Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBELI CINCIN TUNANG

Selepas panduan langkah awal untuk menjadi suami tempohari,hari ni aku nak menulis mengenai bagaimana hendak membeli barangan kemas untuk si dia yang tersayang yakni isteri/awek anda atau perempuan simpanan anda.Sebagai seorang lelaki yang normal,besar kemungkinan kali pertama anda masuk ke kedai emas adalah ketika anda ingin membeli cincin tunang atau cincin risik.Aku pun sama.Masa aku pegi survey memang haram jadah apa pun aku tak tahu.916,835,apa benda semua tu?

Panduan Untuk Membeli Cincin 1. Tips paling penting yang aku belajar!Ambil tahu naik turun harga emas.Yang ni aku pun tak sure nak rujuk mana tapi tanya aje lah mana2 kedai emas 1 gram emas sekarang berapa.Sekarang ni harga emas RM142 1 gram.Bulan 6 hari tu harga emas lebih kurang Rm125.Ada pasang surut dia. 2. Jangan pegi kedai yang ada brand macam Habib,Poh Kong atau T-Zed.Aku dah survey dan kebanyakan dia harga agak mahal (aku tak tau macam mana boleh mahal kalau harga dah standardized sepatutnya,mungkin upah nak bentukkan cincin tu mahal kot?) tapi memang lain.Jika anda ingin membeli cincin,lebih baik anda pergi ke kawasan2 terpencil dan jauh dari pembangunan.Macam aku,aku pegi beli kat Banting.Haha!Nama kedai emas aku pegi?Kedai Emas Tai Yick!Haram tak glemer tapi choice lagi banyak dari Poh Kong. 3. Ada 2 jenis emas.Satu yellow gold,satu lagi white gold.Kalau ikut trend,white gold mmg lagi lawa TAPI white gold takde second hand value.Kalau tiba-tiba terdesak nak pakai duit masa2 depan,yellow gold menjamin harga yang lebih tinggi.Berapa?Aku tak tau.Harga pulak yellow gold lagi mahal seratus dua. 4. Bila nak beli white gold,tengok kat cincin,ada 3 nombor.525 ke 725 ke 455 ke (aku tak sure nombor dia) dan apa guna nombor tu?Nombor tu menunjukkan percentage berapa percent emas yang terkandung dalam cincin tu.Untuk white gold,kita ambik contoh 725 nombor dia,maksudnya cincin tu dibuat oleh 72.5% white gold dan 27.5% lagi adalah stainless steel.Lagi tinggi percentage,lagi mahal harga.Harga cincin white gold bermula daripada Rm300 (yang aku usha) untuk gred 425 (paling cikai) 5. Untuk yellow gold,yang aku usha ada dua jenis,835 dan 916. Cincin 835 biasanya diletakkan diamond beberapa butir dan mengikut kata kedai2,cincin 916 ni tak sesuai untuk letak batu berlian ni sebab susah nak dibentuk (lagi tulen) jadi biasanya cincin 835 ni dijadikan cincin tunang/kahwin sebab ada berlian dan perempuan sangat suka berlian kerana berlian adalah teman sejati mereka,bukan kaum lelaki.Ingat tu! 6. Bercerita pasal berlian ni,ada 2 jenis berlian.Satu adalah berlian asli dari bumi dan satu lagi adalah berlian man-made yang dipanggil "zirkon." Kedai mesti asingkan punya dua jenis ni.Berlian asal JAUH lagi mahal berbanding zirkon tapi kelebihan zirkon adalah batu pada cincin anda akan jauh lagi

besar berbanding berlian sebenar.Jadi,pilihlah sendiri.Nak bergaya,pilih zirkon,nak yang asli,ambik berlian betul.Design cincin zirkon jauh lebih best la sebab batu dia besar2 dan cincin dengan berlian betul ni batu dia kebiasaannya batu2 dia kecik2 je,sebab kalau nak dapat batu besar2,lelaki itu perlulah bekerja siang malam tanpa henti selama setahun.Harga memang banyak beza,cincin zirkon ni banyak murah2 je,Rm300,Rm400 lebih.Yang berlian betul?Rm500 ke atas untuk berlian sebesar habuk. 7. Yang paling penting!Kedai-kedai penjual emas ni ada persatuan dan majoriti daerah di Malaysia,kedai-kedai emas meyertai persatuan tersebut.Masalahnya,bila diorang ni join union tu,harga emas adalah standard.Cuba tanya pakar2 emas keluarga anda atau makcik2 yang bergelang penuh yang selalunya kelihatan sewaktu kenduri kat mana nak beli emas murah.Sebab benefit dia terlalu besar. Katakanlah...harga tempat lain Rm142 dan harga di daerah yang tak join union ni biasanya murah Rm15-Rm20 satu gram emas.Jadi,kalau anda beli cincin 9 gram berharga RM1278 di KL,harga di tempat yang tak join union hanyalah Rm1098.Murah dekat Rm200. Contoh yang aku boleh bagi,Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Harga emas kat tempat lain sekarang Rm142,kat Kuala Pilah harga emas sama 1 gram Rm102.Murah Rm40 1 gram.8 gram dah RM320.Ye,Kuala Pilah adalah daerah yang tak join union yang aku tau. ............... Orait,dah paham serba sikit pasal membeli emas,kita ke langkah seterusnya iaitu memujuk awek/tunang/isteri anda supaya tak demand dan mintak ikut kemampuan anda.Langkah yang perlu anda lalui adalah : 1. Tanya dia,suka emas putih ke emas kuning.Terpulang lah kepada permintaan dia. 2. Nak berlian ke nak zirkon?Lelaki mengharapkan perempuan memilih zirkon,perempuan biasanya step ni buat2 macam tak kisah mana satu tapi sebenarnya dia nak berlian betul yang paling besar anda mampu.Jadi lelaki kena step up la sket kan?Beli la berlian asli! 3. Mintak contoh cincin untuk buat ukuran masa nak beli.Jangan mengada-ngada nak ukur pakai jari anda sendiri jika dia bukan muhrim anda. 4. Tanya dia,"Kalau I beli kat kedai takde nama U ok ke?" Kalau dia kata nak kedai branded,silalah apply kad kredit sekeping dua.Kalau dia kata "mana yang abang mampu" kahwin aje la cepat2,jangan carik lain. 5. Bila semua dah OK,silalah ke kedai emas pilihan anda dan survey dulu.Tanya kedai tu satu gram berapa,ada diskaun ke tak....ayat2 biasalah. Tips-Tips Ketika Membeli 1. Aku jenis tak peduli pakai apa jadi selalunya aku ke mana-mana dengan jeans dan t-shirt bundle 5 ringgit.Bila aku pegi round-round hari tu,banyak kedai pandang slack bila aku masuk carik cincin kahwin.Jadi,bila aku nak survey balik lepas tu,aku pegi kedai emas pakai KOT.Serius layanan punya aa baik sampai semua salesgirl datang tunjuk kat aku macam-macam.INGAT!Bila nak survey,pakai kot! Dia bawak aku round satu kedai tunjuk semua collection yang dia ada,rantai,gelang,cincin....3 orang salesgirl layan aku.Mungkin diorang terpesona dengan karisma aku yang berkot dalam shopping

kompleks. 2. Buat2 macam pakar.Aku rasa apa yang aku tulis kat sini dah cukup untuk sekurang-kurangnya anda dapat bergaya poyo sikit semasa membeli dan sekurang-kurangnya tidaklah kelihatan seperti rusa masuk kampung. 3. Bila nak pegi beli,PERGI SENDIRI takpun ajak family anda.JANGAN AJAK SI DIA SEKALI! Sebab bila anda ajak si dia sekali,besar kemungkinan apa yang anda pilih AMAT TIDAK SESUAI untuk si dia.Bayangkan,anda tunjuk satu cincin yang anda rasa cantik pada anda dan sesuai la dengan bajet anda,kemudian anda tengok muka si dia dok muncung semacam sambil mata dok menjelingjeling cincin lain di rak sebelah yang anda cuba elakkan.Kalau tak nak ada pressure masa membeli,PEGI SENDIRI,JANGAN AJAK DIA SEKALI.Ni hadiah daripada anda,anda pilih,sama ada dia suka atau tak,tanggungjawab anda adalah buat yang terbaik ikut kemampuan anda. 4. Kalau anda rasa tak sure cincin mana satu yang lagi menarik,suruh salesgirl tu pakai dan gayakan depan anda.Aku mintak salesgirl sorang ni gayakan cincin2 yang aku tengah pilih,dia punya gaya,mak aii,macam model.Siap boleh bermain-main mata lagi.Nasib baik aku tak terkam. Bila dah dapat sebentuk cincin yang anda rasa sesuai pada si dia dan anda gembira tengok dia pakai,belilah,jangan banyak soal.Pesanan aku,beli lah mana yang anda mampu.Dalam bab ni,jangan ikut sangat kemahuan kaum perempuan.Kalau anda tak mampu dan awek/tunang anda demand jugak nak yang dia berkenan,suruh dia kahwin dengan Perdana Menteri. http://cursingmalay.blogspot.com/2009/12/panduan-dan-langkah-langkah-untuk.html

Anda mungkin juga menyukai