Anda di halaman 1dari 1

tok bali peruntuk hingga rm12 juta jayakan ecer

pasir puteh, 16 april (bernama) -- syarikat tok bali dockyard & engeneering sdn bhd (tok bali)
memperuntukkan antara rm8 juta hingga rm12 juta untuk melaksanakan projek menaik taraf
kemudahan asas sebagai persediaan bagi menjayakan pelan pembangunan wilayah ekonomi
pantai timur (ecer).

pengarah eksekutifnya, tengku kamarul bahrim tengku kamarulzaman berkata antara projek yang
akan dilaksanakan termasuk menyediakan peralatan kren gergasi pengangkat kapal yang lebih
terkini untuk meningkatkan keupayaan.

"selain itu, ia juga untuk membina bangunan pejabat baru yang dilengkapi bilik gerakan dan
mesyuarat yang kini masih ditahap lama," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

syarikat itu diwujudkan pada tahun 2001 dengan modal asas rm10 juta untuk membolehkannya
beroperasi di pelabuhan tok bali, pasir puteh.

ia merupakan satu-satunya syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang mencebur diri dalam
industri membaik pulih bot di negeri itu.

tok bali masih lagi menggunakan teknologi lama yang diimport dari thailand untuk mendaratkan
bot bagi tujuan membaik pulih bot seberat 300 tan metrik ke bawah, yang kebanyakannya milik
agensi kerajaan seperti tentera laut diraja malaysia (tldm), agensi penguatkuasa maritim
malaysia (apmm), jabatan perikanan, dan syarikat-syarikat menggerudi minyak di perairan pantai
timur.

ia berupaya menampung antara 10 hingga 15 buah bot bagi satu-satu masa, dengan
mengenakan bayaran antara rm450,000 hingga rm2.5 juta setiap sebuah.

tengku kamarul baharim berkata bot-bot laut dalam milik nelayan tempatan juga turut mendapat
faedah apabila mereka diberi pendaratan khas dengan mengenakan bayaran yang rendah
dibawah projek khidmat sosial.

katanya pelabuhan perikanan itu dijangka berkembang pesat dalam tempoh terdekat apabila
pelbagai agensi kerajaan termasuk jabatan perikanan, polis marin masing-masing akan membina
pejabat di pelabuhan itu dalam rancangan malaysia kesembilan (rmk9).

tambahan pula, katanya jeti termoden lembaga kemajuan ikan malaysia (lkim) akan mula
beroperasi hujung tahun ini.

selain itu, tengku kamarul baharim menyarankan jambatan yang merintangi terusan semerak
sekarang diubah suai dengan meninggikan lagi sekurang-kurangnya 3.5 meter daripada paras
yang ada sekarang untuk membolehkan bot-bot yang lebih besar yang melebihi 500 tan metrik
untuk memasuki terusan itu.

"sehingga ini, bot-bot seberat itu tidak boleh memasukinya kerana bahagian atas akan tersangkut
pada jambatan berkenaan, yang sekaligus memberi peluang yang lebih besar terhadap industri
marin di kawasan itu untuk berkembang lebih maju sehingga mencapai taraf dunia," katanya.

beliau berkata syarikatnya berkemampuan memikul tanggung jawab itu kerana ia mempunyai
lebih 100 orang pekerja mahir dalam pelbagai bidang perkapalan, yang sebahagiannya
merupakan pesara tldm.

katanya syarikatnya juga mempunyai 20 vendor dan 25 kontraktor kecil yang berpengalaman
untuk membantunya mempercepatkan kerja pemulihan pelbagai jenis bot.

Anda mungkin juga menyukai