Anda di halaman 1dari 1

Pengajaran

1)Kita seharusnya bersikap jujur supaya tidak berlaku


sebarang salah faham. Alias berterus terang kepada Cikgu
Sunan mengatakan bahawa dia mencari beruknya yang
hilang

2)Kita hendaklah mengutamakan pendidikan dalam


kehidupan. Alias bertekad untuk belajar bersungguh-
sungguh sehingga ke universiti untuk mengubah hidupnya
ke arah yang lebih baik

3)Kita perlu berdikari dan tidak mengharapkan belas ihsan


daripada orang lain. Alias mengambil upah memetik buah
kelapa di kebun Pak Din untuk menyara kehidupannya

4)Kita hendaklah mengakui kesilapan yang telah dilakukan


dan insaf. Cikgu Sunan sedar dan insaf akan tindakannya
terhadap Alias setelah mengetahui perkara yang berlaku

5)Kita mestilah menjauhi sifat dendam kerana ia akan


mensia-siakan masa sahaja. Alias tidak berdendam dengan
Cikgu Sunan dan melayan gurunya dengan baik selepas
kejadian Cikgu Sunan menengkingnya

Anda mungkin juga menyukai