Anda di halaman 1dari 4

abckidz

Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Misi Nabi Muhammad (saw)

Nabi Muhammad (saw) telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya di bandar kelahirannya iaitu di Mekah. Baginda sentiasa berbuat kebaikan kepada semua dan tidak pernah menganiayai sesiapa pun.

2 1

Misi Rasulullah

abckidz

Kerasulan dan kenabian


Pada usia empat puluh tahun Allah mengangkat Baginda sebagai Nabi dan Rasul. Muhammad (saw) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyembah berhala tetapi sembahlah Allah yang menciptakan langit dan bumi. Baginda juga memberi amaran kepada mereka tentang hari kiamat. Muhammad
2

(saw) memberitahu manusia bahawa setiap amalan baik dan buruk di dunia akan di balas.Bagi puak-puak arab yang bertelingkah bertahuntahun Muhammad (saw) menasihati mereka supaya mengelakkan dari perpecahan dan pertikaian serta hidup bersaudara.

abckidz

Misi Rasulullah

Beriman Kepada Allah


Rasulullah menjelaskan kepada manusia bahawa Allah (SWT) tidak mementingkan kepada warna kulit,kedudukan,atau kekayaan manusia, sebaliknya Allah suka kepada mereka yang mempunyai iman serta ikhlas kepada-Nya dan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan ketakwaan. Allah (SWT) juga akan memberikan pangkat yang tinggi kepada orangorang yang berusaha untuk mengikuti jalan yang lurus dan menjadi manusia yang terbaik amalannya.

Misi Rasulullah

abckidz

Agama Islam
Agama yang diturunkan Allah (SWT) melalui Nabi Muhammad adalah ISLAM. Perkataan Islam bermaksud penyerahan diri kepada Allah. Orang yang pertama dan utama yang mempercayai kenabian Nabi Muhammad (saw) adalah isteri Baginda Khadijah dan Imam Ali as Ajaran Nabi Muhammad (saw) adalah untuk kesejahteraan dan kebajikan manusia

Anda mungkin juga menyukai