Anda di halaman 1dari 2

Nahim Enterprise Lot 1091 Kg. Tapang, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan.

Pengarah, Pertubuhan Keselamatan Sosial Wisma PERKESO, Pt304-307 Seksyen 22, Jalan Kota Darulnaim, 15538 Kota Bharu, Kelantan. 23 OGOS 2011

Tuan, MEMOHON MAAF DIATAS KELEWATAN MEMBAYAR TUNGGAKAN CARUMAN TAHUN 2007, 2008 DAN 2009.

Merujuk kepada perkara yang tersebut diatas, saya selaku pengurus syarikat Nahim Enterprise ingin memohon maaf kepada pihak tuan diatas kelewatan pihak saya untuk membuat bayaran caruman pada tahun 2007,2008 dan 2009.

2. Bagi makluman pihak tuan,sebelum ini syarikat saya mempunyai masalah kewangan. Hal ini demikian kerana barangan yang dihasilkan oleh syarikat saya kurang mendapat sambutan dan ini telah menyebabkan syarikat saya kurang mendapat tempahan dari pelanggan.

3. Selain itu, sebelum ini pihak saya juga tidak jelas mengenai prosedur dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PERKESO.Tambahan lagi saya tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menguruskan hal-hal syarikat seperti PERKESO memandangkan saya tidak mempunyai pembantu bagi membantu saya.

4. Disini, saya kepilkan bersama cek yang bertarikh pada 28 Ogos 2011, bernilai RM2152.30 melalui Bank Muamalat bagi bayaran caruman tersebut.

5. Atas kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih. Sekian,terima kasih.

Yang benar,

______________________ IBRAHIM BIN HUSSIN PENGURUS (NAHIM ENTERPRISE.)

Anda mungkin juga menyukai