Anda di halaman 1dari 3

abckidz

Kisah 11
Gambar-gambar di dalam buku ini hanyalah sekadar hiasan.

Kisah Ammar Bin Yasir


Abu Dzar Di Buang Daerah

Setelah kekejaman menimpa Ammar bin Yasir. Seorang lagi sahabat rapat Rasulullah (saw) turut juga diperlakukan sewenangwenangnya. Khalifah Uthman bin Affan telah memberi arahan agar Abu Dzar al-Ghifari salah seorang sahabat Rasulullah (saw) di buang daerah di sebuah gurun berhampiran Madinah kerana melawan pemerintahannya.

Jihat

abckidz

Gurun al-Rabathah nama tempatnya. Di situ tiada penghuni kerana cuacanya yang amat teruk. Lebih malang lagi, Khalifah tidak membenarkan sesiapa pun pergi menjenguk Abu Dzar. Walaubagaimanapun, sebahagian sahabat dan keluarga Rasulullah telah keluar pergi menemui sahabat rapat Rasulullah (saw) itu. Imam Ali bin Abi Talib (as), kedua-dua cucu Rasulullah Imam Hasan dan Iman Husin (ahums), dan Ammar bin Yasir keluar pergi menziarahi Abu Dzar.

abckidz Imam Ali as berkata kepada beliau:

Jihat

Tidak mungkin Allah menghiburkan orang-orang yang mengusarkan kamu. Dan Allah tidak memberikan keselamatan ke atas orang-orang yang telah mengecewakan kamu. Demi Allah jika, kamu mahukan dunia mereka, mereka akan membuat kamu selamat. Dan jika kamu gembira dengan tindakan mereka, mereka pasti akan menyukai kamu. Abu Dzar al-Ghifari, bersama isteri dan anak perempuannya bertolak ke Gurun al-Rabatha. Beliau teringat akan kata-kata Rasulullah (saw): Wahai Abu Dzar, kamu akan hidup keseorangan dan mati keseorangan!.

Anda mungkin juga menyukai