Anda di halaman 1dari 2

abckidz

Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Ammar bin Yasir


Ammar Mencintai Imam Ali (as)

Ammar mencintai Ali bin Abu Talib kerana beliau selalu mendengar Pemimpin Agung kita, Rasulullah (saw) bersabda: Ali, tidak ada seorang pun yang mencintaimu kecuali yang beriman dan tidaklah yang membencimu hanyalah orang yang munafiq. Ali, engkau di sisiku umpama Harun di sisi Musa, tetapi selepasku tiada lagi Nabi.

Ammar Mencintai Imam Ali as

abckidz

Semasa haji terakhir, Ammar melihat Nabi Muhammad (saw) memegang tangan Imam Ali (as) lalu mengangkatnya sambil bersabda : Barang sesiapa mengangap aku adalah ketuanya, lelaki ini, Ali adalah ketuanya. Allah mencintainya kepada orang yang mencintai dia, dan membenci kepada yang menentangnya. Menyokong orang yang menyokongnya dan menentang kepada orang yang menentangnya. Dengan alasan ini, Ammar menjangkakan bahawa Ali akan di angkat menjadi Khalifah selepas kewafatan Baginda (saw). Tetapi perkara sebaliknya berlaku, Abu Bakar alSidiq telah menjadi Khalifah selepas itu. Tetapi ada kumpulan menentang akan pengangkatan itu. Ammar juga menentang akan pengangkatan itu. Beliau berdiri di samping Imam Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra, anak perempuan Baginda (saw), isteri kepada Imam Ali (as).

Anda mungkin juga menyukai