Anda di halaman 1dari 4

abckidz

Kisah 14
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Ammar Bin Yasir


Pemberontak Akan Membunuh Mu

Kedua-dua bala tentera selalu mengungkapkan hadis Rasulullah (saw): Wahai Ammar, engkau akan dibunuh oleh kumpulan yang memberontak. Ammar bin Yasir berada dipasukan Khalifah Ali (as). Beliau berusia sekitar 90 tahun. Walaubagaimanapun, beliau berjuang dengan beraninya semacam seorang pemuda selayaknya.

Pemberontak Akan Membunuh Mu

abckidz

Beliau mendongak ke langit dan berkata: Ya Allah, jika engkau mahukan agar aku turun ke lembah Euphrates ini, akan aku lakukan ya Allah. Aku tahu Engkau merahmati ku untuk menentang kaum yang suka melakukan rasuah ini. Ammar sentiasa bersama kebenaran, dan kebenaran sentiasa bersamanya. Lalu beliau berkata lagi: Demi Allah, jika mereka (tentera Muawiyah) menyerang dan mengejar kita ke pokok kurma Hajar (Mekah), aku ingin mengatakan bahawa kita adalah benar dan mereka adalah salah.

abckidz

Pemberontak Akan Membunuh Mu

Semasa perang berlaku Ammar telah menegur pihak lawan: Siapakah yang mahukan rahmat Allah (swt). Sebahagian menyahut kata-kata beliau. Jadi, Ammar mengepalai mereka menentang musuh. Apabila sahabat-sahabatnya melihat Ammar melintasi tentera-tentera musuh itu, mereka kemudiannya mengikutinya. Walaupun Ammar berpuasa, beliau telah bertarung dengan semangat yang hebat. Di tengah-tengah peperangan itu, Ammar bin Yasir melihat Amru bin al-Ass dan berkata kepadanya: Wahai Amru, malulah kamu, kamu menjual agamamu kerana Mesir. Sebenarnya, Muawiyah telah berjanji untuk memberi tanah Mesir kepada Amru al-Ass jika dia berpihak kepadanya.
3

Pemberontak Akan Membunuh Mu

abckidz

Dengan helah, Amru al-Ass menjawab: Tidak! Aku menuntut kematian Uthman. Ammar membalas: Aku amat yakin, bahawa perbuatan engkau itu bukan kerana Allah. Lalu Ammar menasihatinya: Jika engkau tidak terbunuh pada hari ini, ketahuilah bahawa engakau akan mati jua pada esok hari. Dan setiap perbuatan itu adalah bergantung pada niatnya. Jadi, betulkanlah niatmu agar Allah akan menganugerahkan manusia itu berdasarkan niatnya.

Anda mungkin juga menyukai