Anda di halaman 1dari 2

segi tiga emas johor selatan

written by administrator
wednesday, 13 june 2007

maptigasegi.jpg

kawasan melebihi keluasan negara singapura bakal jadi kota metropolitan: pm

johor bahru: segi tiga antara mukim serkat, kulai dan pasir gudang akan dibangunkan sebagai
wilayah ekonomi johor selatan (sjer), setanding kota metropolis terkemuka dunia seperti hong
kong dan shenzen di china.

perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi mengumumkan, kerajaan akan menubuhkan
sebuah jawatankuasa khas untuk membangunkan sjer yang meliputi kawasan seluas kira-kira
dua setengah kali ganda saiz singapura itu.katanya, jawatankuasa itu, yang akan bertanggung
jawab merancang dan memantau pembangunan sjer, akan dipengerusikan bersama oleh beliau
sendiri dan menteri besar johor, datuk abdul ghani othman.

perdana menteri berkata, sjer yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 1,500 kilometer
persegi dan berhampiran singapura, akan menjadi enjin pertumbuhan sektor perkilangan bagi
negara dan rantau asean. “ketika menghadap sultan johor di istana bukit serene di sini, tengah
hari tadi (semalam), baginda memberi perkenan dan bertitah supaya pembangunannya dapat
dipercepatkan.

“butiran terperincinya akan diumumkan bulan depan,” katanya pada sidang media selepas
melancarkan kapal mengawal tumpahan minyak, seri endon, milik kejuruteraan asas jaya sdn
bhd, di pangkalan jabatan laut di gelang patah, dekat sini, semalam.abdullah berkata, sjer adalah
projek strategik kerana keluasan, nilai tanah yang kompetitif serta kedudukannya berhampiran
dengan singapura selain memiliki infrastruktur baik dan penduduk ramai untuk memenuhi
keperluan guna tenaga.

“kawasan itu akan memperkasakan pelbagai sektor, terutama perkhidmatan, perkilangan,


industri, teknologi maklumat dan komunikasi (ict) serta logistik, serta dijayakan bersama oleh
kerajaan negeri, persekutuan dan swasta,” katanya. terdahulu, ketika berucap di hadapan kira-
kira 5,000 orang yang menyambut ketibaannya di lapangan terbang sultan ismail, senai, abdullah
berkata, pembangunan sjer yang diterajui khazanah nasional berbeza daripada koridor utara,
timur atau sabah dan sarawak kerana kerajaan mengambil kira pelbagai aspek termasuk
memastikannya setanding atau lebih hebat daripada singapura.

“pembangunan sjer akan dibuat secara unik kerana ia mengikut acuan sendiri dan akan menjadi
pemangkin kepada pelbagai kemajuan serta pemodenan malaysia selaras wawasan 2020.“kita
memahami tradisi pembangunan di johor. ketika zaman pemerintahan sultan abu bakar lagi,
negeri ini muncul sebagai kawasan termoden di tanah melayu dengan infrastrukturnya serta
sistem pegawai tadbir johornya (jcs),” katanya.perdana menteri menegaskan, kerajaan tidak akan
melupakan kawasan luar bandar serta usahawan dan

bumiputera dalam pembangunan sjer kerana mereka akan turut dibabitkan bagi membolehkan
semua lapisan masyarakat menikmati manfaatnya.sejajar rancangan kerajaan membangunkan
wilayah johor selatan secara besar-besaran di bawah sjer itu, beliau yakin ia akan muncul
sebagai pemacu ekonomi negara pada masa depan.“ini semua rancangan saya, bukan
rancangan orang lain,” katanya sambil menegaskan kerajaan juga akan memajukan beberapa
koridor pembangunan lain seperti koridor utara, koridor timur dan dan koridor sabah serta
sarawak.koridor utara membabitkan perlis, pulau pinang dan perak utara, akan dimajukan
permodalan nasional berhad (pnb) dan sime darby manakala koridor timur meliputi kelantan,
terengganu dan pahang timur diterajui petronas.
sementara itu, abdul ghani dalam ucapannya, berkata rakyat johor memberikan mandat penuh
kepada perdana menteri untuk memimpin negara dan berikutan itu, rakyat johor keseluruhannya,
akan berdiri teguh di belakang kepimpinan beliau“sesungguhnya rakyat johor berdiri teguh di
belakang perdana menteri dalam usaha beliau untuk melaksana dan menjayakan segala misi
nasional. marilah kita bersama-sama beliau,” katanya.fakta: wilayah ekonomi johor selatan (sjer)

pembangunan sjer yang diumumkan dalam rmk-9, membabitkan kawasan seluas kira-kira dua
setengah kali ganda saiz republik singapura.
merangkumi kawasan segi tiga seluas 22,000 hektar dari mukim serkat di barat, ke pasir gudang
di timur, kulai di utara dan johor bahru di selatan.

membabitkan kawasan majlis bandaraya johor baharu, majlis bandaraya johor baharu tengah,
pasir gudang, mukim jeram, mukim serkat dan majlis daerah kulai.
antara projeknya ialah hab logistik (senai), cyberjaya johor (kulai), pelabuhan tanjung pelepas
(gelang patah), pusat pentadbiran baru (bandar nusajaya).

turut disenaraikan, pembinaan kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (kik), danga bay dan
lido boulevard (johor bahru), kompleks petrokimia (pontian) dan stesen jana kuasa (tanjung bin).

khazanah nasional dijangka melabur rm15 bilion untuk pembangunan di kawasan sjer
last updated ( wednesday, 13 june 2007 )

Anda mungkin juga menyukai