Anda di halaman 1dari 2

Nilai murni: i) Kerajinan (Contoh : Hilmi dipuji kerana kerajinannya bekerja semasa menjadi tukang kebun di rumah Datuk

Johari. Dia menanam sayursayuran, membela ayam, dan menjaga pokok-pokok bunga.) ii) Keprihatinan (Contoh : Keprihatinan Hayati memujuk Hilmi yang tidak makan nasi supaya makan nasi itu kerana dilarang oleh ibunya, Datin Salmah.) iii) Tolong-menolong (Contoh : Mamat menolong Hilmi untuk mencari tempat tinggal baharu dan bebas daripada kebencian Datin Salmah.) Pengajaran: i) Kita hendaklah gigih dalam pekerjaan (Contoh: Hilmi gigih bekerja semasa menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari.) ii) Jangan mementingkan pangkat dan kedudukan hingga sanggup menghina orang lain (Contoh : Datin Salmah memandang hina kepada orang kampung yang miskin kerana tidak setaraf dengan kaum keluarganya yang berpangkat tinggi.) iii) Kita hendaklah ada rasa simpati dan belas kasihan terhadap seseorang yang bernasib malang. (Contoh : Hayati bersimpati terhadap Hilmi yang tidak makan kerana dilarang oleh emaknya. Hayati memujuk Hilmi supaya makan.) iv) Kita hendaklah mengamalkan sikap tolongmenolong dalam persahabatan

(Contoh : Mamat menolong Hilmi untuk mencari tempat tinggal baharu dan bebas daripada kebencian Datin Salmah.)

Anda mungkin juga menyukai