Anda di halaman 1dari 7

abckidz

Kisah 3
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Dendam Abu Jahal ke atas Keluarga Ammar

Kisah Ammar ibn Yasir

Abu Jahal mendengar Ammar telah menjadi seorang Muslim. Dia menjadi sungguh marah. Abu Jahal mengetuai sekumpulan penyembah-penyembah berhala telah pergi ke rumah Yasir. Mereka datang untuk menyiksa keluarga Yasir. Mereka membakar rumahnya dan mengheret Yasir, Ammar dan Summayyah ke tengah padang pasir di luar Mekah.

Dendam Abu Jahal

abckidz

Mereka merantai dan menyiksa Ammar sekeluarga. Mereka menyebat sehingga luka dan mengalir darah dari badan. Kemudian mereka menyalakan api dan mengugut untuk membakar mereka sekeluarga. Tetapi keluarga kecil itu tetap mempertahankan kepercayaan mereka. Cuaca sangat panas pada tengahari itu. Terikan matahari betul-betul membakar kulit. Abu Jahal dan pengikutnya pulang sebentar ke Mekah. Ammar sekeluarga ditinggalkan di tengah padang pasir itu.

abckidz

Dendam Abu Jahal

Setelah mereka pergi, Nabi kita, Nabi Muhammad (saw) bertemu secara sembunyisembunyi dengan keluarga yang didera itu. Baginda (saw) menangis dan berkata: Wahai keluarga Yasir, bersabarlah dan bertahanlah. Kamu semua akan ditempatkan di syurga!. Summayyah, ibu Ammar, berkata dengan penuh keyakinan : Aku mengaku, bahawa engkaulah Pesuruh Allah. Dan engkau telah menjanjikan perkara yang benar. Selang beberapa ketika Abu Jahal dan pengikutnya itu datang kembali. Ditangannya terdapat sebatang kayu yang panjang. Dia mula mendera mereka secara rakus.
3

Dendam Abu Jahal

abckidz

Sembah tuhan-tuhan kami, tinggalkan Muhammad! jerkah Abu Jahal kepada Sumayyah. Summayyah meludah muka Abu Jahal dan berkata: Betapa buruknya engkau dan tuhan-tuhan engkau. Abu Jahal bertambah marah. Dia mengangkat kayu itu dan menikam perut Summayyah. Dia menikam-nikam tubuh Summayyah sehingga beliau meninggal dunia. Di atas mempertahankan akidahnya, beliau menjadi syahid pertama di dalam sejarah Islam.

abckidz

Dendam Abu Jahal

Setelah itu Abu Jahal menendang perut Yasir, bapa Ammar, sehingga beliau meninggal dunia. Ammar melihat apa yang berlaku ke atas kedua ibubapanya, badannya terikat kuat, beliau menangis. Kemudian Abu Jahal menjerkah marah kepadanya: Jika engkau tidak menyembah tuhantuhan kami, aku akan bunuh kamu!. Ammar tidak dapat menahan lagi di atas kekejaman yang dihadapinya. Dengan berat hati, beliau berkata: Hubal (patung sembahan) yang teragung. Ammar memuji sembahan mereka untuk menyelamatkan dirinya dari terus di siksa. Abu Jahal dan pengikutnya berasa gembira, dan melepaskan Ammar pergi.

Dendam Abu Jahal

abckidz

Ammar pergi bertemu Rasulullah (saw). Beliau bukan menangis kerana kesyahidan kedua orang tuanya ataupun kerana kekejaman yang dialaminya kerana didera. Beliau menangis kerana telah memuji sembahan Abu Jahal dan pengikutnya. Rasulullah (saw) menenangkan Ammar atas kesyahidan ibu dan bapanya. Kesedihan Ammar amat mendalam, beliau menangis. Lalu beliau berkata: Wahai Nabi Allah, penyembah berhala itu tidak akan melepaskan aku dan memaksa aku untuk tunduk kepada tuhan-tuhan mereka.

abckidz

Dendam Abu Jahal

Dengan nada lembut Baginda (saw) berkata: Bagaimana pula dengan hati kamu, wahai Ammar?. Ammar menjawab: Wahai Rasulullah, hatiku penuh dengan keimanan kepada Allah!. Lalu Baginda (saw) berkata: Janganlah engkau bimbang wahai Ammar! Allah (swt) telah menurunkan ayat berkenaan keadaan kamu ini: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang paksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl ayat-106)
7

Anda mungkin juga menyukai