Anda di halaman 1dari 2

peruntukan tambahan rm3.

5b basmi kemiskinan

oleh nor zainah nordin

bangi 17 april - kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah memohon peruntukan tambahan
rancangan malaysia kesembilan (rmk-9) sebanyak rm3.5 bilion untuk memastikan kemiskinan
tegar dapat dibasmi dalam tempoh yang ditetapkan.

menterinya, tan sri muhammad muhd. taib berkata, kementerian membuat permohonan itu
kepada unit perancang ekonomi (epu) melalui kajian separuh penggal rmk-9 yang akan
dibentangkan pada jun ini.

katanya, tambahan peruntukan itu diperlukan oleh kementerian bagi melaksanakan pendekatan
luar biasa untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh negara.

menurutnya, dengan peruntukan itu, kementerian yakin dapat memastikan kawasan luar bandar
akan dilengkapi dengan kemudahan asas, jalan kampung, bekalan elektrik dan air serta program
perumahan rakyat termiskin (pprt).

"kita ada kurang dua tahun untuk mencapai sasaran. itu satu cabaran yang besar. saya beritahu
perdana menteri, oleh kerana keadaan luar biasa mestilah pendekatannya juga luar biasa.

"kita takut matlamat miskin tegar sifar pada 2010 tidak tercapai. oleh itu kita minta peruntukan
lebih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

beliau ditemui pada lawatan pertamanya sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah ke
beberapa kawasan penduduk miskin dan daif di sekitar pekan bangi.

muhammad berkata, di bawah rmk-9, kementerian diberi peruntukan pembangunan sebanyak


rm11.031 bilion dan sehingga 14 april lalu, sebanyak rm4.2 bilion telah dibelanjakan.

katanya, kerajaan turut menyalurkan peruntukan tahunan sebanyak rm2.5 bilion bagi
pelaksanaan program pembangunan kklw pada tahun ini dan 46.35 peratus atau rm1.2 bilion
telah dibelanjakan setakat 14 april lalu.

ditanya apakah pendekatan luar biasa yang akan dilaksanakan itu, muhammad berkata, ia tidak
boleh didedahkan kerana masih dibincangkan di peringkat kementerian.

kata beliau, secara umumnya, selain projek pembangunan, peruntukan tambahan itu akan
digunakan untuk melatih belia luar bandar dan anak-anak keluarga miskin bagi membolehkan
mereka keluar dari jaringan kemiskinan.

menurutnya, antara program latihan itu ialah memberi kemahiran dan membangunkan hasil
kerajinan tangan, projek ternakan haiwan, pelancongan dan sebagainya.

mengulas program turun padang melawat kampung, muhammad berkata, beliau akan ke
sarawak minggu depan untuk melihat sendiri keadaan penduduk miskin dan kemudahan asas di
pedalaman negeri itu.

katanya, pengalaman itu akan membolehkan beliau berbincang dengan ketua menteri untuk
mencari jalan yang berkesan bagi membina jalan kampung dan memastikan bekalan elektrik dan
air dapat disediakan.

menjawab satu soalan, muhammad berkata, kementerian akan berbincang dengan epu untuk
menyemak semula paras kemiskinan tegar berikutan kenaikan harga barang.
pada masa ini, paras kemiskinan tegar dikira daripada pendapatan isi rumah kurang daripada
rm420 di semenanjung; rm520 di sabah dan rm480 di sarawak.

Anda mungkin juga menyukai