpanan inventori
dan anda tidak akan sampai bila-bila pun kehabisan stok
berbanding jika anda menjual produk-produk fizikal melalui
internet.

Anda gunakan produk-produk PLR yang anda ada, kemudian


lakukan pengubahsuaian dan tambah isi-isi lagi yang terkini
supaya ia kelihatan unik. Dah siap kerja-kerja pengubahsuaian,
letakkan nama anda sebagai penulis. Anda dah pun ada produk
sendiri untuk dijual dan menikmati keuntungan 100%.

2. Tukarkan produk PLR kepada produk MRR ciptaan anda sendiri

Strategi ini ada boleh lihat hasilnya untuk jangka masa lebih
panjang. Mungkin tidak dalam sekelip mata. Anda convert kan
produk-produk PLR anda kepada produk-produk MRR. Target
market anda adalah Reseller. Setelah siap produk digital informasi
yang anda hasilkan menggunakan bahan-bahan PLR ini, anda
convert ke dalam format PDF dan tawarkan sekali lesen MRR

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 42

dengan harga yang lebih tinggi berbanding anda jual secara terus
kepada pembeli untuk tujuan Personal Use.

Produk MRR anda akan tersebar dengan cepat dan lebih meluas di
pasaran hasil daripada usaha para Reseller anda yang menjual
produk anda. Anda jangan lupa ya, pada produk tersebut sudah
tertera nama anda. Ini akan menghasilkan kesan viral marketing
yang boleh menyebarkan nama anda seterusnya dari situ
kredibiliti anda akan terbina. Anda akan menjadi seperti bintang
selebriti yang dikenali ramai.

3. Bina aset terpenting dan nombor 1 anda dalam bisnes internet :


Mailing List!

Anda tanyalah mana-mana


usahawan internet yang
sudah agak lama, mereka
tentu akan bersetuju
dengan kenyataan saya di
atas. Dalam perniagaan
internet, untuk anda
menjana pendapatan yang lumayan dan stabil untuk jangka masa
yang panjang tidak lain dan tidak bukan anda memerlukan mailing
list prospek anda.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 43

Gunakan produk-produk PLR untuk anda mencipta produk


percuma yang boleh anda tawarkan pada squeeze page anda.
Anda boleh tawarkan samada ebook, report ringkas atau siri e-
course yang boleh anda set kan pada siri autoresponder anda.

Berikan informasi-infomasi yang berguna kepada subscribers anda


terlebih dahulu sebelum anda mempromosi dan menjual secara
bermati-matian.

Terdapat satu pepatah yang biasa dikalangan ‘otai-otai’ di dunia


IM, mereka sering katakan “You don’t have an internet business if
you don’t have a mailing list”. Saya biarkan untuk anda renung-
renungkannya…

4. Jana pendapatan pasif melalui laman membership

Sebelum saya meneruskan penerangan saya mengenai strategi ini


mari saya kongsi bersama anda terlebih dahulu apakah itu
pendapatan pasif. Terdapat dua jenis pendapatan yang boleh kita
jana dalam kehidupan seharian kita iaitu pendapatan aktif dan
pendapatan pasif.

Pendapatan aktif kita boleh perolehi melalui kerja yang kita


lakukan secara terus bagi mendapatkan pendapatan tersebut. Jika
kita berhenti melakukan kerja berkenaan, kita tidak akan dapat
menjana pendapatan tersebut. Contoh paling jelas ialah jika kita

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 44

kerja makan gaji, jurujual atau peniaga kecil-kecilan. Tak kerja,


duit tak masuk.

Pendapatan pasif pula kita lakukan kerja sekali tetapi pendapatan


yang boleh kita jana berkali-kali. Kalau kita tidur pun duit masuk.
Ya, memang tidak mustahil. Tapi pada permulaan memerlukan
kerja keras sikit lah dan mungkin kita perlu juga lakukan kerja
susulan tapi dalam jumlah yang lebih minima. Contohnya, jika
anda membeli sebuah rumah lelong dan menyewakan rumah
tersebut. Tiap-tiap bulan anda mendapat duit sewa daripada
penyewa anda.

Di internet pun anda boleh menjana pendapatan pasif. Ini dapat


dilakukan melalui pembinaan laman membership yang
menyediakan produk-produk informasi digital. Anda gunakan
produk-produk PLR untuk mencipta beberapa produk digital
informasi. Letakkan produk-produk tersebut dalam laman
membership anda kemudian anda boleh kenakan bayaran yuran
bulanan kepada para ahli. Mungkin anda boleh hasilkan produk-
produk baru setiap bulan atau tiga bulan sekali. Bergantung pada
tahap kemampuan anda.

5. Penyelesaian masalah kekeringan idea untuk para bloggers

Stategi ini amat sesuai jika anda mempunyai blog. Jika anda belum
pun ada blog tapi merancang untuk membinanya, ia pun boleh

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 45

diaplikasikan. Anda gunakan bahan-bahan PLR ini untuk dijadikan


sebagai post-post yang berinformasi pada blog anda.

Blog adalah salah-satu online real estate yang tidak harus


diabaikan untuk anda bina. Bila ada blog, peluang anda nak buat
duit akan lebih berkembang. Anda boleh buat Adsense, jual
ruangan pengiklanan, affiliate dan boleh join program CPA dari
CPA network yang ada di serata dunia. Selain itu, blog juga boleh
dijadikan sebagai tools membina kredibiliti diri anda sebagai
seorang usahawan internet yang lebih dipercayai.

6. Kaedah pemasaran secara percuma di internet : Article


Marketing

Jadikan produk-produk PLR yang anda beli kepada beberapa


artikel yang berasingan. Jika produk PLR tersebut dalam bentuk
ebook, anda pecah-pecah kan content ebook berkenaan kepada
bentuk artikel-artikel ringkas.

Artikel yang efektif dan berkesan ialah dalam linkungan 400-500


patah perkataan. Itu sudah memadai. Dan lepas anda dah siapkan
artikel anda jangan lupa letakkan resource box yang mengandungi
maklumat peribadi anda seperti laman web jualan atau blog anda.

Tapi AWAS! Di sini saya ingin memberi peringatan kepada anda.


Dalam menulis artikel anda tidak boleh sama sekali menggunakan
pendekatan menjual dan mempromosi. Anda haruslah menulis

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 46

lebih kearah berkongsi ilmu dan mendidik pembaca anda dengan


maklumat berguna yang berkaitan dengan produk anda. Promosi
tu boleh, tapi tak boleh secara terus-menerus.

7. Bina kredibiliti di forum

Ini juga salah-satu daripada teknik pemasaran di internet yang


boleh anda lakukan secara percuma tanpa kos wang ringgit.
Forum ialah tempat yang paling sesuai untuk anda mendapatkan
targetted trafic dalam jumlah yang banyak. Forum pada
kebiasaannya terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai
minat yang sama dan berada dalam niche yang sama.

Anda boleh jadikan produk-produk PLR untuk anda buka thread-


thread yang bermanfaat kepada forumers yang lain. Anda buka
satu thread yang berbentuk perkongsian ilmu bermanfaat.
Gunakan produk-produk PLR ini untuk anda rewrite mengikut gaya
bahasa anda sendiri dan post kan ia di thread tersebut.

Dengan strategi ini, anda mampu membina kredibiliti diri anda di


forum tersebut untuk jangka masa yang panjang. Seterusnya
forumers lain akan lebih mudah mempercayai kepada anda jika
anda ingin menawarkan apa-apa produk berbayar dikemudian
hari.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 47

8. Cipta produk video tutorial atau Power Point slide anda sendiri

Produk informasi digital bukan hanya dalam bentuk ebook. Anda


boleh juga jadikan dalam bentuk video tutorial. Malah format
produk informasi digital seperti ini lebih dipandang tinggi nilainya.

Anda boleh letak harga yang lebih mahal berbanding ebook.


Gunakan bahan-bahan PLR ini untuk anda buat Power Point slide.
Pecahkan kepada poin-poin ringkas. Anda rakam skrin komputer
dan suara anda menggunakan perisian seperti Camstasia Studio.
Dah siap dah, anda dah ada produk informasi digital dalam bentuk
video tutorial. Boleh jual terus dalam linkungan harga RM50 paling
minimum.

9. Hasilkan produk informasi digital berbentuk rakaman audio

Satu lagi jenis produk informasi digital yang boleh anda hasilkan
ialah rakaman audio suara anda sendiri. Anda tulis dahulu
transkrip mengenai topik yang ingin anda bincangkan daripada
produk-produk PLR. Macam biasa, ubah dahulu serba-sedikit
mengikut ayat anda sendiri. Anda baca transkrip berkenaan dan
rakam suara ketika anda membaca transkrip tersebut.

Anda boleh gunakan perisian rakaman audio seperti Audacity yang


boleh anda download secara percuma di sini.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 48

Jika anda nak lebih santai, anda boleh hasilkan rakaman audio
tersebut dalam gaya seperti anda sedang berborak ingin berkongsi
ilmu.

10. Jadikan produk PLR sebagai produk fizikal anda

Ini juga salah satu bentuk produk informasi yang dilihat


mempunyai nilai yang lebih tinggi. Anda hasilkan report ringkas
atau ebook menggunakan perisian seperti Microsoft Words,
kemudian anda print kan ia. Bind kan ia dan boleh menjualnya
dengan menghantar produk anda itu kepada pembeli anda melalui
pos. Sebelum anda promosikan produk ini, jangan lupa bina dulu
minisite yang memukau berserta salesletter yang membunuh.

Selain daripada report fizikal, CD atau DVD juga boleh dikatakan


produk informasi fizikal.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 49

11. Jalankan kempen pemasaran viral

Tahukah anda mengenai teknik pemasaran viral? Teknik ini anda


hanya lakukan sekali tetapi kesannya sampai bila-bila pun anda
akan dapat. Konsep dia sama sahaja seperti virus yang merebak
dengan luasnya ketika sesuatu wabak penyakit sedang melanda
dikalangan masyarakat.

Dalam IM, pemasaran viral ini tujuannya anda ingin menyebarkan


nama atau jenama diri anda dengan lebih meluas lagi.

Apa yang boleh anda buat ialah, hasilkan satu produk informasi
digital percuma seperti report ringkas atau ebook menggunakan
bahan-bahan PLR. Kemudian anda upload produk percuma itu ke
hosting anda dan sebarkan link download report tersebut secara
terbuka. Report tersebut juga anda boleh letakkan di halaman-
halaman download produk-produk percuma seperti di forum atau

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 50

blog orang lain. Di dalam report tersebut pastikan anda nyatakan


pembaca diberi kebenaran untuk menyebarkan report berkenaan
kepada sesiapa pun. Jangan lupa untuk anda letakkan maklumat
mengenai diri anda seperti laman web atau blog anda untuk para
pembaca boleh lawati bagi mengenali anda dengan lebih dekat.

Tetapi ingat! Anda mestilah hasilkan report yang berkualiti tinggi


dan dipenuhi dengan pure contents walaupun ia diberi percuma.

Jangan penuhkan report anda dengan promosi produk semata-


mata. Beri valueble content kepada para pembaca anda. Dari situ
kredibiliti diri anda akan melonjak naik dalam masa yang singkat.

Kalau anda ada budget lebih, boleh juga anda anjurkan program
PPL (Pay-per-lead).

12. Hasilkan produk bonus tambahan yang baru

Jika anda menjadi


seorang affiliate,
produk-produk
PLR ini boleh anda
jadikan sebagai
bonus tambahan untuk meningkatkan hasil jualan anda. Tawarkan
bonus-bonus tambahan kepada pembeli yang membeli melalui
link affiliate anda. Saranan saya ialah anda hasilkan sebuah produk
baru di mana anda ubahsuain produk-produk PLR sedia ada.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 51

Jika anda ingin beri secara terus pun boleh juga, cuma jika bonus
tambahan tersebut adalah unik, conversion rate anda akan lebih
tinggi.

Selain daripada affiliate, jika anda adalah seorang Reseller bagi


produk-produk Hak Jualan Semula seperti RR atau MRR, anda juga
boleh menambah lagi bonus-bonus yang unik hasil daripada
pengubahsuaian produk-produk PLR yang anda ada.

13. Menjadi pengeluar produk-produk PLR

Strategi ini boleh dilakukan jika anda merancang untuk menjadi


pencipta atau pengeluar produk-produk PLR. Kumpulkan produk-
produk PLR yang anda ada dalam Hard Disk anda tu. Jumlah nya
mesti dalam kuantiti yang agak banyak.

Kemudian anda lakukan pengubahsuaian dengan sepenuhnya.


Untuk menjadikan strategi ini berjaya, anda seharusnya
melakukan sekurang-kurangnya 80% pengubahsuaian daripada
bahan-bahan asal PLR tersebut.

Anda reka e-cover baru dan disertakan minisite nya sekali.


Kemudian anda jualnya beserta lesen Non-transferable PLR atau
Unristricted/Full PLR.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 52

Pastikan bahan-bahan PLR yang anda ada dalam simpanan anda


itu seelok-eloknya mempunyai lesen Unristricted PLR juga. Ia lebih
selamat. Anda kena pastikan juga adakah bahan-bahan asal PLR
yang ada dalam simpanan anda itu anda mempunyai hak ataupun
tidak untuk transfer atau menjual lesen PLR tersebut.

Walaubagaimanapun, strategi ini amat berkesan jika anda


sudahpun memilikki mailing list niche PLR atau Reseller.

14. Bahan bimbingan untuk affiliate atau student Personal Coaching


anda

Saya amat yakin sekali terdapat juga dikalangan anda di sini yang
sudah pun mempunyai produk digital sendiri untuk dijual. Jika
anda belum ada lagi pun tak apa, saya percaya satu hari nanti
anda akan ada juga produk sendiri untuk dijual.

Salah-satu cara untuk meningkatkan jualan anda adalah dengan


merekrut ahli-ahli affiliate. Affiliate boleh dikatakan sebagai

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 53

pasukan jurujual anda. Mereka inilah yang akan melakukan


promosi dengan lebih meluas untuk anda.

Ok, persoalan sekarang, apa kaitan dengan produk-produk PLR ni?


Sebenarnya anda boleh jadikan bahan-bahan PLR ini sebagai
bahan latihan atau training untuk para affiliate anda. Anda
sebagai seorang Affiliate Manager mestilah memberi bimbingan
yang mencukupi untuk mereka. Educate mereka dengan teknik-
teknik dan cara-cara mempromosi dengan betul. Anda cari bahan-
bahan PLR yang berkaitan dengan niche Internet Marketing dan
anda ubah ia kepada e-course sebagai contoh. Boleh juga anda
letakkan dalam laman keahlian affiliate untuk mereka rujuk
dikemudian hari.

Jika anda memimpin mereka dengan cara yang betul seperti ini,
mereka akan lebih menghargai dan akan lebih bersemangat dan
bermotivasi untuk terus melakukan promosi produk anda.

Selain itu, bagi anda seorang IM yang mungkin merancang atau


telahpun membuka khidmat Personal Coaching untuk
membimbing lebih ramai IM lagi anda boleh gunakan produk-
produk PLR ini sebagai bahan-bahan bimbingan anak-anak buah
anda.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 54

15. Strategi maut yang menguntungkan : Penggabungan semua


strategi

Strategi terakhir ini sebenarnya bukanlah strategi baru yang lain


daripada strategi-strategi yang telah dinyatakan. Anda gabungkan
beberapa strategi-strategi yang telah disenaraikan sebelum ini.
Melalui kaedah ini, anda dapat memaksimumkan lagi potensi
penjanaan pendapatan anda yang berterusan melalui internet.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai koleksi-koleksi bahan PLR


yang banyak, anda boleh gunakan ia untuk memasukkan ke dalam
siri autoresponder anda dan dalam masa yang sama juga anda
ubahsuai sedikit bahan-bahan PLR tersebut untuk anda jalankan
pemasaran melalui artikel secara konsisten.

Melalui cara ini, anda boleh menarik trafik percuma daripada


direktori artikel seperti EzineArticles.com dan dalam masa yang
sama anda boleh terus menjalin perhubungan (build relationship
and rapport) dengan para subscribers mailing list anda.

Dalam masa yang sama juga anda boleh sentiasa update blog anda
dengan menggunakan produk-produk PLR yang lain untuk
membuat post-post terkini.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 55

PENUTUP DAN SANTAPAN MOTIVASI

Tahniah saya ucapkan kepada anda! Nampaknya anda telah pun selesai
membaca ebook saya ni. Terima kasih saya ucapkan.

Untuk bab terakhir ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa
saranan yang saya percaya jika anda terima dan aplikasikannya, kejayaan
anda dalam membina perniagaan internet yang sebenar dalam jangka
masa yang panjang akan tercapai.

PLR dalam dunia internet marketing boleh dikatakan masih di tahap


yang baru ingin membangun. Ini berbeza di dunia nyata offline sana.

PLR dalam internet marketing ini adalah salah-satu daripada pelbagai


cara untuk anda menjana pendapatan melalui internet. Jadi, boleh juga
kita andaikan bukan anda seorang sahaja yang akan mencuba untuk

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 56

buat duit di internet dengan PLR ini. Beratus-ratus lagi IM di luar sana
yang akan menggunakan teknik ini.

Mari kita lihat contoh yang jelas, jika seseorang pengeluar produk PLR
telah menetapkan kuota sebanyak 200 unit bagi pakej produk PLR yang
baru sahaja dia keluarkan. Terdapat lagi 199 orang IM lagi di luar sana
yang akan meng-download pakej yang sama seperti anda jika anda
membeli pakej tersebut. Persoalannya, bagaimana anda ingin bersaing
dengan mereka semua ini? Bagaimana anda boleh menggunakan
kelebihan-kelebihan produk-produk PLR untuk anda bina perniagaan
internet anda sendiri yang berpotensi menjana ratusan ringgit setiap
bulan? Apa bezanya anda dengan mereka yang lain?

KEUNIKAN. Itulah jawapannya. Inilah saranan yang amat-amat saya


harapkan anda pegang sampai bila-bila. Cipta keunikan diri anda sendiri.
Anda perlu kreatif dalam mengubahsuai produk-produk PLR yang anda
ada. Gunakan strategi-strategi yang telah saya kongsikan dalam ebook
ini.

Keunikan lah yang membezakan diantara usahawan internet yang


berjaya dan yang gagal menjana sebarang pendapatan melalui internet.

Memang betul, ia tidak semudah yang anda sangkakan. Tentu anda ingat
kan di awal ebook ini ada saya nyatakan yang anda perlu bekerja keras,
korban masa, tenaga dan adakalanya wang ringgit juga. Sekali lagi saya
tidak berjanji apa-apa kepada anda yang anda boleh menjana wang

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 57

dalam masa 24 jam melalui produk-produk PLR. Tetapi ia bukanlah


sesuatu yang mustahil.

Membina perniagaan internet yang sebenar untuk jangka masa yang


panjang tidak sesuai untuk mereka yang malas, mudah putus asa dan
tidak mempunyai motivasi tinggi yang konsisten. Tinggalkanlah internet
marketing ini jika anda mempunyai sifat-sifat tersebut.

Produk-produk PLR haruslah sentiasa dianggap sebagai raw material


atau bahan mentah, bahan-bahan separuh siap. Anda perlu bangunkan
ia untuk menjadi produk yang lebih unik dan lebih lengkap. Saya tidak
menyatakan anda tidak boleh secara terus menggunakan bahan-bahan
PLR ini tanpa ada apa-apa perubahan. Boleh sebenarnya, tetapi anda
haruslah menjadi dikalangan mereka yang awal dalam menggunakan
produk-produk PLR ini sebelum IM-IM lain menggunakannya. Anda
harus cepat bertindak.

Beberapa perkara yang sekurang-kurangnya boleh anda lakukan keatas


produk-produk PLR adalah:-

 Tukar tajuk produk-produk PLR berkenaan samada ianya


ebook, artikel atau report ringkas
 Masukkan nama anda dalam tajuk dan produk PLR berkenaan
untuk membina kredibiliti dan jenama diri anda
 Sentiasa sekurang-kurangnya ubah struktur ayat-ayat dalam
produk PLR dan gantikan dengan perkataan yang seerti
dengannya
 Masukkan grafik-grafik anda sendiri atau upah sahaja mana-
mana designer untuk mencipta e-cover dan minisite yang baru.
Untuk sumber grafik-grafik berkualiti tinggi, anda boleh pergi
ke iStockphoto.com
______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 58

 Masukkan link-link affiliate anda dalam isi kandungan bahan


PLR tersebut
 Buat tawaran yang lain daripada lain berbanding produk-
produk informasi digital yang ada di pasaran

Anda mempunyai potensi yang besar untuk membina empayar


perniagaan internet anda jika anda wujudkan elemen KEUNIKAN
terhadap produk-produk PLR. Jika anda berpegang pada kata-kata ini,
saya percaya, kejayaan akan menjadi milik anda.

Akhir kata, saya pasti ini adalah salah-satu daripada ebook-ebook buat
duit di internet yang telah pun anda baca selama ini. Tapi, kalau hanya
membaca sahaja tanpa tindakan, ebook ini akan sama sahaja seperti
ebook-ebook anda yang lain. Hanya memenuhkan ruangan hard disk
anda. Ia hanya akan menjadi ‘digital dust’. Jangan biarkan ia jadi begitu.
BERTINDAK. Itulah ‘rahsia’ yang membolehkan anda menjana
pendapatan melalui internet.

Semoga anda berjaya.

“Jom bina perniagaan internet dengan PLR!”

Sahabat Digital Anda,


Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 59

Yang Pertama di Malaysia!

Pakej PLR Dalam Bahasa Malaysia

Dapatkan Pakej Mini PLR dalam Bahasa Malaysia ini


sementara kuota dibuka. KLIK SINI untuk maklumat
lanjut dan bonus tambahan.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 60

Tak reti nak buat order form?

Ini lah penyelesaiannya...

Hanya di http://orderformmudah.com. Lawatinya


SEKARANG juga.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan
All Rights Reserved®http://panduanplr.com 61

Dari mana anda dapat ebook ini?


Adakah anda mendapatkan ebook ini selain dari laman web
http://panduanplr.com?

Betapa RUGI nya anda kerana anda terlepas peluang untuk


mendapatkan tips-tips dan banyak lagi panduan dalam membina
perniagaan dan pemasaran internet secara PERCUMA.

Dengan mendaftarkan keahlian anda secara PERCUMA sahaja sebagai


subscriber saya di laman panduanplr.com, anda akan menerima:

 Tips-tips dan panduan berkaitan perniagaan dan pemasaran


internet
 Produk-produk percuma yang lain pada masa akan datang
 Segala perkembangan terkini berkaitan PLR dalam pasaran
Bahasa Malaysia

Semua perkara di atas akan dihantar terus ke Inbox email anda secara
PERCUMA.

Masukkan Nama Panggilan dan Email anda di halaman berikut:

http://panduanplr.com

*Kepada anda yang telah mengisi Nama Panggilan dan Email anda di laman
panduanplr.com, secara automatiknya anda telah menjadi subscriber saya.

______________________________________________________
Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar oleh Khairul Hazwan

Anda mungkin juga menyukai