Anda di halaman 1dari 1

dari belukar bertukar bandaraya metropolis

written by zakie
friday, 06 july 2007

salah satu tempat pembangunan wpitidak langsung terlintas difikiran sesiapapun, tanah belukar
yang dahulunya langsung tidak berharga dan hanya dipenuhi hutan bakau, mampu berubah
menjadi sebuah bandar air terbesar di asia tenggara.

begitu jugalah yang berlaku kepada tanah sawit dan hutan rimba yang berkeluasan 24,000 hektar
dan hanya bernilai sekitar rm1 sekaki persegi, tiba-tiba dalam sekelip mata sahaja mendadak
naik hingga rm39 sekaki persegi.

semua itu berpunca dari projek wilayah pembangunan iskandar (wpi). sebuah bandar yang
pernah diilhamkan oleh tun dr. mahathir dan kini cuba direalisasikan oleh perdana menteri, datuk
seri abdullah ahmad badawi, dengan kerjasama kerajaan negeri johor.

bukan itu sahaja, malah kesan kemanisan pembangunan bandar yang diilhamkan daripada
kejayaan beberapa bandar terkemuka di dunia seperti dubai, london, shanghai dan lain-lain lagi
itu juga turut dikecapi oleh mereka yang tinggal di persekitarannya.

walaupun pelaksanaan pembangunan wilayah pembangunan iskandar itu baru bermula dan kini
hanya baru memasuki fasa pertama, namun harga tanah penduduk sekitar dengan projek yang
berkeluasan 48,000 kaki persegi itu juga kini turut meningkat secara mendadak sehingga
mencecah hampir rm40 sekaki persegi.

bukan setakat harga jualan tanah sahaja meningkat, tetapi projek mega bertaraf dunia tersebut
juga turut memberikan kesan ekonomi yang baik kepada rakyat johor terutamanya penduduk
sekitar.

jika dilihat kepada pembangunan teluk danga atau lebih dikenali sebagai danga bay iaitu salah
sebuah pusat pelancongan dan rekreasi yang berkonsepkan waterfront yang sudah pastinya
menjanjikan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan.

bayangkanlah, kawasan yang berkeluasan 24,000 kaki persegi dan baru mencapai tahap
pembinaan 300 ekar itu telah berjaya menarik pelancong asing dan juga tempatan sehingga
mencecah 25.6 juga pengunjung pada tahun 2004.

begitu juga dengan rancangan pembangunan nusajaya. sebuah bandar yang dikatakan akan
menjadi zon utama untuk menarik pelabur luar untuk datang ke wpi. ini kerana, konsep
pembangunan terancang yang cuba diterapkan oleh kerajaan melalui bandaraya serba lengkap
itu ternyata berjaya.

berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas sekali bahawa pembangunan wpi mampu menjana
pertumbuhan ekonomi penduduk sekitarnya serta negara.selain itu ia juga berjaya
memartabatkan lagi nama malaysia di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai