Anda di halaman 1dari 1

apa itu koperasi?

koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah akta 502 (akta
koperasi 1993) malaysia. pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan
manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi
dan sosial anggota-anggotanya.

dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang
bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. selain mendapat pulangan
dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran
dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada
koperasi yang dianggotainya.

sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan anggota lembaga yang dilantik secara
demokrasi pada mesyuarat agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun
kewangan sesebuah koperasi itu. seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari akan dilantik
untuk mentadbir koperasi itu. lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi
terbanyak. setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk
jawatan anggota lembaga.
perbezaan koperasi dengan syarikat berhad

sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala


tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata.
*

hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah


syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
*

kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada


satu anggota, satu undi.
*

kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang
dipunyainya.
*

keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi


sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham.
*

nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. saham
sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu.
*

pertubuhan koperasi tertakluk kepada akta koperasi manakala syarikat tertakluk kepada akta
syarikat

Anda mungkin juga menyukai