Anda di halaman 1dari 3

abckidz

Nabi Muhammad model terbaik


Nabi Muhammad (saw) adalah contoh dan model terbaik untuk diikuti dalam kehidupan seluruh manusia. Seorang sahabat yang menghabiskan masa bersama baginda berkata: sepanjang saya tinggal bersamanya, saya tidak pernah mendengar perkataan yang tidak senonoh keluar dari bibirnya dan tidak pernah kurang ajar kepada sesiapa, baginda bercakap sangat sopan, baginda amat baik terhadap semua orang.

Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

2 1

Nabi Muhammad (saw) Model Terbaik

abckidz

Walaupun Nabi Muhammad (saw) dilanik Allah untuk memberi petunjuk kepada manusia, namun Baginda tidak malu melakukan kerja-kerja dengan tangannya sendiri. Baginda membantu kerja-kerja ahli kelurganya di rumah, Baginda membaiki kasut dan baju serta membantu dalam pembinaan masjid al-Nabi di Madinah bersama sama dengan
2

sahabat-sahabatnya. Nabi Muhammad (saw) sentiasa memakai pakaian yang bersih kerana prihatin terhadap kebersihan. Sebelum makan baginda akan mencuci tangan dan mulut Baginda sebelum makan.

abckidz

Nabi Muhammad (saw) Model Terbaik

Nabi Muhammad (saw) adalah seorang yang baik hati. Baginda tidak pernah menolak permintaan yang munasabah dari mana-mana orang sekali pun. Baginda sentiasa membantu orang-orang yang memerlukan dan miskin serta orang sakit, baginda juga akan melawat selepas mereka sihat. Apabila bertemu dengan seseorang baginda akan mengucapkan Assalamualaikum dan bercakap dengan muka yang tersenyum. Nabi Muhammad (saw) mempunyai sifat yang terbaik seperti yang termaktub didalam Al-Quran. Tiada siapa yang dapat menggambarkan kebaikan Baginda lebih baik dari Allah (swt), Baginda mempunyai ciri-ciri yang paling mulia. Keperibadian Nabi Muhammad (saw) adalah satu model contoh yang terbaik untuk diikuti.

Anda mungkin juga menyukai