Anda di halaman 1dari 3

Jawapan bagi Soalan Temubual Nama Jawatan Jabatan : Norashikin binti Hafitz : Artis Budaya B27 : Jabatan Kebudayaan

dan Kesenian Negara Sarawak

1. Sudah berapa lama tuan/puan bekerja di dalam jabatan ini? Apakah peranan anda dalam jabatan? Saya telah bekerja di Jabatan ini selama hampir 3 tahun. Saya ditugaskan membantu menjalankan aktiviti/program Jabatan bersama agensi luar, mengajar sekolah/kolej/komuniti dalam bidang teater. Selain itu, saya juga ditugaskan untuk memberi khidmat nasihat kepada Agensi-Agensi Kerajaan Pusat, Negeri serta NGO dalam bidang seni dan budaya. 2. Mengapakah tuan/puan memilih profesion ini? Sebelum saya ditawarkan kepada jawatan ini, saya telah lama menceburi bidang tari sejak daripada bangku sekolah lagi. Minat dan bakat yang ada di dalam diri yang menjadi pendorong untuk saya lebih mendekatkan diri dengan hal-hal seni dan kebudayaan bukan sahaja bidang tari tetapi teater, permainan tradisional, muzik dan hal-hal kebudayaan. Mendapat tawaran sebagai Pekerja Sambilan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor 5 tahun yang lepas meyakinkan saya untuk menjadikan ia sebagai platform untuk lebih menimba ilmu dan pengalaman. 3. Apakah bidang tugas tuan/puan dalam program ini? Saya telah diberi amanah oleh Pemangku Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sarawak untuk mengambil alih tugas seorang pegawai yang akan cuti bersalin. Saya ditugaskan sebagai Pegawai Projek iaitu merancang dan melaksanakan Program Pusat Seni Setempat. 4. Apakah pengalaman tuan/puan semasa mengendalikan program ini? Memandangkan program ini berjalan pada setiap bulan, pengalaman yang diperoleh juga berbagai-bagai tetapi untuk kali ini, saya berasa sangat selesa kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kakitangan di Jabatan mahupun dengan agensi yang terlibat. Menjalankan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak memerlukan perancangan yang lebih teliti kerana kita perlu memastikan tahap keselamatan dan keselesaan mereka sentiasa terjamin. Semua yang bertugas telah menjalankan tugas dengan baik.

5. Siapakah individu/pihak yang terlibat yang selalu membuat perjanjian semasa proses kerja program? Stakeholders? Adakah mereka turut serta dalam pengurusan aktiviti? 6. Apakah kriteria dalam pemilihan tema dan aktiviti? Pemilihan tema telah dibincangkan pada setiap awal tahun bagi melengkapkan Jadual Aktiviti Jabatan. Tema dipilih bersesuaian dengan keadaan dan masa dan bersempena dengan sambutan Hari Perayaan atau sebagainya. Begitu juga aktiviti yang dirangka awal. Perubahan adalah tertakluk dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan telah menetapkan semua aktiviti Jabatan perlu melibatkan golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. 7. Apakah jenis aktiviti yang menjadi pilihan? Program Pusat Seni Setempat ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru penduduk tempatan luar Bandar mahupun dalam bandar. Untuk itu, setiap program akan diselitkan dengan pertandingan-pertandingan samaada nyanyian, tarian, muzik, pakaian beragam dan sebagainya kerana mengikut pengalaman, setiap pertandingan nyanyian yang dianjurkan akan mendapat sambutan baik daripada penduduk di kawasan berdekatan. 8. Bagaimanakah pemilihan aktiviti? Pemilihan aktiviti adalah berdasarkan tema bulanan yang dipilih. Aktiviti yang dianjurkan haruslah bersesuaian dengan tema yang dipilih. 9. Apakah yang membezakan aktiviti setiap bulan? Matlamat setiap aktiviti? Walaupun matlamat program ini sama iaitu mengenengahkan masyarakat tempatan tentang seni dan budaya kepada semua golongan di samping mencungkil bakat penduduk tempatan, namun yang membezakan aktiviti setiap bulan adalah tema dan penglibatan daripada agensi luar kerana setiap bulan kita akan membawakan sesuatu yang baru kepada penonton dan orang ramai. 10. Bagaimana dengan kepayahan dalam memilih sesuatu aktiviti? Memilih aktiviti bukanlah sesuatu yang sukar bila perancangan dibuat dengan teliti dan bukan dalam masa yang singkat. Cumanya cabaran dari segi penglibatan kumpulan dan kesesuaian aktiviti yang mampu menarik minat pengunjung dalam dan luar Negara.

11. X takut risiko aktiviti yg seolah2 sama tiap2 bulan boleh mngundang pengurangan sambutan penyertaan dan pengunjung? Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemilihan tema adalah kunci yang menguatkan aktiviti dan persembahan yang diadakan setiap bulan selain daripada Kumpulan Gendang Bermukun yang menjadi Ikon setiap bulan program diadakan.Sepanjang program berlangsung pada tahun lepas, sambutan orang ramai sangat menggalakkan. Ini termasuklah pelancong dari luar Negara yang amat menyukai Gendang Bermukun. 12. Ada perubahan last minit dlm tema/aktiviti? Mengapa berlaku? Alhamdulillah, setakat ini, tiada sebarang perubahan tema kerana tema yang telah dirancang dikekalkan sehingga program dijalankan. 13. Dalam anggaran, berapakah pengunjung yang hadir dalam setiap aktiviti dan satu hari program yang dijalankan? Dalam setiap aktiviti dan satu hari program dijalankan dianggarkan seramai 500 orang pengunjung yang hadir. 14. Apakah antara bentuk promosi yang dilakukan? Kita telah mengatur strategi mempromosikan program ini di Sarawak FM. Siapakah yang paling banyak berkunjung? Golongan dewasa atau remaja? Bagaimana anda memastikan aktiviti itu sesuai agar mendapat sambutan pengunjung? Secara rambang, sesuatu aktiviti adalah berkenaan seni budaya bersifat tradisional termasuk tarian dan nyanyian. Pernah x merancang utk aktiviti yang bersifat modernism bg mgalakan pyertaan golongan belia?

Anda mungkin juga menyukai