Anda di halaman 1dari 1

pnk perlu bantu golongan nelayan di pulau banggi

kudat 3 april – persatuan nelayan kawasan (pnk) daerah ini digesa supaya memainkan peranan
lebih proaktif dalam membantu masyarakat nelayan di pulau banggi yang rata-ratanya masih
dibelenggu kemiskinan.

ahli dewan undangan negeri (adun) banggi, abd. mijul unaini berkata, hampir 80 peratus
penduduk di pulau itu masih menggunakan cara tradisional menangkap ikan, menjadikan mereka
jauh ketinggalan berbanding nelayan di kawasan lain.

“pnk harus menjadi ejen perubahan sikap dan minda kepada golongan nelayan tradisional di sini
iaitu dengan membantu mereka agar dapat meningkatkan hasil tangkapan.

“kemudahan untuk golongan nelayan pesisir pantai itu adalah bertujuan untuk mengubah mereka
daripada nelayan tradisional kepada nelayan moden,” katanya semasa berucap merasmi
mesyuarat tahunan pnk kudat di dewan rumah rehat di karakit dekat sini semalam.

abd. mijul berkata, dengan adanya peranan pnk, diharapkan nelayan dapat bertukar
menggunakan teknologi dan seterusnya meningkatkan pendapatan serta taraf hidup mereka.

“kerajaan barisan nasional (bn) di peringkat pusat dan negeri telah banyak membantu untuk
meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan
bantuan.

‘‘bagaimanapun masyarakat nelayan tidak merebut peluang dan kemudahan yang disediakan itu
menjadikan masa depan golongan tersebut akan terus terbiar.

kemiskinan tegar

“kita mahu melihat pada tahun 2010 seperti yang disasarkan kerajaan, bahawa kemiskinan tegar
di dun banggi terhapus sama sekali. walaupun begitu, usaha untuk mencapai sifar kemiskinan
tegar itu bukan mudah,” katanya.

berikutan itu, katanya, usaha membantu golongan nelayan memerlukan komitmen berterusan
semua pihak khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam program-program
pembasmian kemiskinan.

beliau turut meminta kementerian pertanian dan industri makanan negeri khususnya jabatan
perikanan supaya menempatkan para pegawai kanannya di pejabat cawangan jabatan itu di
banggi.

“sekurang-kurangnya ada seorang kakitangan yang jawatannya bertaraf pegawai diletak untuk
mengetuai jabatan itu di situ yang pada masa ini hanya diketuai oleh seorang kakitangan
berpangkat juruteknik,” katanya.

katanya, dengan adanya kakitangan bertaraf pegawai sudah tentu dapat membantu usaha-usaha
kerajaan untuk melicinkan lagi tugas-tugas membantu golongan nelayan di kawasan berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai