Anda di halaman 1dari 24

MURID DAN ALAM BELAJAR

BERMAIN
Presented by: Nurul Fatihah Binti Abd Hamid Mohd Ridzwan Bin Che Harun

DEFINISI:

Main

mempunyai unsur kesukarelaan, motivasi intrinsik, melibatkan penglibatan ahli dan pergerakan fizikal yang aktif serta mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi (Pellegrini, 1995)

KONSEP DAN CIRI-CIRI BERMAIN

MAIN HANYA MENJADI BERMAKNA JIKA :


Merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan dengan semata-mata kepuasan Dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta Membawa keseronokan Mengandungi unsur khayalan Aktiviti fizikal atau psikologikal atau keduanduanya sekali

KEPENTINGAN BERMAIN

Menurut Piaget (1962), kanak-kanak bermain kerana :

Meluahkan idea, perasaan dan emosi Tenang dan beriadah Menggunakan tenaga yang berlebihan Menyediakan diri untuk tahap perkembangan seterusnya termasuk alam dewasa

Belajar menyelesaikan masalah yang pelbagai (kognitif, manipulatif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelek Melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain : kognitif, psikomotor dan sosial Membudayakan proses pembelajaran Pembentukan jati diri, ketrampilan diri dan nilai murni

KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN FIZIKAL: Menggerakkan psikomotor Meningkatkan kemahiran fizikal berlari, melompat, memanjat Meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria bau, sentuh Meningkatkan kemahiran manipulatif mencantum, melukis, menampal Meningkatkan kemahiran mengimbang renang, kawal pernafasan

KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI:


Belajar berinteraksi secara positif Belajar menghormati hak orang lain Menghargai alam sekitar Menghormati nilai budaya

KEPENTINGAN BERMAIN BAGI PERKEMBANGAN KOGNITIF:


Mendengar Berbahasa Membaca Berbincang Berlakon

SECARA RINGKAS, KEPENTINGAN BERMAIN ADALAH :


Belajar konsep Meningkatkan keupayaan kognitif Memupuk pemikiran inovatif, kritis dan kreatif Memenuhi perasaan ingin tahu melalui penerokaan Membantu dalam menyelesaikan masalah Membina kemahiran sosial

Memahami dunia sekeliling Mempelajari bahasa Membantu murid mengatasi perasaan bimbang dan tertekan Membina kemahiran kendiri yang positif Memupuk sikap tanggungjawab Mempelajari peranan orang dewasa

KATEGORI MAIN

PERMAINAN SOSIAL

Permainan Sosial: Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan

Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat

JENIS-JENIS PERMAINAN SOSIAL


Main Unoccupied tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya berada dalam kawasan permainan Main Solitary bermain seorang diri tanpa menghirau orang lain Main Onlooker memerhati rakan-rakan bermain

Main Parallel bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri Main Associative bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan Main Cooperative bermain dan bekerjasama dalam kumpulan

PERMAINAN KOGNITIF

Piaget(1962) telah mengemukakan tiga peringkat dan kategori main iaitu ; - Main latihan(practice play) melibatkan deria motor dan penerokaan berasaskan aktiviti fizikal . Usia 6 bulan hingga 2 tahun. - Main simbolik (symbolic play) termasuk fantasi, sosiodrama,main olok olok yang melibatkan penggunaan perwakilan mental . Apabila main melibatkan penggunaan pemikiran , ia dianggap aktiviti intelek . Usia 2 tahun hingga 6 tahun . - Main yang melibatkan aplikasi peraturan . Usia 7 tahun dan seterusnya

Main simbolik - menggunakan imaginasi dan main peranan - gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar - belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya

Main berfungsi - melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk - menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bola - mempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan

Main konstruktif - melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia - guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti - alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli ttp. Untuk membina sesuatu yang lain

Main berperaturan - permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan - peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama - peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah - memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi spt. mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, berkompromi dsb.

SOALAN PENGUKUHAN
1.Terangkan secara ringkas tentang konsep main yang anda fahami. 2.Terangkan jenis-jenis Main serta contoh permainan yang dikategorikan dibawahnya. 3. Jelaskan kepentigan main kepada perkembangan fizikal Kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai