Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG KUCHING SARAWAK Soalan 2: Membina boneka dan seterusnya mengadakan

persembahan dengan menggunakan boneka yang dihasilkan berdasarkan skrip yang dibuat sendiri yang ada kaitan dengan boneka. Skrip persembahan boneka Tajuk: Opersai Plan Penghulu Derahman Watak: 1.Penghulu Derahman 2.En Ghazali 3.En Baharom 4.Imam Salim Cerita ini mengisahkan Seorang Penghulu iaitu Penghulu Derahman dan pengikutnya Ketau Kampung,En.Gazali, Pengerusi JKK Kampung En.Baharom dan Imam Salim beserta bala tenteranya ingin menentang dan menyahkan sebuah kumpulan samseng iaitu Sharip And The Gengs yang diketuai Sharip dan anggotanya yang telah membuat pelbagai onak dan duri di Kampung Sekangkang Kera itu. Dengan itu Penghulu Derahman dan AJK Kampung yang setia pada tugas dan patuh pada perintah agama bermesyuarat untuk menggulingkan Sharip yang telah merampas tampuk pemerintahan dari Penghulu Derahman. Ikuti sesi mesyuarat yang dramatik ini..

Penghulu Derahman

:Terima kasih atas kesudian rakan-rakan saya yang berkaliber kerana sudi hadir ke mesyuarat sulit ini. Saya memanggil tuan sekalian melalui surat panggilan bertarikh 20 zulkaedah dan salinan kepada YB Alin Bin Abu adalah ingin memberitahu bahawa saya dengan rasa amarah dan kerakusan saya ini menyeru rakan-rakan sepejuangan sekalian menentang dan menyahkan Sharip And The Gengs dari muka bumi ini.

En.Ghazali :Benar Penghulu, saya selama ini memang menunggu masa dan tika sahaja dan inilah masanya.Sharip dan pengikutnya telah merampas tampuk pemerintahan kita.

En Baharom:Ya.Sharip dan konco-konconya telah bayak membuat onak dan duri di Kampung Sekangkang Kera ini. Ramai orang dibunuh, harta milik kampung dirampas, ramai gadis suntik diculik dan pelbagai lagi jenayah dilakukan oleh Sharip dan konconya. Imam Salim :Masyallah.Hanya tuhan saja yang tahu segala kejahatan dan dosa yang dilakukan oleh Sharip dan Konconya. Kita mesti bertindak agar kemungkaran ini dapat kita lenyapkan. Saya berdoa agar Sharip dan konconya kembali ke jalan yang diredhai. Penghulu Derahman :Wahai sahabatku sekalian.Atas kesempatan ini saya mengesyorkan satu perancangan yang jitu dan padu cara kita melancarkan serangan ke kubu Sharip dan konconya.Kita akan menyerang melalui 5 penjuru serangan iaitu dari hadapan, belakang, kiri, kanan dan atas. Di barisan hadapan dan belakang kita akan mengarahkan pasukan bersenapang. Manakala serangan kiri dan kanan menggunakan meriam. Serangan dari atas kita akan mengerahkan tentera udara melepaskan bom atom dari atas. En Ghazali :Tepat sekali perancangan penghulu. Saya amat menyukainya.Sharip dan konconya tidak akan terlepas. Ha..ha..rasakan kau Sharip! En Baharom :Tapi penghulu dari mana kita nak dapat senjata. Bukankah kita memerlukan senjata yang banyak.Tambahan Sharip mempunyai tentera dan senjata yang banyak. Penghulu Derahman :Usah gusa En Baharom segala saya telah uruskan dan telah sedia ada tunggu masa dan ketika untuk melancarkannya. Ha.ha!

Imam Salim :Kita hanya berusaha dan kita serahkan kepada maha esa. Kita berdoa agar perancangan kita diredhai dan diberi kejayaan. En Ghazali :Bila kita akan melancarkan serangan penghulu?Saya dah tak sabar ni. Penghulu Derahman :Selepas ini kita akan mengumpulkan orang kampong dan pasukan tentera untuk memberitahu rancangan kita ini. Sepurnama lagi kita akan melancarkan serangan. En Baharom :Kenapa sepurnama pengulu.Kenapa kita tidak melancarkan serangan esok. Lagi cepat lagi bagus.Supaya Sharip dan pengikutnya lenyap.

Imam Salim :Sabar wahai sahabatku. Kita ikut perancanga penghulu yang begitu teliti dan bermatlamat itu. Penghulu Derahman En Ghazali :Baiklah penghulu..Kami menurut perintah dan arahan sahaja. Penghulu Derahman :Setakat ini sahaja mesyuarat kita wahai sahabatku.Kita jumpa jam 2 petang ini. Saya minta sahabat sekalian mewarwarkan perkara ini kepada penduduk kampung di masjid dan di balai raya. Pihak tentera saya akan uruskan. Penghulu Derahman dan pengikutnya bersurai untuk menikmati juadah makanan tengahari bersama keluraganya di rumah masing-masing. Pada jam 2 petang nanti mereka akan berjumpa penduduk kampong dan tentera bantuan untuk operasi yang di kenali sebagai opersi plan Penghulu Derahman dan pengikutnya. :Benar tu..Kita Cuma menunggu masa sahajaha..ha..

Anda mungkin juga menyukai