Anda di halaman 1dari 9

Laporan #2: Kesilapan No. 1 Pelabur Silver Fizikal di Malaysia Copyright RahsiaLaburSilver.

com

Laporan #2: Kesilapan No. 1 Pelabur Silver Fizikal di Malaysia Copyright RahsiaLaburSilver.com

Assalamualaikum & salam ceria semua! Saya nak ucapkan TAHNIAH Kepada anda semua kerana memuat turun dokumen ini!

Haiiii.... download pdf file pun dapat tahniah? Macam nak bodek je...?! Bukan mengipas, tapi kenyataan saya ini BERNAS. TAHNIAH saya ucapkan kerana anda termasuk dalam golongan MENCARI ILMU SILVER. Anda mungkin: 1. Ada keinginan untuk menimba ilmu tentang pelaburan silver iaitu PELABURAN PALING HEBAT DEKAD INI! 2. Sudah ada simpanan EMAS dan mahu tahu lebih lanjut tentang pelaburan silver sebagai PELENGKAP portfolio pelaburan 'precious metal'. 3. Sudah ada kesedaran untuk menyimpan SILVER dan mahu terus menambah ilmu supaya dapat menjadi pelabur SILVER berjaya.

Laporan #2: Kesilapan No. 1 Pelabur Silver Fizikal di Malaysia Copyright RahsiaLaburSilver.com

PENDAHULUAN Setelah hampir 2 tahun saya mengkaji, menjalankan pemerhatian dan membuat pelaburan silver, saya ingin mula memberi kesedaran meluas terhadap pentingnya membuat simpanan silver. Saya sudah lama berkongsi di group-group facebook tentang silver. Ini adalah salah satu contoh perkongsian saya baru-baru ini:

Malangnya perkongsian saya ini tidak mendapat capaian ramai orang. Tak ramai orang yang baca sebab tak ramai yang kenal saya. Saya sibuk buat kajian bersendirian dan hanya kongsi sekali-sekala sahaja di FB. Sebabnya? Pada mulanya saya takut nak mengelirukan kawan-kawan FB dengan post tentang silver. Ramai orang sekarang ni rancak menyimpan emas, ditambah dengan teknik lipat ganda mereka, silver macam dipinggirkan. Kalau nak Teknik lipat ganda silver, saya pun ada teknik sendiri. Teknik yang saya guna sekarang ni tidak menggunakan khidmat Ar Rahnu, MLM atau Skim cepat kaya.... jadi dealer pun tak payah sebab saya pun bukan dealer. Tapi apa guna saya kongsi teknik-teknik intermediate ni kalau ramai dari kalangan kita yang tak tahu teknik asas pembelian silver bullion? Saya tak mahu pengetahuan dari kajian ratusan jam tentang silver membazir begitu sahaja. Saya mahu dokumen ini sebagai dokumen permulaan perkongsian saya supaya lebih ramai orang sedar akan POTENSI silver dan cara MEMAKSIMAKAN pelaburan silver.

Laporan #2: Kesilapan No. 1 Pelabur Silver Fizikal di Malaysia Copyright RahsiaLaburSilver.com

Pelaburan silver meningkat lebih 100% 2010 - 2011

Saya memilih pelaburan silver kerana: 1. Silver ialah pelaburan kukuh 2. Silver sekarang berada di dalam bull market yang akan berlanjutan antara 3 ke 10 tahun lagi. 3. Pelaburan Silver SANGAT murah untuk dimulakan, TAK PERLU BERHUTANG untuk mulakan pelaburan. 4. Keuntungan jangka panjang dari pelaburan silver boleh ditukarkan kepada aset kekal contohnya membeli hartanah secara TUNAI. Tapi saya lihat kesedaran menyimpan dalam bentuk silver bullion belum lagi tinggi. Dalam pemerhatian saya juga, majoriti yang sudah ada kesedaran membeli silver tidak melakukan kajian terperinci terlebih terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan.

Laporan #2: Kesilapan No. 1 Pelabur Silver Fizikal di Malaysia Copyright RahsiaLaburSilver.com

Walaupun saya fokus kepada silver, bukanlah bermakna saya ini anti-emas. Jauh sekali dari tu! Oleh kerana emas adalah Abang Long kepada silver, kedua-duanya mesti bersama. Bayangkan begini: Emas ni abang kepada silver. Abang yang sangat baik sebab dia pimpin silver sama ada jatuh atau bangun. Bila emas maju kehadapan dia akan tarik silver bersama. Tapi emas dah dewasa, jadi kalau dia jalan 10 meter, hanya perlu 5-6 langkah. Silver ni budak lagi, jadi dia perlu 20 langkah untuk sampai. Kalau boleh paham analogi di atas, kita boleh nampak kenapa kenaikan dan penurunan silver jauh lebih laju dari emas.

Laporan #2: Kesilapan No. 1 Pelabur Silver Fizikal di Malaysia Copyright RahsiaLaburSilver.com

Saya lihat Kesilapan #1 Pelabur Fizikal Silver di Malaysia ialah :

TIADA KAEDAH SISTEMATIK MEMBELI SILVER FIZIKAL DENGAN HARGA TERENDAH.


Pernah tak terjadi pada anda semua? Anda membeli silver bullion, : 1. Sebab dengar cakap orang lain 2. Hanya kerana rupanya cantik. 3. Seminggu selepas membeli, HARGA SILVER TURUN 30%! Dengan ikhlas, saya sendiri telah membuat kesemua kesilapan di atas!

1. Pada mulanya, saya pun hanya mengikut cakap orang jika hendak buat pelaburan. Tak pernah nak cari sumber-sumber sah tentang pelaburan silver. Nak dengar pun kena pilih orang, bro! Yang ada berkepentingan memang ramai, sikit sangat yang beritahu pasal risiko pelaburan silver. Walaupun saya YAKIN pelaburan silver ini HEBAT, tetapi saya selalu berbincang dengan rakan-rakan saya tentang 'pro & cons' memulakan pelaburan silver. Saya sendiri cukup tak suka kalau dengar orang cerita pasal buat duit / pelaburan ni, cerita yang best-best je. Jarang sangat ada orang yang bagi amaran dan nasihat kepada kita tentang risiko dan cabaran yang kita perlu hadapi dalam pelaburan tersebut.

Laporan #2: Kesilapan No. 1 Pelabur Silver Fizikal di Malaysia Copyright RahsiaLaburSilver.com

2. Ada kawan saya beli silver bullion Brand X yang cun melecun ni. Dah la cun, limited edition pulak tu. Tapi tersangatlah MAHAL kalau nak dibandingkan dengan jenama biasa. Hobi mengumpul Silver bullion 'numismatic' untuk koleksi peribadi atau 'collectors item' memang satu hobi yang memberi kepuasan jika anda faham seninya. Tetapi kalau anda mahu MEMAKSIMAKAN pelaburan silver anda, saya akan tunjuk pertimbangan asas yang perlu diambil kira sebelum membeli silver untuk PELABURAN / SIMPANAN.

Laporan #2: Kesilapan No. 1 Pelabur Silver Fizikal di Malaysia Copyright RahsiaLaburSilver.com

3. Ramai kawan-kawan yang mengeluh apabila membeli silver bullion pada akhir April 2011. Mana taknya, harga silver merundum jatuh dari USD48 ke USD34 dalam tempoh tak sampai SEMINGGU!

Sebenarnya tiada apa yang perlu dikesalkan, yang paling penting anda sudah mula menyimpan silver. Jangan rasa 'tertipu'. Harga silver bakal melonjak lagi. Walaupun begitu, mahukah anda tahu timing terbaik untuk membeli silver? Mahukah anda masuk dalam golongan pelabur bijak yang bukan sahaja tahu bila nak membeli, tetapi anda juga tahu BILA UNTUK TIDAK MEMBELI. Saya akan kongsi teknik MUDAH tapi POWER ini!

Laporan #2: Kesilapan No. 1 Pelabur Silver Fizikal di Malaysia Copyright RahsiaLaburSilver.com

Banyak masa dan wang telah dibazirkan kerana saya tidak ada asas pelaburan silver yang baik. Tapi saya anggap kesilapan-kesilapan sebagai pengajaran. Saya tak mahu mengulangi lagi dan saya AKAN kongsi kesemua pengajaran dengan anda semua supaya anda boleh bermula dengan langkah betul. Oleh yang demikian, saya telah membuat banyak kajian supaya saya lebih peka kepada trend pembelian silver fizikal di Malaysia. Bagi saya, saya perlu tahu bila, di mana, bentuk silver dan harga yang paling sesuai dibeli untuk MEMAKSIMAKAN potensi simpanan silver. Di dalam laporan seterusnya, saya akan tunjuk bagaimana menentukan timing dan harga pembelian terbaik silver bullion. Saya harap anda anda memanfaatkan laporan ini dan mula buat pembacaan tentang peluang dan potensi pelaburan silver. Kalau anda masih belum join group perbincangan tentang silver, JOM join sekarang! Kami di Dekad Silver perlukan buah fikiran anda untuk memantapkan komuniti kami.

Ikram Adi
(Rakan Silver Anda)
P.S. Sementara menunggu laporan tersebut, saya nak mintak tolong anda add saya, Ikram Adi sebagai kawan Facebok di http://www.facebook.com/ikram.adi Terima kasih.

AKAN DATANG....22 SEPTEMBER 2011 (12 Tengahari) >>www.RahsiaLaburSilver.com<<

Anda mungkin juga menyukai