Anda di halaman 1dari 2

wpi – satu penjelasan (bahagian dua)

written by johari salleh


thursday, 05 july 2007

artikel bahagian pertama dahulu, kawan telah menjelaskan serba sedikit mengenai wilayah
pembangunan iskandar (wpi) akan peri pentingnya projek pembangunan ini untuk malaysia.

agensi pelaksana wpi, khazanah nasional menjangkakan koridor ekonomi khas yang berkeluasan
dua kali singapura ini dijangka mampu menarik lebih rm50 bilion pelaburan serta mewujudkan
kira-kira 800,000 peluang pekerjaan.

oleh yang demikian di ruangan kali ini, teman ingin menumpukan pula isu yang dibangkit oleh
pembangkang dan puak-puak pembenci kerajaan berkenaan kegusaran rakyat malaysia akan
campur tangan kerajaan singapura.

jawatankuasa bersama peringkat menteri malaysia-singapura mengenai wilayah pembangunan


iskandar (wpi) hanya berfungsi sebagai pemudah cara untuk mempercepatkan pelaksanaan
keputusan yang dibuat kerajaan berhubung wilayah itu.

menurut perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi, jawatankuasa khas itu bukan
bertindak sebagai penasihat atau bersifat sebagai pembuat dasar serta entiti perunding bagi
pembangunan wpi.

jelas beliau, tujuan utama penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk meningkatkan kerjasama
supaya dapat mempermudahkan serta mempercepatkan pembangunan wpi khususnya dalam
perkara yang melibatkan kedua-dua negara.

“jawatankuasa ini juga tidak akan membuat keputusan pelaburan kerana terdapat badan lain
yang bertanggungjawab iaitu pihak berkuasa tempatan wilayah pembangunan iskandar (irda).

“irda bertanggungjawab mengenai pembangunan keseluruhan wpi dan membuat keputusan


mengenai cadangan pelaburan dari negara-negara luar di wilayah berkenaan,” katanya.

pelaburan di wilayah pembangunan iskandar (wpi) tidak terhad dari singapura sahaja tetapi akan
turut menyaksikan penyertaan negara lain seperti negara-negara timur tengah, eropah, china,
korea dan jepun.

pada 1 julai yang lalu, teman juga sempat bersua muka dan bertanyakan sendiri dengan salah
seorang tenaga pengerak untuk pembangunan wpi iaitu pengarah urusan, south johore
investment corporation (sjic) dr. sr iskandar ismail, menurut beliau memang tiada sebarang pelan
perancangan untuk menjadikan singapura sebagai rakan kongsi utama di dalam projek ini.

ianya terbuka untuk semua pihak yang berminat, baik dari singapura, indonesia, china, atau
pelabur-pelabur yang datang dari timur tengah seperti arab saudi, iran, kuwait, dan sebagainya.
oleh itu tidak timbul sama sekali isu malaysia cuba untuk mengadaikan negara kepada bangsa
asing.

panel penasihat lembaga wpi, tun musa hitam juga berkata, kepelbagaian dalam sumber
pelaburan asing langsung (fdi) ke wpi telah dikenal pasti bagi enam aspek yang diberi keutamaan
di wilayah tersebut.

aspek-aspek tersebut katanya, adalah industri inovatif, pendidikan, perkhidmatan kewangan dan
perundingan, perkhidmatan kesihatan, logistik dan pelancongan.

“singapura memang penting kerana merupakan negara terdekat dan memiliki potensi pelaburan
terbesar tetapi kita juga akan berusaha menarik minat pelaburan daripada sumber-sumber lain.
“negara-negara asia barat telah banyak memberikan komitmen, begitu juga eropah.

“bulan depan pula, ramai lagi pelabur berpotensi dari china, jepun dan korea akan ke johor bahru
melalui program tiga hari anjuran majlis perniagaan malaysia-china,” katanya kepada utusan
baru-baru ini.

persoalannya sebelum ini langsung tidak timbul sebarang masalah mahupun isu berkenaan
pemilikan tanah oleh warga asing atau dalam erti kata mudah rakyat singapura di negara ini. ia
sengaja di gembar-gemburkan oleh sesetengah pihak untuk menunjukkan seolah-olah kerajaan
cuba bersekongkol dengan kerajaan singapura untuk menjual malaysia.

kawan akui singapura bukanlah jiran yang baik dan patut di jadikan rakan kongsi dalam
perniagaan, namun seperti yang telah di terangkan pelan pembangunan ini terbuka untuk semua.
oleh itu sekiranya pelabur-pelabur singapura ingin mengambil bahagian pihak kerajaan tidak
mempunyai sebarang halangan.

untuk menjayakan pelan pembangunan ini, pihak kerajaan perlu mendapat kerjasama dari semua
pihak bagi memastikan semua pelan yang telah di rangka itu mampu terlaksana dengan
berkesan. ia juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya sebarang unsur-unsur sabotaj dan
khianat untuk melihat projek pembangunan ini gagal.

menteri luar, datuk seri syed hamid albar mengulas kenyataan menteri mentor singapura lee
kuan yew yang mengatakan syarikat-syarikat dari singapura yang berminat menyertai projek di
wpi tidak boleh menjangkakan layanan istimewa daripada malaysia sebagaimana layanan murah
hati china kepada hong kong di wilayah shenzhen.

lee, tokoh yang masih berpengaruh dalam kabinet singapura, berkata syarikat-syarikat dari
singapura juga perlu menilai sama ada kehadiran mereka dialu-alukan di wpi memandangkan
adanya suara bantahan di kalangan pemimpin umno, terutamanya dari johor.

syed hamid berkata kerajaan mahu mempelbagaikan pelaburan dari seluruh negara kerana ini
menunjukkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap wpi yang dibuat sebagai koridor
pembangunan penting dan menjadi gerbang masuk ke semenanjung malaysia daripada
bahagian selatan tanah air.

"kalau mahu melihat dasar pelaburan dan ekonomi terbuka, kita merupakan satu-satunya negara
yang menyambut baik kehadiran pelaburan asing di dalam negara. adalah tidak benar kita tidak
menyukai sesebuah negara tertentu tetapi kita tidak mahu terlampau bergantung hanya kepada
sebuah negara," katanya.

percayalah isu yang cuba di bawa oleh pembangkang ini, hanyalah sebagai propaganda untuk
melihat projek yang diilhamkan oleh perdana menteri ini gagal, sekaligus mengunakan isu ini
sebagai modal untuk memenangi pilihanraya. tun dr mahathir sendiri, semasa cuba untuk
menlaksanakan projek-projek mega suatu ketika dahulu sering di kriktik dan di tohmah dengan
pelbagai isu. namun begitu selepas pembangunan yang di rencanakan itu berjaya, pihak
pembangkang telah menciptakan satu isu yang baru untuk memburuk-burukan kerajaan.

kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi.

Anda mungkin juga menyukai