Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK KUGIRAN


Setiap pengguna mestilah mematuhi arahan-arahan berikut:
1. Penggunaan terbuka kepada semua warga KMS. Keutamaan akan

diberikan kepada mereka yang mahir dalam bermain alat muzik seperti gitar, drum dan keyboard dan mempunyai satu kumpulan yang lengkap.
2. Pengguna diwajibkan berpakaian sukan lengkap. 3. Pengguna diwajibkan memakai kasut sukan.

4. Sekiranya peraturan ke 2, 3, 4 tidak dipatuhi, pihak pengurusan berhak untuk tidak membenarkan pengguna memasuki bilik kugiran.
5. Semua pengguna mesti mengikut arahan dan panduan daripada

pegawai/pelajar yang bertugas.


6. Bilik kugiran hendaklah ditempah dahulu sebelum menggunakan dan

tempahan boleh dibuat melalui pegawai yang menguruskan (Pensyarah Unit Kokurikulum). 7. Kumpulan yang berminat perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu kepada pensyarah Unit Kokurikulum. 8. Tempahan hendaklah mengikut jam dan tidak melebihi 2 jam untuk satu kumpulan. 9. Waktu penggunaan bilik kugiran adalah tertakluk kepada pegawai yang dipertanggungjawabkan. 10. Hanya 7 orang sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam bilik kugiran untuk satu sesi.
11. Pengguna dibenarkan membawa air.
www.kms.matrik.edu.my

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR


12. Pengguna

tidak

dibenarkan

membawa

masuk

sebarang

bentuk

makanan. 13. Pengguna diwajibkan menyimpan semua beg dan barang peribadi di tempat yang disediakan. 14. Barang peribadi adalah di atas tanggungan sendiri. Pihak pengurusan bilik kugiran tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barang peribadi masing-masing. 15. Laporkan sebarang kecederaan, atau kerosakan peralatan secepat mungkin kepada pegawai/pelajar yang bertugas.
16. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan kugiran

tanpa kebenaran pihak pengurusan.


17. Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang peralatan tanpa

kebenaran pegawai/pelajar yang bertugas.


18. Dilarang mengalihkan peralatan di bilik kugiran dengan sesuka hati.

19. Peralatan yang ada hendaklah dijaga dengan baik.


20. Pengguna harus bertanggungjawab di atas kerosakan peralatan yang

sengaja dilakukan semasa latihan diadakan.


21. Pengguna mestilah menyimpan semula peralatan yang digunakan di

tempat asal setelah selesai menggunakannya. 22. Semua pengguna harus menjaga kebersihan di dalam bilik kugiran. 23. Merokok tidak dibenarkan sama sekali di dalam dan diluar bilik kugiran. 24. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab dan menanggung sebarang ganti rugi sekiranya berlaku sebarang kecederaan di atas kecuaian pengguna. 25. Peraturan ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa dan pihak pengurusan berhak untuk membuat sebarang pindaan atau tambahan tanpa notis pemberitahuan. Pihak pengurusan juga berhak untuk
www.kms.matrik.edu.my

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR


menamatkan sesi dengan serta-merta sekiranya pengguna melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan. Sekian, Terima kasih. Pengarah, Kolej Matrikulasi Selangor Kementerian Pelajaran Malaysia

www.kms.matrik.edu.my

Anda mungkin juga menyukai