Anda di halaman 1dari 4

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2 MU1

LAPORAN PERSEMBAHAN TAJUK : PRO MUSICA GALA CONCERT

PENYANYI : Julie Mossay, Enrico Casari, Ines Madeira dan Laurent Kubla TEMPAT TARIKH MASA : DEWAN SRI PINANG : 6 JULAI : 8.30 PM

Persembahan ini berlangsung bersempenan dengan festival Georgetown Festival yang berlangsung selama sebulan. Persembahan ini telah dijayakan oleh empat orang penyanyi orchestra iaitu Julie Mossay, Enrico Casari, Ines Madeira dan Laurent Kubla dan seorang pianist yang bertanggungjawab dalam mengiringi lagu dan menjadi konduktor untuk keseluruhan persembahan. Dari segi etika persembahan, pada permulaan persembahan iaitu sebelum penyanyi muncul di atas pentas, pengacara majlis telah mengingatkan kepada semua penonton agar mematikan telefon bimbit masing-masing atau mengubahnya ke dalam mod senyap. Beliau juga memberitahu penonton agar tidak menggunakan kamera untuk mengambil gambar semasa penanyi membuat persembahan kerana bimbang cahaya yang dikeluarkan dari kamera akan menganggu focus atau mud penyanyi. Pengacara majlis juga berpesan agar tidak keluar dan masuk dewan sesuka hati. Penonton hanya dibenarkan membuat pergerakkan keluar masuk semasa rehat dan pada pertukaran lagu. Dari segi penonton pula, saya melihat kebanyakkan penonton dating awal sebelum persembahan berlangsung. Ini menunjukkan disiplin yang ditunjukkan oleh golongan yang gemar akan muzik. Penonton yang dating awal menunjukkan yang mereka menghormati majlis walaupun itu hanya konsert. Melalui pakaian pula, hampir kebanyakkan penonton yang hadir mengenakan pakai yang semi-formal dan segak. Tiada seorang pun yang berpakaian selekeh seperti berselipar dan berjeans. Itu merupakan kod pakaian untuk persembahan konsert seperti ini.

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2 MU1

Dari segi penyanyi yang membuat persembahan pula, mereka banyak menggunakan penari untuk menyokong mereka. Penari itu merupakan pasukkan koir. Persembahan ini menggunakan banyak props dan antaranya adalah beca yang dinaiki oleh penyanyi lelaki untuk salah satu lagu yang mereka persembahkan. Pada hujung persembahan, kesemua penyanyi,pasukan koir dan konduktor akan berbaris di hadapan pentas dan konduktor dan penyanyi mendapat jambangan bunga daripada pengurus projek Georgetown Festival iaitu Joe SIdek. Di dalam teknik memimpin pula, pemimpin atau konduktor untuk

persembahan ini adalah pianist yang mengiringi penanyi. Tidak banyak gerakkan yang dapat dilihat oleh konduktor kerana banyak arahan yang diberi melalui piano. Namun masih ada pergerakkan seperti pada pengakhiran lagu iaitu beliau bangun berdiri dan membuat gerakkan cut off untuk menghentikan persembahan dan penyanyi akan menumpukan perhatian kepada beliau. Untuk ekspresi, beliau hanya menggunakan piano iaitu dengan bermain secara lembut dan penyanyi akan faham dengan sendiri arahan tersebut.

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2 MU1

TAJUK: PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PULAU PINANG PENYANYI : MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH TEMPAT TARIKH MASA : DEWAN SRI PINANG : 7 JULAI : 9 AM

Pertandingan ini juga merupakan salah satu program yang terdapat di dalam jadual Georgetown Festival. Tujuan pertandingan ini adalah untuk memilih sekolah rendah dan menengah terbaik dari segi pasukan koir. Etika persembahan semasa pertandingan koir ini berlangsung agak hambar. Ramai penonton yang tidak mengikut arahan daripada pengacara majlis. Keadaan di dalam dewan agak bising kerana peserta iaitu murid-murid tidak berhenti bercakap semasa pasukan lain membuat persembahan. Ramai juga penonton yang keluar masuk sesuka hati mereka tanpa menghormati majlis. Pihak pengurusan juga tidak pandai mengurus masa kerana waktu mula sepatutnya jam 9 pagi namun ianya bermula agak lewat. Untuk pasukan koir yang membuat persembahan di atas pentas, keadaan mereka kelihatan tersusun kerana mereka akan berbaris di dalam satu barisan untuk masuk ke atas pentas. Mereka akan naik seorang demi seorang ke atas pentas koir yang berbetuk seperti kerusi panjang. Konduktor akan memberi arahan untuk membetulkan barisan dengan menyuruh mereka ke kiri atau ke kanan. Sebelum mula menyanyi, konduktor akan memberi isyarat kepada pemain piano sebagai tanda bersedia dan beliau akan mengira bit permulaan agar para penyanyi akan bersedia. Konduktor akan mengerakkan tangan kanan mengira bit dan menunjukkan kepada bahagian yang akan mulakan nyanyian. Ini untuk pasukan koir yang menggunakan banyak suara.

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T2S2 MU1

Setelah bermulanya lagu, konduktor akan menggunakan tangan kanan untuk mengawal tempo yang dimainkan oleh pemain piano dan menggunakan tangan kiri untuk mengawal ekspresi dan dinamik. Untuk ekspresi crescendo, konduktor akan menaikkan sedikit demi sedikit tangan kiri bagi menunjukkan semakin kuat dan menurunkkan sedikit demi sedikit juga sebagai tanda semakin perlahan. Untuk setiap bahagian yang memerlukan attack konduktor akan menggunakan kedua belah tangan untuk menunjukkan bahagian itu perlu dinyanyi dengan bersemangat atau lebih kuat pada sesuatu bahagian. Untuk cut off conductor akan menggunakan kedua belah tangan sebagai tanda. Konduktor memimpin tidak menggunakan baton kerana ahli pasukkan koir tidaklah begitu besar. Kesimpulannya, persembahan kedua ini agak lemah dari segi etika persembahan dan dari segi pimpinan pula, persembahan kedua yang saya lihat ini lebih Nampak dan jelas tentang teknik memimpin.

Anda mungkin juga menyukai