Anda di halaman 1dari 14

Sinopsis Novel Merenang Gelora Bab 1: Tugas Baharu

Badri dilantik sebagai pengawas sekolah yang baharu. Di sekolah, Jamil mengusik Badri yang memakai uniform pengawasnya. Jamil teringat akan Badri yang pernah suatu ketika dahulu bertanya pendapatnya tentang menjadi pengawas sekolah. Kata Jamil tugas sebagai pengawas sangat berat, terutamanya apabila berhadapan dengan muridmurid yang nakal. Sebaliknya, Badri menjawab walaupun berat tetapi tugas sebagai pengawas adalah mulia. Latihan Pengukuhan Bab 1: Tugas Baharu 1. Siapakah yang dilantik menjadi pengawas yang baru? 2. Siapakah yang mengusik Badri ? 3. Apakah pendapat Jamil tentang tugas seorang pengawas? 4. Siapakah pelajar baru? 5. Nyatakan perwatakan Nadira? 6. Siapakah yang mengelilingi Meng Kong? 7. Apakah yang dihulurkan oleh Meng Kong ? 8. Kenapakah Nadira menjadi rebutan muridmurid lelaki? 9. Nyatakan nilai murni dalam bab 1 Bab 2: Api yang Mula Membara 1. Kenapakah Badri bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh? 2. Apakah sikap terpuji Badri? 3. Kenapakah Badri berasa terperanjat? 4. Nyatakan sikap negatif Sharul? 5. Kenapakah Badri terpaksa berulang-alik ke tandas? 6. Apakah yang berlaku kepada Badri di dalam tandas?

Siti Cahaya Nadira , pelajar baru ditempatkan di


kelas Badri dan Jamil. Nadira pelajar yang cantik, terbuka, dan moden. Ketika dalam perjalanan ke tandas semasa waktu rehat, Badri terserempak dengan lima orang murid yang sedang mengelilingi Meng Kong, murid Tingkatan 5 Bestari. Badri nampak Meng Kong menghulurkan kertas kecil kepada murid-murid itu. Apabila ternampak Badri, mereka terus bersurai. Ketika Badri sedang asyik menjamah makanan di kantin, tiba-tiba dia terpandang akan Meng Kong. Meng Kong cepatcepat menghabiskan makanannya lalu meninggalkan kantin. Siti Cahaya Nadira yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira. Bab 2: Api yang Mula Membara Badri datang daripada keluarga yang sederhana. Oleh sebab itu, Badri bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga menempah kejayaan. Dia tidak mahu menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak memberikan manfaat. Pada suatu hari, Badri terperanjat apabila sebuah motosikal meluncur laju dari arah belakangnya memasuki kawasan sekolah. Penunggangnya ialah Shahrul, murid tingkatan lima yang terkenal dengan kenakalannya. Kebetulan pada hari itu Badri sakit perut yang memaksanya berulang-alik ke tandas. Semasa di dalam tandas, tiba-tiba percikan air 1

menimpa kepala Badri dan kemudian diikuti simbahan demi simbahan. Sekujur tubuh Badri basah kuyup. Badri pulang ke kelas dengan perasaan malu. Nadira bertanya dengan nada sindiran kepada Badri. Peristiwa di tandas itu membuatkan Badri berasa geram bercampur hairan. Bagaimanakah Nadira dapat mengetahui perkara yang berlaku terhadap dirinya dengan begitu cepat? Jamil menasihati Badri supaya tidak mengambil tahu sangat soal orang lain. Badri meminta izin daripada Cikgu Jailani untuk pulang ke rumah. Selepas membersihkan diri, Badri memberitahu emaknya bahawa dia hendak ke bandar dan kemudian ke rumah Pak Alang. Dia pergi ke perpustakaan di bandar untuk mencari ketenangan. Namun, fikirannya tetap tidak tenang. Badri keluar dari perpustakaan dan merayau-rayau di sekitar bandar. Badri agak terkejut apabila melihat Nadira membonceng motosikal yang ditunggang oleh Shahrul. Badri menaiki bas ke rumah Pak Alang. Sampai di rumah Pak Alang, sekali lagi Badri terkejut apabila melihat Nadira berada di situ. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah. Bab 3. Bermain Api Badri agak hairan apabila mendapati murid-murid tidak lagi berkumpul untuk berjumpa dengan Meng Kong pada waktu rehat. Biasanya mereka berkumpul di bawah pokok di tepi padang. Badri berselisih dengan seorang murid yang memandang Badri dalam ketakutan. Tiba-tiba Badri terlihat tanda lahir di leher murid itu. Rupa-rupanya, murid itulah yang berada di dalam tandas semasa Badri disimbah dengan air tempoh hari. Kebetulan murid itu tidak memakai lencana. Badri membawa murid itu berjumpa dengan Cikgu Jailani. Murid itu bernama Kumar. Cikgu Jailani menjumpai telefon bimbit di dalam saku Kumar. Meng Kong, Kumar, dan Shahrul adalah kawan tiga serangkai yang selalu menimbulkan kesulitan kepada murid-murid di sekolah. Menurut Ah Chun, Meng Kong menjual kad prabayar dan telefon bimbit terpakai kepada muridmurid sekolah, tetapi dia tidak ada bukti. Jamil 2

7. Apakah perasaan Badri selepas itu?

8. Apakah nasihat Jamil kepada Badri?

9.Apakah sikap positif yang ada pada diri Badri?

10.Kenpakah Badri pergi ke perpustakaan?

11.Kenapakah Badri berasa terkejut?

12.Siapakah Nadira kepada Pak Alang?

13. Nyatakan nilai murni dalam bab 2.

Bab 3. Bermain Api 1. Kenapakah Badri berasa hairan? 2. Di manakah biasanya murid-murid itu berkumpul? 3. Bagaimnakah Badri boleh mengenali budak yang berada di dalam tandas? 4. Siapakah nama murid itu? 5. Apakah yang dijumpai oleh Cikgu Jailani di dalam saku Kumar? 6. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Meng Kong?

memberitahu Badri bahawa Kumar tidak mahu Badri memerhatikan Meng Kong. Nadira mengingatkan Badri supaya menjaga mulutnya. Nadira tidak mahu Badri menceritakan apa-apa tentang dirinya kepada Mak Alang. Semasa di perhentian bas, seorang murid lelaki bernama Bob dengan sengaja merempuh Badri. Rempuhan itu menyebabkan Badri tersungkur ke tanah. Badri menahan emosi marahnya. Dia berazam untuk terus membantu mereka supaya tidak terlajak jauh. Semasa hendak turun dari bas, Badri terasa ada sesuatu diselitkan di saku seluarnya. Nota itu menghendaki Badri pergi ke sebuah pasar raya pada jam 4.00 petang hari itu. Badri pergi ke pasar raya itu seperti yang dikehendaki oleh orang yang menulis nota itu. Sampai di sana, Badri terlihat Siew Mei. Rupa-rupanya, Siew Mei ingin menyampaikan maklumat berkaitan dengan peristiwa Badri disimbah dengan air di dalam tandas tempoh hari. Bab 4: Duri dalam Daging Kumar pergi berjumpa dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat permainan boling. Kumar memberitahu Meng Kong dan Shahrul tentang telefon bimbitnya dirampas oleh Cikgu Jailani kerana tindakan Badri. Mereka berpendapat bahawa orang seperti Badri boleh merosakkan bisnes mereka. Antara mereka bertiga, Meng Kong boleh dikatakan sebagai ketua secara tidak rasmi bagi kumpulan itu. Dalam pada itu, Kumar berazam untuk membalas dendam terhadap Badri. Bab 5. Pertemuan Jamil berjumpa dengan Badri. Ada sesuatu yang hendak Jamil beritahu kepada Badri. Secara kebetulan Badri juga ada sesuatu yang hendak ditanyakan kepada Jamil. Badri memberitahu Jamil bahawa dia mendapat maklumat bahawa Jamil membeli telefon bimbit dan mendapatkan bekalan kad prabayar daripada Meng Kong. Jamil terkejut mendengar kata-kata Badri. Jamil berasa sungguh malu. Dia segera bangun dan meninggalkan Badri. Badri berasa kesal kerana kawan baiknya terlihat 3 7. Apakah amaran yang diberikan oleh Nadira kepada Badri?

8.Siapakah yang merempuh Badri?

9.Apakah azam Badri kepada rakanrakannya?

10.Apakah kandungan nota yang diselitkan pada saku seluar Badri? 11.Apakah maklumat yang ingin disampaikan oleh Siew Mei kepada Badri? 12. Nyatakan nilai murni dalam bab 3.

Bab 4: Duri dalam Daging 1. Di manakah Kumar pergi berjumpa dengan rakan-rakannya? 2. Siapakah yang merampas telefon Kumar? 3. Siapakah ketua bagi kumpulan itu? 4. Apakah azam Kumar? 5. Nyatakan nilai murni dalam bab 4.

Bab 5. Pertemuan 1. Apakah yang diberitahu oleh Bakri kepada Jamil? 2. Apakah yang berlaku kepada Jamil?

3. Apakah yang dikesalkan oleh Badri tentang Jamil?

dalam kegiatan salah di sekolah. Tiba-tiba Badri teringat akan Nadira. Hubungan Nadira dengan Shahrul mungkin akan menimbulkan perkara yang tidak balk. Nadira tidak tahu sikap Shahrul yang sebenar. Nadira harus diselamatkan sebelum terlambat. Persoalannya, bagaimana hendak menyedarkan Nadira? Hal ini demikian kerana Nadira ialah gadis yang ego serta sombong. Bab 6: Kemuncak Dunia Nadira berpakaian cantik. Wajahnya disolek rapi. Dia berjanji hendak berjumpa dengan Shahrul. Semasa membonceng motosikal Shahrul, Nadira teringat akan kata-kata Badri yang memburuk-burukkan Shahrul. Badri menasihati Nadira supaya tidak tersalah langkah dan bijak memilih kawan. Shahrul mengamuk mendengar cerita Badri dari mulut Nadira. Nadira semakin muak melihat tingkah Badri. Shahrul memberitahu Nadira agar tidak bimbang kerana Badri telahpun menerima pengajaran pertamanya apabila dia disiram oleh Kumar tempoh hari. Shahrul dan rakan-rakannya membawa Nadira ke sebuah tasik di pinggir kota. Nadira mendiamkan diri. Dia kurang senang akan kawan-kawan Shahrul. Tiba-tiba, Aziz menghidupkan enjin motosikalnya dan mengarahkan kawan-kawannya meninggalkan tempat itu apabila sepasukan polls menghampiri tempat mereka berkumpul. Mereka dengan segera memecut motosikal masing-masing. Dalam keadaan kelam-kabut, Shahrul terus memecut motosikalnya dan meninggalkan Nadira di situ. Nadira disoal siasat oleh polis. Setelah merayu, Nadira akhirnya dibawa pulang ke rumahnya. Kejadian itu bagai mimpi ngeri yang sukar dilupakan oleh Nadira. Bab 7. Secarik Sinar Hubungan Badri dan Jamil semakin renggang. Taufik ingin mencungkil rahsia konflik antara Badri dengan Jamil daripada Badri. Namun, sebaliknya Taufik pula yang bercerita tentang konflik Nadira dengan Shahrul. Badri agak kesal tentang apa-apa yang berlaku terhadap Nadira. Dia tidak berjaya untuk menyakinkan Nadira bahawa Shahrul bukanlah rakan yang boleh diharapkan. Semasa di 4

4. Pada pandangan Badri, apakah perkara mungkin berlaku kepada hubungan Nadira dengan Sharul? 5. Apakah sikap negatif Nadira?

6. Nyatakan nilai murni dalam bab 5. Bab 6: Kemuncak Dunia 1. Apakah nasihat Badri kepada Nadira?

2. Apakah yang berlaku kepada Sharul ?

3. Apakah yang diberitahu oleh Shahrul kepada Nadira?

4. Ke manakah Nadira dibawa oleh Sharul dan rakan-rakannya?

5. Kenapakah Aziz mengarahkan rakanrakannya meninggalkan tempat itu?

6. Pada pendapat anda, wajarkah Shahrul meninggalkan Nadira?

7. Apakah yang dimaksudkan bagai mimpi ngeri?

8. Nyatakan nilai murni dalam bab 6. Bab 7. Secarik Sinar 1.Siapakah yang berkonflik dengan Badri?

2.Kenapakah Badri berasa kesal?

perpustakaan, Badri didatangi Nadira. Nadira meminta maaf daripada Badri kerana tidak mendengar nasihat Badri tempoh hari. Sejak hari itu, mereka menjadi kawan. Semasa hendak keluar dari perpustakaan, Nadira dan Badri bertembung dengan Shahrul. Badri hendak terus pergi dari situ tetapi dihalang oleh Nadira. Berlaku pertengkaran kecil antara Nadira dengan Shahrul. Shahrul berasa malu kerana ditengking oleh Nadira. Shahrul mencengkam lengan Nadira. Dengan suara yang keras dan wajah yang garang, Badri mengarah Shahrul melepaskan lengan Nadira. Shahrul terkejut dan secara spontan melepaskan cengkamannya. Shahrul meninggalkan Badri dan Nadira. Bab 8: Mengharung Badai Jamil hendak memberitahu sesuatu yang penting kepada Badri. Mereka berjumpa di bilik pengawas. Jamil meminta maaf daripada Badri. Jamil memberitahu Badri bahawa dia telah diperangkap oleh Meng Kong. Meng Kong membuat fitnah bahawa Jamil yang mencuri telefon di kedai ayahnya. Namun, ayah Meng Kong telah memaafkan Jamil. Beliau juga tidak meminta ganti rugi daripada Jamil. Biarpun difitnah oleh Meng Kong, namun ibu bapa Jamil percaya anak mereka tidak melakukan perbuatan tersebut. Selepas peristiwa itu, Jamil benar-benar insaf. Jamil tidak mahu menjual barang-barang kepunyaan Meng Kong. Nadira memujuk dan merayu Badri agar tidak campur tangan dalam urusan Meng Kong dengan kawan-kawannya. Namun, Badri tidak menghiraukan permintaan Nadira itu. Nadira bimbang akan keselamatan Badri. Suatu petang, Siew Mei berjumpa dengan Badri di pusat sumber sekolah. Mereka ke kantin kerana ada sesuatu yang Siew Mei hendak beritahu Badri. Siew Mei bertanyakan Badri tentang pertengkarannya dengan Shahrul berkaitan dengan Nadira. Siew Mei menasihati Badri agar menyelesaikan masalah secara berbincang bukan dengan pertengkaran dan pergaduhan. Siew Mei juga menasihati Badri supaya membantu Nadira 5

3. Kenapakah Nadira meminta maaf kepada Badri? 4.Dengan siapakah mereka berjumpa di luar perpustakaan? 5.Kenapakah Sahrul berasa malu? 6.Apakah yang diarahkan oleh Badri kepada Sharul? 7. Nyatakan nilai murni dalam bab 7.

Bab 8: Mengharung Badai 1.Di manakah Jamil ingin berjumpa dengan Badri? 2.Apakah perkara penting yang Jamil ingin beritahu kepada Badri? 3.Nyatakan fitnah yang dibuat oleh Meng Kong.

4.Nyatakan sikap positif ayah Meng Kong.

5.Apakah azam Jamil selepas peristiwa itu?

6.Apakah perkara yang dirayu oleh Nadira kepada Badri? 7. Pada pendapat anda, kenapakah Nadira mula berasa bimbang akan keselamatan Badri? 8.Di manakah Siew Mei ingin berjumpa dengan Badri? 9.Nyatakan nasihat Siew Mei kepada Badri? 10. Nyatakan nilai murni dalam bab 8.

bukan menghanyutkan perasaannya dengan perkara yang tidak penting. Badri kurang faham akan katakata Siew Mei yang terakhir itu. Bab 9. Rahsia Hampir Terbongkar Semasa berjoging di tasik, Badri ternampak akan Meng Kong, Kumar, dan Shahrul. Namun, mereka bertiga tidak nampak akan Badri. Mereka asyik membincangkan sesuatu dengan serius. Badri mengintip mereka dari dekat. Mereka sedang membincangkan perihal Jamil yang berjumpa dengan Badri. Mereka bimbang Badri telah mengetahui cerita tentang mereka. Daripada perbualan mereka itu, maka terbuktilah bahawa mereka menjalankan aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah. Badri keluar secara tibatiba. Ketiga-tiga mereka terkejut. Shahrul melompat menyerang Badri. Shahrul tergamam dengan tindakan pantas Badri. Badri dapat menewaskan Shahrul dengan ilmu silat yang dipelajarinya daripada Pak Alang. Shahrul cepat-cepat berlari ke arah motosikalnya dan memecut laju meninggalkan tempat itu. Kumar dan Meng Kong turut meninggalkan tempat itu dengan segera. Bab 10: Semarak Api Tiga tahun dahulu Shahrul tinggal di rumah mewah. Sekarang; dia sekeluarga tinggal di rumah teres setelah perniagaan ayahnya merosot. Dia tidak selesa tinggal di rumah teres. Cikgu Jailani telah memanggil Shahrul dan bertanya tentang sebab dia menyerang Badri. Cikgu Jailani cuba mengorek rahsia Shahrul berkaitan dengan aktivitinya tetapi Shahrul menafikan sekeras-kerasnya. Dendam Shahrul terhadap Badri semakin membuak-buak apabila melihat Nadira rapat dengan Badri. Pergaduhan antara Shahrul dengan Amir tercetus. Isunya ialah Amir tidak membayar ansuran telefon bimbit. Semasa Amir hendak memulangkan telefon bimbit itu, Shahrul menepis tangan Amir dan menyebabkan telefon bimbit itu terpelanting ke tanah. Peristiwa itu disaksikan oleh Cikgu Jailani. Shahrul memberitahu Amir jika dia tidak mahu 6

Bab 9. Rahsia Hampir Terbongkar 1.Di manakah Badri ternampak Meng Konbg dan rakan-rakannya? 2. Apakah perkara yang dibincangkan oleh Meng Kong dan rakan-rakannya? 3. Kenapakah mereka berasa bimbang? 4. Siapakah yang sebenarnya menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah? 5.Kenapakah Badri dapat menewaskan Sharul? 6.Pada pendapat anda, apakah kepentingan ilmu silat kepada remaja? 7. Nyatakan nilai murni dalam bab 9.

Bab 10: Semarak Api 1. Kenapakah Shahrul tinggal di rumah teres? 2. Pada pendapat anda, kenapakah Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres? 3. Apakah yang ditanya oleh Cikgu Jailani kepada Sharul? 4. Kenapakah Shahrul terlalu berdendam kepada Badri? 5. Kenapakah pergaduhan antara Sharul dengan Amir berlaku? 6. Apakah perbuatan Sharul yang menyebabkan telefon pada tangan Amir terpelanting?

membayar ansuran telefon bimbit itu, dia tidak boleh memberitahu bahawa dia membeli telefon itu daripada Meng Kong. Amir akur akan arahan Shahrul. Amir memberitahu Cikgu Jailani bahawa bapa saudaranya memberinya duit untuk membeli telefon bimbit itu. Cikgu Jailani merampas telefon bimbit Amir. Beliau tahu Amir berbohong.

7. Apakah arahan Sharul kepada Amir supaya Cikgu Jailani tidak mengetahui perbuatan menjual telefon? 8. Apakah kenyataan palsu yang diceritakan oleh Amir kepada Cikgu Jailani? 9. Nyatakan nilai murni dalam bab 10.

Bab 11: Tertangkap Meng Kong ke kedai ayahnya pada setiap Sabtu. Pada kali ini,dia datang lebih awal. Dia terus masuk ke bilik stor lalu memasukkan empat buah telefon bimbit ke dalam beg sandangnya. Meng Kong menyerahkan kesemua telefon bimbit itu kepada Kumar. Setelah Meng Kong pergi, Ah Meng pembantu kedai ayah Meng Kong menghidupkan komputer yang disambungkan ke CCTV di kedai itu. Rakaman CCTV itu menunjukkan Meng Kong sedang mengambil telefon bimbit di bilik stor. Selepas mengetahui perbuatan anaknya, ayah Meng Kong berasa sangat marah. Sebagai hukuman, Meng Kong dikehendaki tinggal di asrama sekolah. Ayah Meng Kong pergi ke sekolah berjumpa dengan pengetua dan menceritakan perbuatan anaknya. Meng Kong, Kumar, dan Shahrul dipanggil ke bilik pengetua. Mereka telah diberi hukuman tiga sebatan atas kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka.

Bab 11: Tertangkap 1. Bilakah biasanya Meng Kong akan ke kedai ayahnya? 2. Apakah barang yang diisikan ke dalam beg sandangnya? 3. Siapakah yang menerima telefon bimbit itu? 4. Dari manakah orang yang mengambil telefon bimbit itu dapat diketahui? 5. Nyatakan hukuman yang dikenakan kepada Meng Kong? 6. Nyatakan hukuman yang dikenakan kepada Meng Kong dan rakan-rakannya di sekolah? 7. Nyatakan nilai murni dalam bab 11.

Bab 12: Suasana Baharu

Bab 12: Suasana Baharu

Meng Kong kini tinggal di asrama sekolah. Dia tidak 1. Kenapakah Meng Kong berasa tidak selesa kerana terpaksa berkongsi bilik dengan orang selesa? lain. Namun, Meng Kong dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di asrama. Pada suatu 2. Apakah yang diberitahu oleh Meng Kong hari, Shahrul bertanya kepada Meng Kong tentang kepada Sharul? bisnes mereka. Meng Kong memberitahu Shahrul bahawa dia telah insaf. Shahrul mengutuk tindakan 3. Apakah yang berlaku antara Meng Kong Meng Kong yang berubah menjadi insaf. Sebagai dengan Sharul? akibatnya, berlaku pertengkaran yang berakhir dengan pergaduhan antara Meng Kong dengan Shahrul. Shahrul menarik kolar baju Meng Kong dan mahu menumbuknya. Muncul Badri yang memekik 7

supaya mereka berhenti bergaduh. Shahrul melepaskan kolar baju Meng Kong. Badri mengarahkan Shahrul, Meng Kong, dan Kumar mengikutnya pergi berjumpa dengan Cikgu Jailani. Shahrul dan Kumar didapati bersalah dan sekali lagi mereka diserahkan kepada pengetua untuk dihukum. Shahrul dan Kumar mendendami Meng Kong dan Badri. Mereka mencari jalan untuk mengenakan Badri dan Meng Kong. Bab 13 Jiwa Remaja Hari Sabtu pagi, Badri bersiap-siap hendak keluar. Dia berpakaian kemas dengan semburan pewangi. Penampilannya pada hari itu di luar kebiasaan. Badri akan pergi menonton teater bersama-sama dengan Nadira. Pertama kali Badri menonton teater. Badri menonton teater dengan asyik sekali, namun Nadira tidak dapat berbuat demikian. Tumpuannya terganggu kerana terbayangkan Slew Mei. Hubungan akrab antara Badri dengan Siew Mei menyebabkan fikirannya menjadi kacau-bilau. Nadira cemburu. Setelah pulang ke rumah, Badrul, adik Badri memberitahu abangnya tentang hasrat Jamil yang mahu berjumpa dengannya. Dalam perbualan telefon, Jamil memberitahu Badri bahawa dia ada hat mustahak yang hendak dibincangkan dengan rakannya itu. Jamil memberitahu bahawa dia akan datang ke rumah Badri. Esoknya, Badri menelefon Jamil. Ibu Jamil memberitahu bahawa Jamil tidak ada di rumah. Keluarga Jamil enggan memberitahu lokasi Jamil berada. Badri mengesyaki Shahrul dan Kumar berjaya mempengaruhi Jamil semula. Badri mencari Kumar. Badri dan Taufik bergerak ke kelas Tingkatan 5 Bestari. Mereka mengintai kelibat seseorang di dalam kelas tersebut. Kumar pada waktu itu sedang membuka beg milik Meng Kong. Selepas itu, Kumar memasukkan sesuatu ke dalam beg Meng Kong. Tanpa berlengah Badri meluru ke arah Kumar dan memegang tangan Kumar. Taufik membuka beg Meng Kong. Terdapat dua kotak rokok di dalam beg itu. Kata Kumar, Meng Kong yang memintanya memasukkan kotak rokok itu ke 8

4. Siapakah yang meleraikan pergaduhan itu? 5.Apakah yang diarahkan oleh Badri kepada Sharul dan Meng Kong?

6.Apakah kesan daripada tindakan Badri itu?

7. Nyatakan nilai murni dalam bab 12.

Bab 13 : Jiwa Remaja 1. Bilakah Badri pergi menonton teater? 2. Siapakah gadis yang pergi dengan Badri? 3. Bagaimanakah reaksi Badri apabila menonton teater itu? 4. Kenapakah Nadira berasa cemburu ? 5. Apakah yang diberitahu oleh Badrul kepada Badri? 6. Apakah yang diberitahu oleh Jamil kepada Badri? 7. Apakah yang disyaki oleh Badri tentang Jamil? 8. Ke manakah Badri dan Taufik pergi? 9. Siapakah yang memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong? 10. Namakan perbuatan jahat Kumar?

dalam begnya. Kumar berbohong. Setelah Badri mengugut untuk membawanya berjumpa dengan Cikgu Jailani barulah Kumar memberitahu bahawa Shahrul yang menyuruhnya meletakkan rokok tu ke dalam beg Meng Kong. Badri membawa Kumar berjumpa dengan Cikgu Jailani. Shahrul dan Kumar dipanggil untuk sesi kaunseling.

11.Siapakah sebenarnya dalang di sebalik perbuatan jahat itu? 12. Apakah tindakan yang dilakukan kepada Sharul dan Kumar? 13. Nyatakan nilai murni dalam bab 13.

Bab 14: Di Persimpangan Nasihat dan kaunseling yang diberikan oleh Cikgu Fatima benar-benar memberikan kesan kepada Kumar. Pergaulannya dengan Shahrul sebelum ini menjadikan Kumar berasa bangga dan sombong. Keadaan itu berubah apabila Badri dilantik sebagai pengawas. Shahrul cuba mempengaruhi Kumar agar tidak meninggalkannya. Jamil dan Meng Kong telah menarik diri daripada berkawan dengannya. Selain itu, Shahrul bimbang Kumar akan membocorkan rahsia kegiatan kumpulan mereka. Shahrul terus memujuk Kumar untuk kembali bergiat dalam aktiviti kumpulan mereka. Namun, Kumar tetap bertegas dengan keputusannya. Shahrul kecewa. Bab I5: Kehilangan yang Misteri

Bab 14: Di Persimpangan 1. Siapakah yang memberikan kaunseling kepada Kumar? 2. Nyatakan perasaan buruk Kumar apabila berkawan dengan Shahrul? 3. Namakan dua rakan Shahrul yang tidak ingin berkawan dengannya lagi. 4. Apakah yang dibimbangkan oleh Shahrul?

5. Nyatakan nilai murni dalam bab 14.

Bab I5: Kehilangan yang Misteri Keluarga Jamil memang mahu merahsiakan lokasi Jamil. Jamil juga langsung tidak menelefon Badri. Keintiman persahabatan Badri dan Kumar semakin terserlah. Kumar dan Meng Kong sudah mula berubah. Hanya tinggal Shahrul yang masih bermusuh dengan Badri. Siew Mei terkejut apabila membaca di akhbar tentang pemuda bernama Amran terbunuh bersama-sama dengan tiga orang rakannya dalam kejadian tembak-menembak antara pihak polls dengan anggota sindiket pengedaran najis dadah. Siew Mei memberitahu berita kematian Amran kepada Badri. Berita ini mengingatkan Badri kepada Jamil. Adakah jamil terlibat sama dalam sindiket itu? 1. Siapakah yang mahu merahsiakan lokasi Jamil? 2. Siapakah yang masih bermusuh dengan Badri? 3. Kenapakah Siew berasa terkejut? 4. Nyatakan nilai murni dalam bab 15.

Bab 16: Tersayat Pedih Shahrul baru saja mendengar berita kematian Amran. Dia berasa takut. Pihak polls sudah lama mengekori pergerakan kumpulan Amran. Dua minggu Shahrul memerapkan dirinya di rumah setiap kali pulang dari sekolah. Shahrul mula berasa bosan. Suatu petang Shahrul keluar berjumpa dengan budak-budak motor. Dia nampak Badrul, adik Badri melewati kawasan itu. Shahrul hendak mengupah Din untuk mencederakan Badrul agar dendamnya terhadap Badri berbalas. Namun, Din tidak mahu melaksanakan hasrat jahat Shahrul. Shahrul merengus lalu menghidupkan enjin motosikalnya dan memecut meninggalkan Din. Tiba-tiba motosikal Shahrul terbabas ke dalam longkang. Shahrul terjatuh ditimpa motosikalnya sendiri. Badrul dan rakan-rakannya membantu Shahrul dan membawanya ke hospital. Berita kemalangan Shahrul tersebar di sekolah. Slew Mei tidak menyenangi keintiman Badri dengan Kumar. Dia curiga akan kebaikan Kumar terhadap Badri. Slew Mei pergi berjumpa dengan Badri untuk bertanya tentang perihal Badrul yang membantu Shahrul. Badri menceritakan segala-galanya. Siew Mei menyimpulkan bahawa Badrul hendak dijadikan mangsa balas dendam Shahrul terhadap Badri. Konflik tercetus antara Siew Mei dengan Nadira berkaitan dengan Shahrul. Nadira berpendapat bahawa Shahrul boleh berubah menjadi baik. Siew Mei pula berpendapat sebaliknya. Dia tidak percaya orang macam Shahrul akan insaf. Badri bertanya kepada Nadira bagaimana dia tahu Shahrul sudah berubah. Kata Nadira, Shahrul sudah beberapa kali menemuinya dan meminta maaf atas semua perbuatannya. Bab 17: Mangsa Fitnah Selak ketiadaan Jamil dalam hidup Badri, Kumar mengambil alih tempat Jamil. Badri memerlukan teman berbincang. Kehadiran Kumar tidak mengecewakan. Sekarang Badri ada Kumar dan Nadira. Namun, Badri kesal akan sikap Siew Mei yang tidak lagi semesra dahulu, terutamanya sejak 10 Bab :17 Mangsa Fitnah 1. Siapakah yang mengambil alih tempat Jamil? 2. Kenapakah Badri berasa kesal? Bab 16: Tersayat pedih 1. Apakah berita yang baru diketahui oleh Sharul? 2. Berapa lamakah masa yang diambil oleh Sharul untuk tidak keluar rumah? 3. Apakah yang diminta oleh Shahrul kepada Din? 4. Apakah tujuan Shahrul berbuat demikian? 5. Apakah yang terjadi kepada Shahrul? 6. Siapakah yang telah membantu Shahrul? 7. Apakah yang tidak disenangi oleh Siew Mei? 8. Apakah kesimpulan yang dibuat oleh Siew Mei? 9. Apakah pendapat Nadira tentang Shahrul? 10. Apakah Sharul? pendapat Siew Mei tentang

11. Bagaimanakah Nadira tahu bahwa Shahrul telah berubah?

12. Nyatakan nilai murni dalam baba 16.

kemalangan yang menimpa Shahrul. Kata Kumar, Siew Mei dan Nadira sama-sama perempuan. Mereka menyukai orang yang sama. Oleh sebab itu, timbul perasaan iri dalam diri mereka berdua. Kata Badri dia tidak faham sebab mesti ada iri dalam diri Nadira dan Slew Mei, sedangkan kedua-duanya ialah sahabatnya. Fikir Kumar, mungkin Badri tidak faham tetapi mungkin juga dia tidak mahu faham akan hal yang membabitkan Nadira dan Siew Mei. Dalam suatu peristiwa semasa Badri sedang menyelesaikan satu masalah Matematik di papan putih, telefon bimbit berbunyi. Bunyi telefon bimbit itu datangnya daripada beg Badri. Apabila ditanya oleh Cikgu Jailani, Badri menyatakan bahawa telefon bimbit itu bukan miliknya. Nadira memberikan komen yang sinis terhadap Badri. Katanya, kalau telefon itu bukan milik Badri mengapa telefon itu berada di dalam beg Badri? Badri terkejut mendengar kata-kata Nadira itu. Cikgu Jallani yakin bahawa telefon itu bukan milik Badri. Namun, beliau perlu juga membuat siasatan. Badri mengesyaki Shahrul, kerana sebelum ini Shahrul pernah melakukan perkara yang sama dengan menyuruh Kumar memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong. Taufik mengesyaki Kumar mungkin sekali lagi diarah oleh Shahrul untuk melakukan perkara yang sama. Taufik menasihati Badri supaya berhati-hati dengan Kumar. Clkgu Jailani sudah dapat mengesan nama pemilik telefon bimbit itu. Dia tidak mencurigai Badri lagi. Nadira pula terpengaruh oleh fitnah bahawa telefon bimbit itu milik Badri. Nadira mulai bersikap dingin terhadap Badri. Dalam keadaan Badri mengalami masalah itu, Siew Mei muncul untuk bertanya khabar. Siew Mel memberikan kata-kata semangat kepada Badri. Dia dan Taufik tidak percaya akan tuduhan terhadap Badri. Bab 18: Pentas Sandiwara Semasa Badri dan Taufik sedang mencari Siew Mei, mereka terdengar pertengkaran antara Kumar dengan Shahrul darl sebuah bilik darjah kosong. Mereka berbalah tentang telefon bimbit. Kumar tidak dapat menahan kemarahannya lalu mencekak leher baju Shahrul. Mereka terdengar pekikan 11

3. Siapakah orang yang dimaksudkan mereka menyukai orang sama? 4.Apakah pandangan Badri kepada Siew Mei dan Nadira? 5. Apakah pendapat Kumar tentang perkara Siew Mei dan Nadira ada menaruh hati kepada Badri?

6. Dari manakah bunyi telefon bimbit itu datang? 7.Apakah yang diberitahu oleh Badri kepada Cikgu Jailani? 8.Apakah komen Nadira tentang kejadian itu? 9.Apakah keyakinan yang ada pada cIkgu Jailani? 10.Siapakah yang disyaki oleh Badri? 11. Kenapakah Badri beranggapan begitu? 12.Apakah nasihat Taufik kepada Badri? 13.Apakah sikap Nadira selepas peristiwa itu? 14.Siapakah yang memberikan kata-kata semangat kepada Badri? 15. Nyatakan nilai murni dalam bab 17. Bab 18: Pentas Sandiwara 1. Siapakah yang telah bertengkar di sebuah bilik darjah kosong? 2. Apakah perkara yang menjadi perbalahan mereka?

Lokman, ketua pengawas yang mengarahkan keduaduanya berhenti bergaduh. Lokman menasihati Shahrul dan Kumar agar tidak bergaduh lagi. Jika tidak, dia akan memaklumkan hal itu kepada Clkgu jailani. Lokman meminta Badri dan Taufik memberikan kerjasama untuk memerhati Shahrul dan juga Kumar. Badri mula mencurigai Kumar semula. Keinsafan Kumar mungkin hanya lakonan.

3. Siapakah yang mengarahkan supaya pergaduhan itu dihentikan. 4.Apakah nasihat Lokman kepada Shahrul dan Kumar? 5.Kenapakah Badri mencurigai Kumar? 6. Nyatakan nilai murni dalam bab 18.

Bab 19: Cerita Baharu Badri, Taufik, Slew Mei, dan Meng Kong berjumpa di kantin. Mereka bercakap-cakap tentang Shahrul dan Kumar. Menurut Meng Kong, Shahrul tidak pernah insaf, manakala Kumar pula benar-benar telah insaf. Meng Kong telah lama berkawan dengan Kumar. Pada Meng Kong, Kumar adalah seorang yang baik. Dia dan Shahrullah yang mempengaruhl Kumar. Shahrul juga yang mengajar Meng Kong sehingga dia sanggup mencurl di kedal ayahnya sendirl. Shahrul memang seorang yang degil. Ibu bapanya juga kurang mengambiI berat tentangnya. Malah, ibu bapanya asyik membela Shahrul sewaktu Clkgu Jailani datang ke rumah Shahrul. Mereka menafikan Shahrul terlibat dalam perkara-perkara yang buruk. Bab 20: Hati yang Luka Shahrul menghentikan semua aktivitinya. Tetapi Badri masih kurang yakin bahawa Shahrul benarbenar sudah insaf. Mungkin dia menghentikan kegiatannya sementara untuk menyelamatkan dirinya. Mungkin juga kerana dia hendak mengambil hati Nadira. Hubungannya dengan Nadira bukan rahsia lagi. Badri didatangi Taufik dan Slew Mei. Slew Mei merajuk apabila Badri tersasul menyebut nama Nadira sedangkan percakapannya itu ditujukan kepada Siew Mei. Siew Mei berlalu meninggalkan Badri terpinga-pinga. Badri serba salah. Badri tidak dapat melupakan sikap yang ditunjukkan oleh Nadira terhadapnya. Nadira seolah-olah telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadapnya. Selagi Nadira tidlak diberi penjelasan selagi itulah Badri tidak berpuas hati. 12

Bab 19: Cerita Baharu 1. Apakah pandangan Siew Mei tentang Shahrul? 2. Apakah pandangan Mong Kong tentang Kumar? 3. Apakah perbuatan tidak baik Sharul? 4. Apakah sikap buruk Sharul? 5. Apakah sikap negatif ibu bapa Shahrul? 6. Nyatakan nilai murni dalam bab 19.

Bab 20: Hati yang luka 1. Apakah perkara yang menjadikan Badri kurang yakin kepada Sharul?

2. Kenapakah Siew Mei merajuk?

3. Apakah yang dilakukan oleh Siew Mei?

4. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Nadira kepada Badri?

Peluang untuk Badri memperjelaskan kepada Nadira tiba apabila Nadira datang berkunjung ke rumah Pak Alang. Namun Nadira tidak datang bersendirian. Dia datang bersama-sama dengan Shahrul. Di situ, konflik antara Badri dengan Shahrul dan Nadira berlaku. Shahrul dan Nadira mempersenda Badri dengan kata-kata sindiran. Badri membalas sindiran mereka dengan memberitahu bahawa dia ada bukti tentang orang yang memasukkan telefon bimbit ke dalam begnya tempoh hari. Cikgu Jailani juga sudah mengetahui pemilik telefon bimbit itu. Shahrul terkejut mendengar pernyataan Badri itu. Shahrul menerima panggilan telefon daripada ayahnya. Shahrul nampak pucat dan gelisah. Shahrul dengan tergesa-gesa beredar tanpa mengajak Nadira. Bab 21: Harapan Badri berjumpa dengan Siew Mei untuk meminta maaf. Siew Mei dapat memahami permasalahan yang dihadapi oleh Badri. Nadira begitu mudah dipengaruhi walaupun pernah dianiayai. Badri memberitahu Siew Mei bahawa Nadira bukanlah pilihannya. Matlamat Badri ialah menumpukan persediaan bagi menghadapi SPM. Siew Mei juga berharap agar mereka mendapat keputusan cemerlang. Akhirnya peperiksaan selesai. Badri berniat untuk bertemu dengan Siew Mei dan Taufik sebelum mereka memulakan cuti panjang. Mereka berjumpa di sebuah restoran yang letaknya berhampiran dengan sekolah. Mereka berbual tentang rancangan untuk mengisi masa percutian yang panjang itu. Badri teringat akan Nadira. Dua hari selepas peperiksaan, Nadira muncul di depannya. Nadira memberitahu Badri sebab Shahrul meninggalkannya di rumah Pak Alang tempoh hari. Shahrul dicari oleh pihak polis kerana terlibat dengan mat-mat motor yang berlumba haram. Shahrul juga mengakui bahawa dia yang meletakkan telefon bimbit itu ke dalam beg Badri. Nadira meminta maaf pada Badri. Shahrul pun berhasrat untuk meminta maaf daripada Badri. Dia telah benar-benar insaf. Dua bulan berlalu dengan pantas. Keputusan peperiksaan diumumkan. Badri dan Siew Mei masing-masing lulus cemerlang 13

5.Di manakah tempat yang dirasakan amat sesuai bagi Badri menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada Nadira? 6.Siapakah yang datang bersama dengan Nadira?

7.Bagaimanakah Badri membalas sindiran Nadira dan Shahrul?

8.Apakah reaksi Shahrul selepas itu?

9.Nyatakan nilai murni dalam bab 20.

Bab 21: Harapan 1.Apakah tujuan Badri datang berjumpa dengan Siew Mei? 2.Nyatakan sikap negatif NaDIRA? 3.Apakah matlamat sebenar Badri? 4.Apakah matlamat Siew Mei? 5.Di manakah mereka berjumpa? 6. Apakah perkara yang dibualkan oleh mereka?

7.Kenapakah Shahrul dicari oleh pihak polis? 8.Siapakah yang meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri? 9. Apakah hasrat Shahrul kepada Badri?

dengan mendapat 9A, manakala Taufik mendapat 7A. Bab 22: Senja Belum Berlabuh Badri baru pulang setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan di Ireland. Dia kini bertugas sebagai doktor. Jamil, kawan baiknya telah berjaya membuka sebuah resort. Jamil menceritakan sebab dia menghilangkan diri kepada Badri. Ibu bapanya menghantar dia bersekolah di Sarawak. Jamil tidak tahan akan gangguan Shahrul. Tambahan lagi, Jamil hampir terjebak dengan rakanrakan Amran. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang Hotel dan Pelancongan di UITM. Jamil bersama-sama dengan Taufik menjadi rakan kongsi membuka resort itu. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Shahrul dan Kumar juga berkongsi modal membuka sebuah bengkel kereta di Kuala Lumpur. Nadira telah berkahwin dengan Shahrul. Nadira sekarang membuka sebuah butik. Dia lulusan diploma dalam bidang fesyen di UITM. Meng Kong pula mengambil alih perniagaan ayahnya. Taufik memberitahu kisah sebenar tentang kes telefon bimbit yang ditemukan di dalam beg Badri semasa sekolah dahulu. Kumar memang diupah oleh Shahrul untuk meletakkan telefon tersebut ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak sanggup menganiaya Badri. Hal inilah yang menyebabkan Shahrul marah dan bergaduh dengan Kumar. Sebenarnya Shahrul sangat mencemburui Badri. Badri pandai dalam pelajaran dan disayangi guru-guru. Jamil mengusik Badri dengan berkata bahawa Badri sudah bertanya tentang semua orang tetapi tidak bertanya fasal Slew Mei. Badri tersenyum. Dia tahu Taufik pasti telah menceritakan hubungannya dengan Siew Mei kepada Jamil. Siew Mei kini berkhidmat sebagai doktor gigi. Badri pula akan bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur. 10.Nyatakan keputusan peperiksaan yang diperoleh oleh Badri dan Siew Mei? 11. Nyatakan nilai murni dalam bab 21.

Bab 22: Senja Belum Berlabuh 1. Apakah pekerjaan Badri ? 2. Apakah kejayaan Jamil? 3. Kenapakah Jamil menghilangkan diri daripada Badri? 4. Di manakah Jamil melanjutkan pelajarannya? 5. Apakah pekerjaan Shahrul dan Kumar di Kuala Lumpur? 6. Siapakah isteri Shahrul? 7. Apakah pekerjaan Meng Kong?

8. Siapakah yang mengupah Kumar untuk memasukkan telefon bimbit ke dalam beg Badri?

9. Apakah sikap positif Kumar?

10. Kenapakah Badri dicemburui?

11. Nyatakan nilai murni dalam bab 22.

14

Anda mungkin juga menyukai