Anda di halaman 1dari 7

SMU 3083 ASAS MATEMATIK DISKRET

[PANDUAN KERJA KURSUS]

ARAHAN UMUM 1. Kursus ini dinilai melalui: 60% kerja kursus dan 40% peperiksaan akhir. 2. Kerja kursus terdiri daripada Tugasan 1 (20%), Tugasan 2 (20%) dan Forum (20%).

ARAHAN TUGASAN 1 DAN 2 1. Setiap pelajar wajib menyempurna kedua-dua tugasan. 2. Tugasan 1 dan 2 perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning kumpulan masingmasing melalui pautan yang disediakan dalam MyGuru3. 3. Jumlah markah untuk setiap tugasan ialah 30 markah.

TUGASAN Tugasan 1 Tugasan 2

SOALAN SILA RUJUK TUGASAN 1 SILA RUJUK TUGASAN 2

MARKAH 30 30

TARIKH AKHIR MENGHANTAR TUGASAN 13/10/2013 (MINGGU 5) 24/11/2013 (MINGGU 10)

TUGASAN 1 ARAHAN: Tugasan 1 mempunyai TIGA soalan. Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan kerja yang penting. 1. (a) Tentukan sama ada pernyataan-pernyataan berikut BENAR atau PALSU. Nyatakan alasan kepada jawapan anda. i. ii. iii. iv. (A C ) (B C ) = A B: A \ (B [ C ) = (A [ B ) \ (A [ C ): Jika A [ C = B [ C , maka A = B . Jika A \ B = A [ B , maka A = B . [4 markah] (b) i. Berapakah cara untuk memilih enam orang pelajar dari satu kelas seramai 25 orang untuk memegang enam jawatan eksekutif yang berlainan dalam satu jawatankuasa?

[1 markah]

ii. Cari bilangan subset bagi S = f1; 2; 3; : : : ; 10g yang: (1) tidak mengandungi 5 atau 6. (2) tidak mengandungi nombor ganjil. (3) mengandungi tiga elemen di mana satu daripadanya adalah 3: (4) mengandungi tiga elemen di mana ke semuanya adalah genap. (5) mengandungi lima elemen termasuk 3 atau 4, tetapi bukan keduaduanya.

[5 markah] 2. (a) Tulis satu pernyataan yang setara dengan p ! q dengan hanya menggunakan p; q; : dan pengait ^. [5 markah] (b) Pertimbangkan teorem berikut: "Jika n adalah integer genap, maka n + 1 adalah ganjil". Berikan pembuktian secara kontraposisi kepada teorem tersebut.

[5 markah]
8 X 3. (a) Hitung: (2j +1 j =0

2j ) :

[3 markah] (b) Guna Prinsip Aruhan Matematik bagi membukti pernyataan berikut: 3 j (n3 + 3n2 + 2n) untuk semua n 1.

[7 markah]

TUGASAN 2 ARAHAN: Tugasan 2 mempunyai TIGA soalan. Jawab semua soalan. Tunjukkan jalan kerja yang penting. 1. (a) Cari selesaian kepada hubungan jadi semula an = 3an
1

dengan a0 = 2.

[4 markah] (b) Andaikan A = f1; 2; 3; 4g dan R adalah hubungan ke atas A yang ditakrifkan dalam bentuk matriks: 2 3 1 0 0 1 61 1 0 17 7 MR = 6 41 1 1 05 1 1 1 1 i. Senaraikan R: ii. Lukis diagraf bagi hubungan R: [6 markah] 2. (a) Andaikan R dan S adalah hubungan-hubungan kesetaraan ke atas set A. Buktikan bahawa hubungan R \ S juga merupakan hubungan kesetaraan ke atas A: [4 markah]

(b) Andaikan X = f1; 2; 3g : i. Beri satu fungsi h : X ! X yang tidak injektif dan tidak surjektif. ii. Beri satu fungsi k : X ! X yang bijektif tetapi bukan identiti. [6 markah] 3. Lukis kesemua subgraf yang mempunyai sekurang-kurangnya satu bucu dari grafgraf berikut:
a e1 b e3 e2 c

[10 markah] 5

FORUM ARAHAN: 1. Jawab semua soalan forum (ada 4 soalan semuanya) yang dimuatnaik ke ruangan forum kumpulan (group forum) di MyGuru3. 2. Setiap pelajar wajib menjawab sekurang-kurangnya sekali, dan memberikan maklumbalas sekurang-kurangnya sekali kepada jawapan pelajar yang lain. 3. Jawapan bagi setiap soalan tidak lebih daripada 100 patah perkataan. Sila guna sisipan fail bagi tujuan menulis perbincangan yang melibatkan simbol matematik.

FORUM 1: 16/09/2013 - 29/09/2013 (Minggu ke 2 - 3) Seorang pelajar diminta membuktikan pernyataan matematik berikut: "Hasil darab dua integer ganjil m dan n adalah juga ganjil." Proses pembuktian pelajar tersebut adalah seperti berikut: Andaikan m dan n adalah integer ganjil. Jika m n adalah integer ganjil, maka m n = 2k +1 untuk sebahagian k 2 Z: Daripada denisi integer ganjil, m = 2a + 1 dan n = 2b + 1 untuk sebahagian a; b 2 Z: Maka, m n = = = = Justeru, m n adalah juga ganjil. Adakah proses pembuktian tersebut sah? Bincangkan. (2a + 1) (2b + 1) 4ab + 2a + 2b + 1 2 (ab + a + b) + 1 2k + 1

[5 markah]

FORUM 2: 30/09/2013 - 13/10/2013 (Minggu ke 4 - 5) Bincang konsep prinsip pendaraban dan prinsip penambahan dalam Kaedah Membilang.

[5 markah]

FORUM 3: 14/10/2013 - 27/10/2013 (Minggu ke 6 - 7) Bincang dua jenis jujukan khas: Jujukan Aritmetik dan Jujukan Geometri. Beri satu contoh untuk setiap jujukan tersebut.

[5 markah]

FORUM 4: 28/10/2013 - 17/11/2013 (Minggu ke 8 - 9) Bincang perbezaan di antara hubungan dan fungsi dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

[5 markah]

Anda mungkin juga menyukai