Anda di halaman 1dari 9

PANTUN ENAM KERAT Md Ali Bachik (ILADAM), Penyelenggara

Putik kelapa menjadi muda, Kelapa muda jadi kemirau, Sudah kemirau menjadi kotai; Hati luka pura tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong, Galah pendek buluh sumpitan, Buluh bersisip tali jerami; Bukan salah ibu mengandung, Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini.

Sarat termuat ikan cencaru, Gelama tidak berumpan lagi, Kail tersangkut di tepi batang; Sudah dapat orang yang baru, Yang lama tidak berkenan lagi, Ibarat melukut di tepi gantang.

Khazanah Puisi Klasik Melayu,2003 ILADAM dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

PANTUN LAPAN KERAT Harun Mat Piah ( Penyelenggara)

Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, Di tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; Biarlah sabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang Berjaya.

Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka kelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat,

Bahasa ibunda hina terbiar. SYAIR MAKNA RIAK Mohd Yusof Md Nor & Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)

Kemudian dinyatkan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan berpakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah dibahu bersampaian, Tasbih di tangan berulitan.

Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak.

Puisi Melayu Tradisi, 1993 Oxford Fajar Sdn. Bhd

SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI Mohd Yusof Md Nor & Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)

Laksana dititahkan Betara, Ke negeri Patani berjalan segera, Mendapat cogan Raja Senggora, Akan menerima hukum dan dera.

Barang yang hendak dihukumkan, Sekalian tidak boleh disalahkan, Kesalahan pinta dimaafkan, Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

Setelah dmikian titah Betara, Laksana tiada Betara dura, Kerana negeri hendak dipelihara, Kelak menjadi huru hara.

Bonda Duli Mahkota Indera, Pada laksana emak saudara, Sakit terlantar hampir bermara, Meninggalkan dia tiada terkira.

Daripada kerja terlalu berat, Ke atas negeri hendak mudarat, Jadilah dititahkan duli hadirat, Bimbang dan masygul disuruh kerat.

Tiadalah lagi terkata-kata, Sudah dengan titah Sang Nata, Diputuskan hati yang bercinta, Kepada Allah diserah semata.

Niat laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri, Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri.

Berjalan ia berhati hampa, Bonda yang sakit tiada dilupa, Kerana sakit berat menimpa, Yakin hatinya tiada berjumpa.

Daripada sudah demikian peril, Keberatan tertanggung di atas negeri, Yang sakit itu seorang diri, Bala yang datang meliput negeri.

Jadilah dititahkan Seri Betara, Tiadalah lagi berkira-kira, Berjalan pergi bersegera-segera, Mendapat cogan Raja Senggora.

Puisi Melayu Tradisi, 1993

Oxford Fajar Sdn Bhd GURINDAM TONGGAK DUA BELAS Mohd Sidek Mohd Dollah ( Mas Adeki) Penyelenggara.

Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja akan keupayaan.

Wajah ceria berseronok bekerja, Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekeuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajiban menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutamakan,

Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif.

Seuntai Kasih Secebis Harapan, 2007 Akam Print.

SELOKA SI LUNCAI Md Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara)

Sikap Si Luncai, biarkanbiarkan Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak diselidik, Ada pelajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada mengkaji, Ada mata tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkanbiarkan! Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003 ILADAM dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Anda mungkin juga menyukai