Anda di halaman 1dari 1

program basmi kemiskinan digabung bawah spkr

kuala lumpur 25 april - kerajaan akan menggabungkan program pembasmian kemiskinan sedia
ada dan program lain untuk dipergiatkan lagi di bawah skim pembangunan kesejahteraan rakyat
(spkr).

program sedia ada yang akan digabungkan itu termasuk program pembangunan rakyat termiskin
(pprt), demikian menurut laporan rancangan malaysia kelapan (rmk-8) di sini pada isnin lalu.

penggabungan ini terkandung dalam rmk-8 yang mensasarkan penurunan paras kemiskinan
pada paras 0.5 peratus menjelang tahun 2005.

spkr akan menangani isu ketermiskinan, kemiskinan am serta kumpulan mudah miskin di
kawasan luar bandar dan bandar.

skim itu yang merangkumi projek ekonomi, sosial dan fizikal melalui pelbagai program di
bawahnya seperti pembangunan bersepadu desa terpencil, program pembangunan insan,
penyediaan makanan seimbang, bantuan perumahan dan amanah saham bumiputera-sejahtera
akan disasarkan ke arah membasmi kemiskinan di kawasan dan kalangan kumpulan yang
mempunyai kadar kemiskinan tinggi.

spkr akan menekankan kepada aspek peningkatan pendapatan isi rumah yang meliputi projek
pertanian komersial secara berkumpulan di bawah dasar pertanian negara ketiga.

untuk meningkatkan harga diri dan sifat berdikari di kalangan rakyat miskin, program
pembangunan insan sedia ada akan diperkukuhkan untuk membantu peserta tidak kembali
menjadi miskin.

bagi membasmi kemiskinan di kalangan kelompok miskin di pusat bandar dan kawasan
pinggiran, kerajaan akan melaksanakan program seperti penyediaan kemudahan asas dan
perumahan serta peluang menjana pendapatan.

pada masa yang sama, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan akan menempatkan
semula setinggan yang ada di seluruh negara.

pendekatan bersepadu sedia ada yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan
badan bukan kerajaan (bbk) akan diteruskan melalui program seperti pembangunan bersepadu
untuk masyarakat bandar, pusat rahmat, projek harapan dan skim khas ibu tunggal.

pelan pembangunan komprehensif masyarakat orang asli akan dirangka di bawah spkr untuk
mengatasi kadar kemiskinan yang tinggi dan meningkatkan kualiti hidup manakala projek sedia
ada di bawah program pembangunan bersepadu desa terpencil akan diteruskan bagi membantu
menangani kemiskinan tinggi di kalangan masyarakat orang asli.

Anda mungkin juga menyukai