Anda di halaman 1dari 2

Macam Mana Nak Tahu AP Set ?

Bila nak beli sesuatu gadget, tablet, PC atau apa sahaja, kita mesti nak produk itu original kan bukanya AP set. Macam mana pula kita nak tahu sesuatu produk itu original atau AP set?.

Daripada pengelaman saya, kalau nak tahu produk itu original atau AP set kita boleh rujuk pada waranty. Kebiasaanya original set mempunyai waranty secara online sama ada selama setahun,dua tahun atau tiga tahun. Kalau korang tanya pekerja kedai dia mesti cakap set original, set barulah dan macam-macam lagi.

Mengenai AP Set, kalau kita nak detect AP set ni mudah sahaja sebagai contohnya Original Canon punya product warranty nya dari Canon Malaysia namun AP Set pula berlainan sikit..

Kalau ada problem, lu datang kedai mali la

Haha begitulah jawapan yang dia bagi, betul juga..maksudnya warranty dari kedai jer. Buat masa ni itu jer la cara nak detect AP Set. Kalau tak paksa beli takpela juga kan. Kan sayang kalau kita labur beribu-ribu ringgit tapi dapat AP set bukannya original set. AP set juga kebanyakan mempunyai waranty setahun tapi waranty kedai je, nanti bila ada problem kita hantar dia akan bagi macam-macam alasan percayalah. Kalau nak tahu kebanyakkan AP set adalah dari China.

Selain itu kalau nak tahu original dan AP set ini kita boleh lihat pada sticker di dalam sesuatu produk namun saya tidak mempercayai cara ini 100% kerana sticker ini boleh buat bukan seperti register online untuk original set. Sebelum ini saya

pengguna tegar produk Asus sebelum bertukar kepada Mac, Asus punya standard waranty adalah dua tahun. Setakat itu perkongsian saya tentang macam mana nak tahu AP set, korang pula macam mana? kongsikanlah bersama. Lebih banyak artikel menarik di sini http://lawrencevision.com/

Anda mungkin juga menyukai