Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KADET POLIS SMK TANSAU, PENAMPANG

1.

Pendahuluan

Kadet Polis SMK Tansau, Penampang telah ditubuhkan pada tahun 2001. Dengan penubuhan ini, pihak sekolah berharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang sanggup berkhidmat untuk agama, bangsa dan Negara. Namun, faktor penempatan sekolah yang masih menumpang bangunan sekolah SK Kg. Contoh, Petagas menyebabkan pasukan ini tidak dapat bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan. Oleh itu, selepas SMK Tansau, Penampang berpindah ke bangunan tetap, Pasukan Kadet Polis telah cuba diaktifkan semula. Untuk memenuhi keperluan itu, para pelajar perlu mempunyai kelengkapan lengkap bagi menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Oleh, itu, bantuan kewangan amatlah diperlukan. 2. Objektif 2.1 Memastikan pelajar yang terlibat dalam pasukan Kadet Polis dapat mamakai peralatan lengkap yang diwajibkan 2.2 Memupuk semangat cintakan tanah air 2.3 Melahirkan pelajar-pelajar yang bersemangat wajadan sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara 2.4 Menjalin hubungan yang erat dikalangan pelajar pelbagai kaum Aktiviti 3.1 Menyertai acara perkhemahan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan 3.2 Menyertai latihan menembak 3.3 Menyertai pertandingan kawad kaki 3.4 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sekolah yang memerlukan bantuan ahli Kadet Polis Jawatankuasa Penaung Penasihat Penyelaras Pen. Penyelaras Pen. Penyelaras Dr. Winny Bosi -Pengetua Encik Sairin Saidin -PK Kokum Ustaz Rushdy Mohd. Yaakub Puan Hazizi Suzana Abd. Aziz Pn. Lee Shui Ching

3.

4.

HSAA/04

5.

Harga Kelengkapan Bagi Seorang Pelajar Untuk 33 orang ahli Kadet Polis Uniform Kadet Polis RM95 Beret RM14 Collar Badge RM12 Tali Pinggang RM15 Tali Wisel RM 4.50 Wisel RM 6 Stoking RM 3 Kasut RM35 Jumlah RM

6.

Penutup Adalah diharapkan dengan bantuan kewangan yang dihulurkan akan membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan mampu menanam nilai-nilai positif dikalangan para pelajar SMK Tansau, Penampang. Sesungguhnya usaha ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan dari semua pihak yang terlibat. Semoga segala usaha gigih yang dicurahkan dalam merealisasikan aktiviti yang dirancangkan ini tidak akan sia-sia, malah membawa manfaat dan kecemerlangan kepada pasukan Kadet Polis SMK Tansau, Penampang.

Sk : 1. Pengetua, SMK Tansau, Penampang. U/P: Dr. Winny Bosi 2. Penolong Kanan Ko-Kurikulum, SMK Tansau, Penampang. U/P: Encik Sairin Saidin 3. Fail Timbul

HSAA/04

Ruj. Tuan: Tarikh: 16 Februari 2004 Kepada: Melalui: Pengetua, SMK Tansau, Penampang Tuan, MEMOHON BANTUAN KEWANGAN UNTUK KELENGKAPAN KADET POLIS Perkara tersebut adalah dirujuk. 2. Pasukan Kadet Polis SMK Tansau ingin memohon bantuan kewangan bagi tujuan membeli kelengkapan pasukan ini. Pasukan kami perlu mempunyai kelengkapan yang lengkap bagi membolehkan kami mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan. Namun, memandangkan pelajar yang menyertai pasukan ini adalah terdiri dari pelajar yang mempunyai latar belakang yang kurang berkemampuan, kami terpaksa memohon bantuan kewangan dari pihak tuan. 3. Sebarang sumbangan yang dihulurkan oleh pihak tuan amatlah kami hargai. Bersama-sama ini, kami sertakan kertas kerja yang berkaitan sebagai rujukan untuk pihak tuan. Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang Menurut Perintah,
HSAA/04

(MOHD. RUSHDY BIN YAAKUB) Penyelaras, Kadet Polis, SMK Tansau, Penampang

HSAA/04

Anda mungkin juga menyukai