Anda di halaman 1dari 6

abckidz

Kisah 10
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Al-Miqdad bin al-Aswad


Allah (swt) Mencintainya

Al-Miqdad memiliki kepercayaan yang amat mendalam kepada Allah (swt) dan Rasulullah (saw). Jadi, Junjungan Rasulullah (saw) berkata kepadanya dan kepada beberapa sahabatnya yang lain: Allah mengarahkanku untuk mencintai 4 orang, dan Dia (swt) memberitahuku bahawa Dia (swt) mencintai mereka. Mereka itu adalah Ali, al-Miqdad, Abu Dhar dan Salman al-Farsi.

Allah (swt) Mencintainya

abckidz

Seteleh kewafatan Baginda (saw). Ada sahabat berpendapat bahawa penganti kepadanya (saw) adalah Imam Ali bin Abi Talib (as). Tetapi ada beberapa umat Islam dari kaum Muhajirin dan Ansar telah mengadakan perbincangan di Saqifah, sebuah balai Bani Saadah. Sebuah balai perjumpaan. Terdapat perdebatan yang serius dalam penentuan jabatan Kekhalifahan. Dan akhirnya pengangkatan Abu Bakar sebagai Khalifah di dalam dunia Islam.

abckidz

Allah (swt) Mencintainya

Al-Miqdad, Salman, Ammar, Abu Dhar, Abu Ayub al Ansari, alAbbas bin Abdul Mutallib dan ramai umat Islam yang lain terkejut di atas pegangkatan itu. Mereka berdiri dibelakang Imam Ali bin Abu Talib (as), sebagai tanda sokongan kepada Imam Ali (as). Imam Ali (as) tetap dengan pendiriannya. Termasuk juga isteri beliau Fatimah al-Zahra (ahs), anak perempuan kesayangan Rasulullah (saw), yang menyokong beliau. Fatimah al-Zahra (ahs) tidak berasa senang dengan perlantikan itu selepas kewafatan Ayahandanya (saw). Fatimah al-Zahra (ahs) meninggal 6 bulan selepas perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah.

Allah (swt) Mencintainya

abckidz

Imam Ali (as) telah dipaksa untuk memberikan baiat (sumpah setia) kepada Khalifah yang baru. Beliau (as) akur dengan paksaan itu dengan alasan agar umat Islam tidak berpecah-belah. Selepas itu semua sahabat Beliau (as) juga memberikan baiat tanpa kerelaan dan demi mengikuti jejak Imam Ali (as). Ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu mengiktiraf perlantikan itu, dan menimbulkan huru hara, ada yang tidak mahu membayar zakat kepada pemerintah baru, ada yang menentang secara diam-diam.

abckidz

Allah (swt) Mencintainya

Al-Miqdad mengambil keputusan dengan memulakan perang suci. Beliau tidak menentang secara terbuka bagi mengelakkan umat Islam berpecah, jika itu terjadi maka umat Islam senang dikalahkan oleh orang kafir. Beliau mengajar orang Islam mengenai al-Quran. Dan bacaannya menjadi terkenal di seluruh Syam. Sebahagian sahabat masih mengharapkan agar Imam Ali (as) dilantik. Maka dikatakan pada hari itu, al-Miqdad melaungkan kata-katanya yang berbunyi: Jika kamu melantik Ali sebagai khalifah, kami akan mendengar dan patuh.

Allah (swt) Mencintainya

abckidz

Begitu juga Ammar bin Yasir yang menyokong kata-kata Miqdad. Tetapi mereka-mereka yang bercita-cita tinggi telah memainkan peranan yang penting di dalam pemilihan khalifah. Akhirnya Uthman bin Affan dipilih menjadi Khalifah. Al-Miqdad hanya mampu melihat Khalifah Uthman tersasar dari yang dilakukan oleh Rasulullah (saw) di dalam pemerintahan. Tetapi beliau tetap setia bersama Islam. Pada umurnya menjangkau 90 tahun, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Anda mungkin juga menyukai