Anda di halaman 1dari 19

Jenis-Jenis Karangan

Umumnya, karangan atau penulisan dalam UPSR terbahagi kepada dua jenis: A. Karangan berformat i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Dialog/ temu ramah Laporan Surat kiriman rasmi Surat kiriman tidak rasmi Syarahan Ucapan Berita Catatan

B. Karangan tidak berformat


i.

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Autobiografi & biografi Fakta Imaginasi/cereka Peribahasa Perbincangan Naratif/keperihalan Penerangan Situasi Menyudahkan cerita

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Contoh Karangan Berformat i. Dialog/ temu ramah

SOALAN : Kamu mendapat tahu bahawa kawan kamu mendapat keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Kamu menghubunginya melalui telefon untuk mengucapkan tahniah. Tulis perbualan kamu selengkapnya. Rangka Karangan: a. Pendahuluan - Memperkenalkan diri - Bertanya khabar b. Isi penting - Mengucapkan tahniah - Bagaimana mencapai kejayaan - Harapan dan cita-cita c. Penutup - Mengucapkan terima kasih

Sally Sara Sally Sara Sally Sara Sally

: : : : : : :

Sara

Helo, boleh saya bercakap dengan Sara ? Helo, Sara di sini. Boleh saya tahu siapa yang bercakap di sana ? Saya Sally. Apa khabar ? Sally rupanya. Saya sihat. Ya. Saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan kamu memperoleh keputusan 7A dalam peperiksaan UPSR yang lalu. Terima kasih. Saya turut berasa bangga dengan kejayaan kamu. Walaupun kamu seorang murid yang aktif dalam bidang kokurikulum kamu tetap cemerlang dalam pelajaran. Boleh berkongsi rahsia kejayaan kamu dengan saya? Boleh! Paling penting kita perlu bijak membahagikan masa. Kita perlu mempunyai jadual belajar sendiri dan memberikan fokus ketika guru yang sedang mengajar di dalam kelas
Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Sally Sara

: :

Sally : Sara : Sally : Sara :

Apakah perancangan kamu selepas ini? Saya berhasrat untuk memasuki sekolah berasrama penuh. Saya juga bercita-cita menjadi pakar perubatan pada masa hadapan. Saya mendoakan kejayaan kamu. Saya percaya kamu juga boleh berjaya dalam UPSR tahun hadapan. Itulah harapan saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berbual dan memberi kata-kata semangat kepada saya Sama-sama.

Rakan kamu tidak dapat hadir ke sekolah. Telefonnya untuk mengetahui sebab dia tidak hadir. Tuliskan perbualan tersebut. a. Pendahuluan - Memperkenalkan diri - Bertanya khabar b. Isi penting - Sebab tidak ke sekolah - Mendapatkan pemeriksaan - Kerja rumah c. Penutup - Mengucapkan terima kasih

Aman Lim Aman Lim Aman

: : : : :

Lim

Aman :
3

Helo, boleh saya bercakap dengan Lim? Saya, Lim. Siapakah yang bercakap di sana? Saya Aman. Kamu, apa khabar? Saya kurang sihat. Sudah dua hari saya demam dan batuk-batuk. Tujuan saya menelefon kamu ini untuk bertanya tentang sebab kamu tidak hadir ke sekolah. Sekarang saya sudah tahulah sebabnya itu. Adakah kamu sudah berjumpa dengan doktor? Ibu telah membawa saya ke Klinik Othman. Doktor kata saya demam kerana terkena hujan. Saya terkena hujan semasa menunggang basikal pulang dari sekolah petang Selasa lalu. Bila awak akan dapat kembali ke sekolah? Kawan-kawan
Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Lim

Aman : Lim :

Aman : Lim :

Aman :

menantikan kehadiran semula kamu ke sekolah. Saya rasa lusa dapatlah saya kembali ke sekolah. Doktor minta saya berehat dahulu di rumah. Eloklah begitu. Kita mesti mendengar nasihat doktor dan makan ubat yang diberi seperti ditetapkan. Betul itu Aman. Ibu saya uga sentiasa memastikan saya makan ubat mengikut peraturan. Adakah apa-apa kerja rumah yang cikgu berikan? Ada. Petang esok saya pergi ke rumah kamu dan bolehlah kita buat bersama-sama. Terima kasih Aman kerana sudi membantu saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana kamu mengambil berat tentang saya. Sama-sama. Baiklah Lim, kita berjumpa lagi petang esok.

Tuliskan sebuah wawancara kamu dengan olahragawan di sekolah kamu bagi dimuatkan ke dalam majalah sekolah. a. Pendahuluan - Memperkenalkan diri - Bertanya khabar b. Isi penting - Mengucapkan tahniah -Kejayaan yang dicapai - Harapan dan cita-cita c. Penutup - Mengucapkan terima kasih Rajan : David : Rajan : Apa khabar David? Saya Rajan. Bolehkan saya mewawancara saudara untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah kita, Citra. Khabar baik. Boleh. Apakah perkara yang hendak saudara ketahui dari saya. Terlebih dahulu saya dan majalah Citra ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kerana terpilih sebagai olahragawan
Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

David : Rajan David Rajan David : : : :

Rajan : David :

Rajan :

David :

dalam kejohanan sukan tahun di daerah kita ini. Terima kasih. Saya percaya hadiah kejayaan ini kepada warga Sekolah yang banyak memberi sokongan kepada saya. Adakah saudara berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai ini. Sudah tentu saya berpuas hati. Apakah acara yang dimenangi oleh saudara? Saya telah memenangi acara lari 100 meter dan 200 meter dengan rekod baru. Selain itu saya bersama pasukan 4 x 100 meter dan 4 x 200 m sekolah kita juga berjaya mendapat johan. Apakah perancangan saudara seterusnya dalam bidang ini? Saya telah terpilih untuk mewakili daerah kita ke peringkat negeri. Saya berazam untuk turut mendapat johan. Seterusnya saya bercita-cita untuk menjadi pelari pecut handalan negara. Saya bersama majalah Citra berharap saudara akan memperoleh kejayaan seperti yang dicita-citakan. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana sudi ditemuramah. Sama-sama.

ii.

Laporan

Kamu Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah kamu. Tulis sebuah laporan tentanglawatan sambil belajar ke pameran buku yang dianjurkan persatuan kamu. a. Pendahuluan - Aktiviti yang dijalankan - Tarikh, masa, tempat dan peserta yang terlibat b. Isi penting - Tujuan lawatan - Apa yang terdapat di tempat lawatan - Aktiviti sampingan c. Penutup - Pulang

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku. Pada 29 Februari 2012, Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Aman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku di Dewan 2020 Kangar. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan bersama tiga orang guru pengiring. Tujuan utama lawatan ini diadakan untuk menyemai sikap rajin membaca di kalangan peserta. Selain itu, lawatan ini akan menambahkan pengalaman dan pengetahuan murid semasa mengikuti lawatan sambil belajar. Kami tiba di Dewan 2020 Kangar pada pukul 9.30 pagi. Sebaik tiba, kami terus menuju ke gerai buku yang disediakan. Terdapat pelbagai penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masingmasing. Kami membeli beberapa buah buku rujukan UPSR dan buku cerita. Kami telah diberi potongan harga istimewa. Di pameran tersebut juga diadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan melukis dan mewarna, kuiz serta pertandingan bercerita secara spontan. Kami pulang pada pukul 2.00 petang. Lawatan ini telah memberi pengetahuan dan dapat menambahkan pengalaman kepada semua ahli. Laporan disediakan oleh,

lim mei ling


(LIM MEI LING) Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Aman 2 Mac 2012

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya. a. Pendahuluan - Aktiviti yang dijalankan - Tarikh, masa, tempat dan peserta yang terlibat b. Isi penting - Acara sebelum pertandingan - Pertandingan dijalankan - Penyampaian hadiah c. Penutup - Sukan berakhir

Laporan Temasya Sukan Ke-12 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Padang Besar Pada 10 Mac 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Padang Besar (SJK(C)PB) telah mengadakan termasya sukan yang ke-12. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Ketua Unit Sukan Jabatan Pelajaran Perlis menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut. Setelah itu acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 12.00 tengah hari, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi PIBG dan Guru Besar.

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Foo Kok Keong dari Rumah Merah dan Sara Loo dari Rumah Biru terpilih sebagai olahragawan dan olahragawati. Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-12 ini ialah pasukan Rumah Merah. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 1.00 tengah hari. Laporan disediakan oleh, Soo Yi Chia ........................ (Soo Yi Chia) 16 Mac 2010

Kamu telah mengikuti lawatan ke suatu tempat yang menarik. Tuliskan satu laporan tentang lawatan tersebut.

a. Pendahuluan - Aktiviti yang dijalankan - Tarikh, masa, tempat dan peserta yang terlibat b. Isi penting - Lawatan ke muzium - Melawat bukit bendera - Apa yang terdapat di tempat lawatan - Membeli cenderahati c. Penutup - Pulang

Laporan Lawatan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Padang Besar Ke Pulau Pinang Pada 24 Ogos 2012, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Padang Besar (SJK(C)PB) telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. Ahli rombongan
8
Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

terdiri daripada 35 orang murid dan 5 orang guru. Tujuan lawatan ini untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid berkaitan tempattempat bersejarah dan menarik di Pulau Pinang. Kami berkumpul di sekolah seawal pukul 7.00 pagi. Kami bertolak ke sana pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kirakira dua jam kemudian, kami tiba ke destinasi pertama iaitu Muzium Pulau Pinang. Di sini kami dapat mengetahui sejarah pembukaan Pulau Pinang dengan lebih mendalam. Pada 12.30 tengah hari pula, kami ke Bukit Bendera. Pemandangan dari puncak Bukit Bendera sungguh indah sekali. Sebahagian besar Pulau Mutiara seperti bangunan-bangunan tinggi dan feri serta kapal yang belayar dapat dilihat dari sini. Pada pukul 4.00 petang, kami telah dibawa untuk membeli barangan sebagai kenang-kenangan di sebuah pasaraya terbesar di sini. Tepat jam 6.00 petang, kami pun bertolak pulang dengan memperolehi pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru. Kami berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang menarik semasa lawatan tersebut. Kami berharap agar pihak sekolah akan mengadakan lawatan lagi. Laporan disediakan oleh. Soo Yi Chia ........................ (Soo Yi Chia) 27 Ogos 2012

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

iii.

Berita

Pasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan di Kangar. Tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Rangka Karangan: a. Pendahuluan - Pasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kenderaan b. Isi penting - Berjaya mengesan beberapa kenderaan curi - Membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - Polis menjumpai alat ganti kenderaan c. Penutup - Seorang lelaki dicari -dapat membantu polis

KANGAR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kenderaan di sekitar bandar ini. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut. Jurucakap polis, Inspektor Jamal Abdul Salam menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi, beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kejayaan kepada penangkapan ini adalah hasil maklumat orang ramai. Pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh sebaik menerima maklumat. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu curi dan plat nombor kereta palsu di bengkel tersebut.

10

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Mutusamy. Dia dipercayai dapat membantu polis dalam kes tersebut.

Tuliskan sebuah berita tentang kejadian banjir. Rangka Karangan: a. Pendahuluan - Hujan yang lebat mengakibatkan banjir b. Isi penting - mangsa banjir berpindah - Keadaan banjir di kampung berkenaan - bantuan diberikan c. Penutup - Nasihat pihak polis

PADANG BESAR, 16 NOVEMBER 2012 Hujan yang turun mencurah-curah selama tiga hari telah mengakibatkan Kampung Titi Tinggi Hilir dilanda banjir. Penduduk kampung itu terkejut kerana banjir yang melanda kampung mereka kali ini lebih teruk berbanding sebelum ini. Setelah air naik ke paras bahaya, pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dan ditempatkan di dewan orang ramai. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua bilik gerakan banjir kampung itu, Encik Azizan Khamis memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit
11
Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa banjir itu. Dalam pada itu pihak polis menasihatkan penduduk kampung supaya sentiasa bersedia dan berwaspada dalam menghadapi situasi banjir.

Sebuah sekolah telah mengadakan Seminar UPSR. Tuliskan berita tentang peristiwa tersebut. Rangka Karangan: a. Pendahuluan - Peristiwa berlaku - Tempat, tarikh, masa dan penglibatan b. Isi penting - Tujuan program - Petikan kata dari mereka yang terlibat - Penutupan dan pesanan c. Penutup - Akan adakan lagi

PADANG BESAR, Ahad Seramai 50 orang murid Sekolah Kebangsaan Taman Jaya telah mengikuti Seminar UPSR yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Seminar yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Menurut pengerusi PIBG Encik Kassim Yahya, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar untuk persediaan menghadapi UPSR. Program ini diadakan di Kem Seri Gemilang selama tiga hari iaitu pada 3 Mac 2012 hingga 5 Mac 2012. Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana menganjurkan program ini, kata Encik Rahmat Ani yang ditemui pada hari penutup program.
12
Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Seminar ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis. Beliau menyeru agar muridmurid dapat memanfaatkan perkara yang diperoleh dalam seminar ini demi kejayaan dalam UPSR. Pihak penganjur menyatakan akan mengadakan lagi program sebegini kerana ia berfaedah kepada murid-murid.

iv.

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang persedidaan kamu untuk menghadapi UPSR. Rangka Karangan: a. Pendahuluan - Bertanya khabar - Tujuan menulis surat b. Isi penting - Menyediakan jadual harian - Menghadiri kelas tambahan - Menghadiri seminar dan kem motivasi c. Penutup - harap ceritakan juga persediaannya

13

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

No. 47, Jalan Kenari, Taman Kim, 02100 Padang Besar, Perlis. 3 Februari 2012 Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zhen yang kini berada di Johor Bahru. Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini untuk berkongsi cerita tentang persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan jadual harian sendiri. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja rumah dan mengulang kaji setiap mata pelajaran. Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan dan bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak faham. Bapa saya juga sering menghantar saya untuk mengikuti seminar dan kem motivasi. Dengan mengikuti kem ini, saya banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul. Saya berharap saudara sudi untuk menceritakan persediaan saudara pula. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain. Sahabatmu

Nadia .
(NADIA)

14

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Kamu telah pergi bercuti bersama keluarga. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang percutian kamu.

Rangka Karangan: a. Pendahuluan - Bertanya khabar - Tujuan menulis surat b. Isi penting - Melawat Underwater World - Mandi-manda di pantai - Menaiki kereta kabel c. Penutup - harap ceritakan juga percutiannya

No. 47, Jalan Kenari, Taman Kim, 02100 Padang Besar, Perlis. 3 Januari 2012 Ke hadapan sahabatku yang diingati selalu, Suzy yang berada di Alor Setar. Semoga saudari sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saudari, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2012. Saya menulis surat pada kali ini untuk menceritakan tentang percutian saya pada cuti yang lalu. Pada cuti itu saya berpeluang bercuti di Pulau Langkawi. Mula-mula kami ke Underwater World. Di sini kami dapat melihat pelbagai hidupan air samada yang besar atau kecil dengan begitu jelas. Saya begitu tertarik dengan pertunjukan penguin dan anjing laut.
15
Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Pada waktu petang pula kami menghabiskan masa dengan mandi-manda di pantai. Kami mandi sambil membuat istana pasir. Istana pasir yang dibina oleh kakak sangat cantik hingga menarik perhatian pengunjung lain di situ. Keesokan harinya pula, kami telah dibawa menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang. Pada mulanya kami berasa takut untuk menaiki kereta kabel itu. Tetapi ketakutan itu hilang apabila dapat melihat pemandangan yang indah dari gunung itu. Sekianlah warkah saya untuk kali ini. Saya berharap saudari sudi untuk menceritakan tentang percutian saudari pula. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain. Sahabatmu

Nadia .
(NADIA)

16

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Andaikan bahawa anda tinggal bersama nenek anda . Anda ingin menyertai rombongan sekolah ke beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur. Tuliskan surat kepada ayah anda untuk meminta kebenaran daripadanya.

Rangka Karangan: a. Pendahuluan - Bertanya khabar - Tujuan menulis surat b. Isi penting - Butiran lawatan - Tujuan lawatan - Mohon kebenaran c. Penutup - bertemu lagi

No. 34, Taman Kim, 02100 Padang Besar, Perlis. 3 Jun 2012 Ke hadapan ayahanda dan keluarga yang diingati selalu. Semoga keluarga di Pulau Pinang berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ayahanda, Terlebih dahulu anakanda ingin memaklumkan kepada ayahanda yang pihak sekolah anakanda bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan ini bermula dari 1 Julai 2012 hingga 4 Julai 2012. Tujuan lawatan ini diadakan untuk menambahkan pengetahuan muridmurid. Antara tempat yang dicadangkan untuk dilawati ialah Petrosains, Muzium Negara, Taman Burung dan Menara Kuala Lumpur.
17
Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Sehubungan itu anakanda berhasrat memohon kebenaran daripada ayahanda untuk mengikuti lawatan berkenaan. Kos untuk lawatan ini sebanyak RM100.00 Sekianlah warkah saya untuk kali ini. Akhir kata, sambutlah salam daripada anakanda untuk keluarga di sana. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain. Yang benar,

Nadia .
(NADIA)

18

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

19

Smart Partner Modul Bahasa Malaysia Penulisan

Anda mungkin juga menyukai