Anda di halaman 1dari 7

abckidz

Kisah 2
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Al-Miqdad bin al-Aswad


Kata-kata Semangat

Pada Ramadhan tahun ke-2 hijrah, seramai 313 umat Islam menuju ke kawasan luar Madinah untuk menyerang pedagang kafir Quraish yang datang dari arah Syam. Pasukan Quraish itu mempunyai bilangan pedagang yang ramai. Mereka juga membawa 1,000 ekor unta. Pasukan pedagang kafir Quraish itu diketuai oleh Abu Sufyan.

Kata-kata Semangat

abckidz

Sebenarnya serangan ini bukanlah untuk memulakan permusuhan tetapi serangan itu adalah kerana membalas berbuatan buruk orang kafir Quraish terhadap orang Islam. Semasa umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, orangorang kafir Quraish, menyerang dan merompak rumah mereka. Dengan alasan ini juga, Rasulullah (saw) membuat keputusan mahu mengambil kembali harta-harta yang dirompak itu. Baginda (saw) juga mahu menghukum golongan kafir yang menzalimi orang Muslim.

abckidz

Kata-kata semangat

Pasukan Muslim berkhemah berhampiran dengan telaga yang berdekatan dengan Badar. Mereka menunggu kehadiran pedagang kafir Quraish. Selepas beberapa waktu, mereka mendengar berita yang tidak baik. Berita itu adalah berkenaan perubahan perancangan Abu Sufyan untuk laluan mereka. Disebelah pihak musuh, orang kafir Quraish telah menyiapkan bala tentera mereka dengan senjata-senjata yang hebat untuk menyerang. Di waktu itu juga umat Islam terpaksa keluar bagi menjaga pasukan perdangangan mereka dari digangu oleh tentera asing, penyamun dan perompak kafir.

Kata-kata Semangat

abckidz

Rasulullah (saw) meminta pandangan para sahabatnya bagi mengatasi masalah itu. Lalu Umar bin al-Khattab berdiri lalu berkata: Mereka adalah Quraish dan mereka tidak pernah setia. Demi Allah! Mereka belum pernah kalah sejak mereka bertambah kuat. Dan kerana itu mereka tidak beriman kepada Allah sejak mereka tidak mempercayai-Nya. Orang-orang Islam menjadi bertambah takut mendengar kata-kata Umar. Ada yang ada diantara mereka berfikir untuk pulang sahaja ke kota Madinah.

abckidz

Kata-kata semangat

Semasa waktu itu jugalah, alMiqdad bin al-Aswad bangun dan berkata dengan penuh semangat: Wahai Rasulullah (saw), marilah kita patuh akan perintah Allah! Kami semua akan menyokongmu. Demi Allah, kami tidak akan mengulangi apa yang orang-orang Yahudi berkata kepada Nabi mereka: Pergilah kamu dan Tuhanmu untuk berjihad! Kami akan berdiam di sini! Tetapi kami akan mengatakan: Pergilah kamu dan Tuhanmu berjihad! Kami akan berjihad bersamamu!.

Kata-kata Semangat

abckidz

Terpancar kegembiraan di wajah suci Rasulullah (saw). Baginda (saw) berkata kepada orangorang Ansar (penduduk asal Madinah): Apa yang patut Aku lakukan?. Lalu menjawab Saad bin Maadh: Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu, dan kami mempercayaimu. Kami telah berikrar kepadamu dan ke atas risalah yang dibawa adalah benar. Kami berjanji untuk mendengar dan patuh kepadamu! Jadi Rasulullah, teruskan apa yang kamu mahukan! Demi Allah, jika engkau mahu kami menyeberang laut Merah, kami akan lakukan.

abckidz

Kata-kata semangat

Tentera-tentera Islam telah kembali bersemangat. Mereka telah bersiap sedia untuk menentang penyembah-penyembah berhala dengan hati yang penuh dengan keimanan. Peperangan telah bermula. Akhirnya pasukan Islam telah memenangi peperangan itu. Dan kembali ke kota Madinah, mereka teringat-ringat akan kata-kata al-Miqdad.

Anda mungkin juga menyukai